Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 101(305-313)6/2s
-muqadimah tirmizi
-rujukan2 mmay tuhfatulahwazi
٥٣ - بَابُ مَا جَاء فِي التَّشْدِيْدِ فِي الْبَوْل
53 - Bab Peringatan Keras Mengenai Air Kencing.⁶²²
٧٠ - (وبه قال ) حَدَّثَنَا هَنَّادٌ وَقُتَيْبَةُ وَأَبُو كُرَيْبٍ قَالُوا حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ الْأَعْمَشِ قَال سَمِعْتُ مُجَاهِدًا يُحَدِّثُ عَنْ طَاوُسٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ عَلَى قَبْرَيْنِ فَقَالَ إِنَّهُمَا يُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ أَمَّا هَذَا فَكَانَ لَا يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ وَأَمَّا هَذَا فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ
Hadits setakat ini.
Ini komentar imam Tirmizi
قَالَ أَبُو عِيسَى
وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَأَبِي مُوسَى وَعَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ حَسَنَةَ وَزَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ وَأَبِي بَكْرَةَ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَرَوَى مَنْصُورٌ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ وَلَمْ يَذْكُرْ فِيهِ عَنْ طَاوُسٍ وَرِوَايَةُ الْأَعْمَشِ أَصَحُّ قَالَ و سَمِعْت أَبَا بَكْرٍ مُحَمَّدَ بْنَ أَبَانَ الْبَلْخِيَّ مُسْتَمْلِي وَكِيعٍ يَقُولُ سَمِعْتُ وَكِيعًا يَقُولُ الْأَعْمَشُ أَحْفَظُ لِإِسْنَادِ إِبْرَاهِيمَ مِنْ مَنْصُورٍ
70 – Hannād, Qutaibah dan Abu Kuraib meriwayatkan kepada kami, kata mereka, Wakī` meriwayatkan kepada kami daripada al-A`masy, katanya: Aku mendengar Mujāhid meriwayatkan daripada Thāwūs⁶²³
daripada Ibni `Abbās, kata beliau: Nabi s.a.w. melewati dua buah kubur,⁶²⁴ lalu Baginda bersabda: “Kedua-duanya sedang disiksa,⁶²⁵?dan mereka disiksa bukan kerana sesuatu yang besar.⁶²⁶ Yang ini disiksa kerana tidak memelihara diri daripada air kencingnya,⁶²⁷ dan yang satu lagi kerana suka mengacum.”⁶²⁸
Abu `Isa berkata: “Berhubung dengan bab (perkara) ini ada juga riwayat daripada Abi Hurairah,⁶²⁹ Abi Musa,⁶³⁰ `Abdir Rahmān bin Ĥasanah,⁶³¹ Zaid bin Tsābit⁶³² dan Abi Bakrah.⁶³³
Beliau (Abu `Isa juga) berkata: “Ini adalah hadits hasan sahih.”⁶³⁴ Manshūr (bin al-Mu`tamir) meriwayatkan hadits ini daripada Mujāhid, daripada Ibni `Abbās, tetapi dia tidak menyebutkan daripada Thāwūs. Hadits riwayat al-A`masy lebih sahih.⁶³⁵
Beliau (Abu `Isa at-Tirmizi selanjutnya) berkata: “Aku mendengar Abu Bakr Muhammad bin Abān al-Balkhi⁶³⁶ -orang yang diminta oleh Wakī` supaya menuliskan untuknya-
berkata: “Al-A`masy lebih hafal sanad Ibrahim (bin Yazid an-Nakha`i) daripada Manshūr (bin al-Mu`tamir).”⁶³⁷
-tentang وَفِي الْبَاب ada pula kitab yang berasingan.
-yang dibincang dalam muqadimah keistimewaan kitab tirmizi.
- bincang sanad hadits.kemudian nanti akan kita bincang
- imam tirmizi dengan sanadnya meriwayatkan
daripada Ibni `Abbās, kata beliau: Nabi s.a.w. melewati dua buah kubur,⁶²⁴ lalu Baginda bersabda: “Kedua-duanya sedang disiksa,⁶²⁵ dan mereka disiksa bukan kerana sesuatu yang besar.⁶²⁶ Yang ini disiksa kerana tidak memelihara diri daripada air kencingnya,⁶²⁷ dan yang satu lagi kerana suka mengacum.”⁶²⁸
minit 14
- komentarnya
Abu `Isa berkata: “Berhubung dengan bab (perkara) ini ada juga riwayat daripada Abi Hurairah,⁶²⁹ Abi Musa,⁶³⁰ `Abdir Rahmān bin Ĥasanah,⁶³¹ Zaid bin Tsābit⁶³² dan Abi Bakrah.⁶³³
Beliau (Abu `Isa juga) berkata: “Ini adalah hadits hasan sahih.”⁶³⁴ Manshūr (bin al-Mu`tamir) meriwayatkan hadits ini daripada Mujāhid, daripada Ibni `Abbās, tetapi dia tidak menyebutkan daripada Thāwūs. Hadits riwayat al-A`masy lebih sahih.⁶³⁵
Beliau (Abu `Isa at-Tirmizi selanjutnya) berkata: “Aku mendengar Abu Bakr Muhammad bin Abān al-Balkhi⁶³⁶ -orang yang diminta oleh Wakī` supaya menuliskan untuknya-
berkata: “Al-A`masy lebih hafal sanad Ibrahim (bin Yazid an-Nakha`i) daripada Manshūr (bin al-Mu`tamir).”⁶³⁷
____________________
-Tajuk bab imam tirmizi tidak sehebat tajuk bab imam bukhari dan tidak begitu sukar atau rumit.
Walaubgmnpun byk kita bokeh ambil banyak perkara dari tajuk bab.
⁶²² Dengan bab ke-53 ini Imam Tirmidzi memulakan pula perbincangan tentang permasalahan najis. Ia berterusan hingga bab ke-55. Tiga bab sebelum ini berbicara tentang kesucian air. Dan lapan bab selepas bab ke-55, bermula dari bab ke-56 dikhususkan untuk perkara-perkara yang membatalkan wudhu’.
Tujuan mengadakan bab ke-53 ini ialah menyatakan keperluan menjaga diri daripada terkena air kencing sendiri, kerana air kencing manusia itu najis menurut kesepakatan
para `ulama’. Sembahyang seseorang dengan memakai kain atau pakaian yang terkena air kencing, demikian juga dalam keadaan mana-mana bahagian tubuhnya terkena air kencing adalah tidak sah.
Minit 22
Peringatan keras daripada Rasulullah s.a.w. menerusi hadits-haditsnya juga ada untuk orang-orang yang tidak menjaga dirinya daripada terkena air kencing ketika
membuang air kecil.
Oleh kerana itu, kita hendaklah beristinja’ (membersihkan najis berupa air besar atau air kecil) dengan sebaik-baiknya, dengan melurut sedikit kemaluan setelah selesai
kencing atau meneran sedikit supaya air kencing keluar habis dan tidak menitis lagi setelah dibasuh. Kemudian baru membasuhnya dengan air atau mengesatnya dengan
tisu dan sebagainya.
Itulah perbincangan tentang tajuk imam tirmizi.
- بَابُ مَا جَاء فِي التَّشْدِيْدِ فِي الْبَوْل
53 - Bab Peringatan Keras Mengenai Air Kencing.
- perkataan فِي الْبَوْل, aliflam lil ahdi, bererti air kencing manusia
- air kencing manusia tiada khilaf haram.
- kena siksa dikubur dialam barzah.
- kubur stesen pertama.berkata, “Aku sempat menemui 50 orang sahabat.” Ibnu `Abbās berkata, “Sesungguhnya aku percaya Thāwūs° ahli syurga.” Amar bin Dīnār berkata, “Aku tidak melihat orang sepertinya.” Ibnu Ĥibbān pula berkata, “Thāwūs telah mengerjakan haji sebanyak 40 kali.” Thawus meninggal dunia pada tahun 106 Hijrah.
Amminuddin
⁶²³ Beliau ialah Thāwūs bin Kaisān al-Yamāni al-Ĥimyari al-Fārisi. Abu `Abdir Raĥmān adalah kuniahnya. Ada juga dikatakan, nama sebenarnya Dzakwān, Thāwūs
itu hanyalah laqabnya (nama gelarannya). Thāwūs perawi faqīh lagi fādhil dari thabaqah ke-3.
- faqih ni bijak atau alim. perawi ada yang buta huruf.
- dapat nota tabaqat
Jami ' tirmizi thabaqat perawi menurut Hafiz Ibnu Hajar,
Klasifikasi Thabaqat Para Perawi Menurut `Ulama’ Rijaal Hadits
Thabaqah 1 = Mereka terdiri daripada para Sahabat Nabi s.a.w. Golongan ini dikecualikan daripada tindakan Jarh dan ta`dil.
Thabaqah ke-2 = Mereka terdiri dari kalangan Tabi`in. Dari sini bermula tindakan Jarh dan ta`dil. Termasuk dalam thabaqah ke-2 ini para Tabi`in besar(lama bersama dengan R saw) seperti Sa`id bin
Musaiyyab, `Urwah bin az-Zubair dan lain-lain.
Thabaqah ke-3 = Mereka terdiri daripada golongan Tabi`in di peringkat tengah seperti Thawus.
Thabaqah ke-4 = Mereka terdiri daripada golongan Tabi`in yang semua riwayatnya diambil daripada kalangan Tabi`in besar seperti az-Zuhri dan lain-lain.
Thabaqah ke-5 = Mereka terdiri daripada golongan Tabi`in kecil. Golongan ini mungkin sempat melihat atau bertemu seorang dua Sahabat, tetapi mendengar dan menerima riwayat daripada Sahabat dipertikaikan. Kalau ada pun hanya satu atau dua hadits sahaja. Antara perawi yang termasuk dalam golongan ini A`masy, Hisyam bin
`Urwah dan lain-lain.
Thabaqah ke-6 = Terdiri daripada Tabi`in yang mengiringi thabaqah Tabi`in ke-5, dan tdk tsabit langsung mereka ada bertemu atau mendengar sesuatu daripada mana-mana Sahabat Nabi s.a.w. Antara perawi yang termasuk dalam thabaqah ini Ibnu Juraij dan lain-lain.
Thabaqah ke-7 = Mereka terdiri daripada Tab`i at-Tabi`in besar, seperti Imam Malik, Sufyan ats-Tsauri dan lain-lain.
Thabaqah ke-8 = Mereka terdiri daripada Tab`i at-Tabi`in peringkat tengah, seperti Sufyan bin `Uyainah, `Amar bin Abi Qais dan lain-lain.
Thabaqah ke-9 = Mereka ialah dari kalangan Tab`i at-Tabi`in kecil, seperti Imam asy-Syafi`e, Abu Daud at-Thayalisi, `Abdur Razzaaq dan lain-lain.
Thabaqah ke-10 = Mereka ialah golongan tertinggi dalam meriwayatkan hadits daripada Tab`i at-Tabi`in dan tidak sempat bertemu dengan Tabi`in. seperti Imam
Ahmad dan lain-lain.
Thabaqah ke-11 = Mereka terdiri daripada golongan di peringkat tengah dalam meriwayatkan hadits daripada Tab`i at-Tabi`in, seperti az-Zuhli, Imam Bukhari dan
lain-lain.
Thabaqah ke-12 = Mereka terdiri daripada golongan di peringkat paling bawah dalam meriwayatkan hadits daripada Tab`i at-Tabi`in, seperti Imam Tirmidzi dan
lain-lain.
Tertib thabaqat yang dikemukakan ini adalah berdasarkan apa yang dibentangkan oleh Hafiz Ibnu Hajar di dalam Taqrib at-Tahzibnya.
Bermula dari thabaqah ke-2 hingga thabaqah ke-6 adalah thabaqat para Tabi`in.
Bermula dari thabaqah ke-7 hingga thabaqah ke-9 adalah Tab`i at-Tabi`in.
Thabaqah Atba` Tab`i at-Tabi`in bermula dari thabaqah ke-10 hingga thabaqah ke-12.
Secara ringkas dapatlah dikatakan golongan Tabi`in berada dalam lima thabaqah,
golongan Tab`i at-Tabi`in berada dalam tiga thabaqah dan golongan Atba` Tab`i at-Tabi`in juga berada dalam tiga thabaqah.
Hingga tahun 100 H semua orang dari thabaqah ke-2 telah meninggal dunia (pupus).
Dari tahun 100 H hingga 200 H orang-orang dari kalangan thabaqah ke-2 hingga ke-8 semuanya telah meninggal dunia (pupus).
Thabaqah ke-9 hingga ke-12 adalah thabaqat yang hidup selepas tahun 200 H.
Beliau meriwayatkan hadits daripada Abu Ĥurairah, `Aaishah, Ibnu `Abbās, Zaid bin Tsābit dan lain-lain. Mujāhid, Zuhri dan lain-lain pula adalah orang-orang yang
meriwayatkan hadits daripadanya.Thawus sendiri berkata, “Aku sempat menemui 50 orang sahabat.” Ibnu `Abbās
berkata, “Sesungguhnya aku percaya Thāwūs ahli syurga.” Amar bin Dīnār berkata, “Aku tidak melihat orang sepertinya.” Ibnu Ĥibbān pula berkata, “Thāwūs telah
mengerjakan haji sebanyak 40 kali.” Thawus (bin Kaisan) meninggal dunia pada tahun 106 Hijrah.
Minit 36
⁶²⁴ Menurut riwayat Ibnu Majah, Nabi s.a.w. melewati(lalu berdekatan) dua buah kubur baharu.
- baru dikebumikan
- siapa mereka?
⁶²⁵ Kedua-dua kubur dikatakan disiksa, padahal yang disiksa ialah orang yang berada di dalam kedua-dua kubur itu. Penggunaan bahasa seperti ini sering ditemui bukan
sahaja di dalam hadits tetapi juga di dalam al-Quran.
Ia termasuk salah satu seni bahasa `Arab di bawah qaedah majāz mursal, di mana tempat bagi sesuatu disebutkan, sedangkan yang dimaksud ialah sesuatu yang berada di tempat itu.باب من إطالق المحل وإرادة الحالِّ
- cukur kepala, sebenarnya cukur rambut sebab kepala itu tempat rambut.
-dia ada jantung bermaksud tempat penyakit jantung.
Para `ulama’ berbeda pendapat tentang dua orang yang dikebumikan pada dua kubur berkenaan. Adakah mereka orang Islam atau orang kafir. Ada yang mengatakan
mereka kafir kerana perkuburan itu adalah perkuburan orang-orang kafir. Ada juga yang mengatakan perkuburan itu adalah perkuburan orang-orang Islam, jadi yang
dikebumikan di situ tentulah orang-orang Islam.
Abu Musa al-Madīni yakin dua orang yang disiksa di kubur itu ketika Nabi s.a.w. melewatinya adalah orang kafir. Alasannya ialah satu hadits yang diriwayatkan daripada Jabir menerusi sanad yang di dalamnya ada Ibnu Lahī`ah, seorang perawi dhaif, bahawa Nabi s.a.w. lalu dekat dua kubur Bani an-Najjār. Yang dikebumikan pada dua kubur itu ialah dua orang yang telah mati di zaman Jahiliah. Tiba-tiba Baginda terdengar mereka sedang disiksa kerana air kencing dan kerana mengacum. Kata Abu Musa, hadits itu walaupun tidak kuat (sanadnya), tetapi ma`nanya betul.
Kerana kalau mereka orang Islam, apa ertinya syafa`at Nabi s.a.w. untuk mereka hanya sehingga kering pelepah tamar yang dipacak oleh Baginda pada kuburnya?
- hadits tadi tiada sebut nabi pacak.ini hadits ringkas .
Apabila Rasulullah s.a.w. mengetahui mereka sedang disiksa, maka sifat ihsan dan belas kasihan Baginda tetap tidak melepaskan mereka daripada mendapat syafa`at
Baginda. Walaupun syafa`at Baginda berguna kepada mereka hanya untuk selama itu sahaja.
- orang kafir pun ada yang mendapat syafaat nabi saw jika itu kubur orang kafir, tapi bukan semua dan berlaku didunia dan diakhirat.
Kata Ĥāfiz Ibnu Ĥajar, hadits yang dijadikan hujah oleh Abu Musa itu diakui sendiri oleh beliau sebagai dhaif. Imam Aĥmad dengan sanad yang sahih menepati syarat Muslim juga meriwayatkannya, tetapi tanpa menyebutkan sebab mereka disiksa. Menyebutkan sebab mereka disiksa di dalam hadits itu hanyalah berpunca daripada
kekeliruan Ibnu Lahī`ah.
Hadits itu memanglah sesuai dengan hadits Jabir yang panjang yang diriwayatkan oleh Muslim. Kemungkinan penghuni dua kubur yang tersebut di dalam hadits itu orang kafir memang jelas.
Bagaimanapun dua kubur yang tersebut di dalam hadits ke-70 ini berdasarkan pengamatan terhadap saluran- saluran riwayatnya, lebih menunjukkan ia adalah kubur dua orang Islam. Seperti telah disebutkan sebelum ini bahawa berdasarkan riwayat Ibnu Majah dua kubur itu baharu. Dengan itu tidak boleh lagi dikatakan itu kubur
zaman Jahiliah. Apa lagi kalau dilihat kepada hadits Abu Umāmah yang diriwayatkan oleh Aĥmad. Di dalamnya tersebut bahawa Nabi s.a.w. lalu dekat kubur Baqī`, lalu Baginda bertanya, “Siapa kamu kebumikan di sini hari ini?”
Semua itu menunjukkan dua penghuni kubur berkenaan adalah orang Islam. Kerana Baqī` adalah perkuburan orang-orang Islam. Pertanyaan Nabi s.a.w. di dalam hadits
Abu Umāmah itu juga ditujukan kepada orang-orang Islam. Selain itu, penganut masing-masing agamalah yang akan mengebumikan orang-orang yang mati di kalangan mereka.
Hadits Abu Bakrah yang dikemukakan oleh Aĥmad, at-Thabarāni dan lain-lain dengan sanad yang sahih juga menyokong dua kubur yang tersebut di dalam hadits
ke-70 ini adalah kubur orang Islam. Antara yang tersebut di dalamnya ialah:
إِنِّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا يُعِذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ، وَبَلَى..... وَمَا يُعَذَّبَانِ إِلَّا فِي الْبَوْلِ والْغِيبِةِ
Bermaksud: “Sesungguhnya mereka berdua sedang disiksa. Tidaklah mereka disiksa kerana sesuatu yang besar, bahkan (besar)…Tidak mereka disiksa melainkan kerana kencing dan mengumpat.”
- siksa jika ambil tanah orang.
Potongan sabda Rasulullah s.a.w. yang terakhir itu “Tidak mereka disiksa melainkan kerana air kencing dan mengumpat” membayangkan penghuni dua kubur itu adalah orang Islam. Kerana orang-orang kafir, di samping disiksa kerana tidak melaksanakan ajaran Islam, mereka juga disiksa kerana kekufuran tanpa ada sebarang perbedaan pendapat `ulama’ dalam perkara ini.
Zul izi nordin
⁶²⁶ Maksud sabda Nabi s.a.w. “dan mereka disiksa tidak kerana sesuatu yang besar” ialah sesuatu yang tidak berat dan tidak sukar dilakukan jika mereka mahu, ia bukan
bererti mereka tidak melakukan dosa besar. Bagaimana ia bukan dosa besar kalau kedua mereka disiksa kerananya?
- tidak besar bermakna tidak sukar untuk dibuat.
- tanda dosa besar ialah disiksa , tak kira di alam barzah atau di padang masyhar atau lain tempat.
Tidak memelihara diri daripada air kencing membawa kepada tidak sah sembahyang. Mengacum pula merupakan punca perbalahan dan pergaduhan yang adakalanya
membawa kepada peperangan yang meragut nyawa ribuan manusia. Di dalam sesetengah riwayat ini (lihat sebagai contohnya riwayat Shaĥīĥ Bukhāri) tersebut setelah وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ(mereka berdua tidak disiksa kerana sesuatu yang besar), ada tambahan وإنه لكبير selepasnya. Tambahan itu bererti sedangkan ia memang besar. Maksud memang besar di sini ialah dosanya memang besar. Walaupun pada
pandangan mereka perbuatan mereka tidak besar kesalahannya.
Para `ulama’ memberikan beberapa pandangan tentang sabda Nabi s.a.w.: وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ (mereka berdua tidak disiksa kerana sesuatu yang besar), apa maksudnya dan apa-apa yang ada kaitan dengannya.
Secara ringkas di bawah ini dikemukakan pandangan mereka tentangnya:
(1) Al-`Allamah Abu `Abdil Malik al-Būni berkata, “Setelah Rasulullah s.a.w.bersabda وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ
(mereka berdua tidak disiksa kerana sesuatu yang besar),
Baginda terus mendapat wahyu susulannya iaitu بلى وإنه لكبير ( bahkan sesungguhnya ia memang besar). Demikianlah tersebut di dalam Sahih Bukhāri melalui saluran riwayat Manshūr.
-pendapat Al-`Allamah Abu `Abdil Malik al-Būni benar.
-ini wahyu khafi.
- tidak besar bermakna tidak sukar.
(2) Maksud penafian di dalam sabda Nabi s.a.w. itu ialah sesuatu yang besar seperti dosa kufur, syirik, membunuh orang dan lain-lain. Jelas sekali dua dosa orang yang
disiksa di dalam kuburnya itu tidak termasuk dalam tujuh dosa besar yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya dijauhi. Baginda bersabda:
اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ قَالَ الشِّرْكُ بِاللَّهِ وَالسِّحْرُ وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَكْلُ الرِّبَا وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ الْغَافِلَاتِ
Bermaksud: Jauhilah tujuh dosa yang membinasakan. Mereka (para sahabat) bertanya, “Apakah dosa-dosa itu wahai RasulAllah?” Jawab Baginda: “Melakukan
syirik terhadap Allah, mengamalkan sihir, membunuh orang yang diharamkan Allah membunuhnya kecuali dengan kebenaran, makan riba, makan harta anak yatim, cabut
lari meninggalkan medan peperangan, dan menuduh perempuan-perempuan mu’mināt yang baik-baik dan terpelihara kesuciannya berzina.
(Hadits riwayat Bukhāri, Muslim).
1jam 02minit
-Dosa ada byk darjat .
- dosa tak jaga kencing dan mengancum tidaklah sebesar dosa yang disebut dalam hadits ini tetapi besar juga.
Dua kesalahan yang menyebabkan mereka berdua disiksa itu pun besar juga tetapi tidaklah sebesar dosa-dosa tersebut tadi.
Inilah pendapat ad-Daudi, Ibnu al-`Arabi dan lain-lain.
(3) Dua dosa yang menyebabkan mereka disiksa itu pada anggapan mereka tidak besar, padahal ia besar.
(4) Dua dosa itu besar tetapi memelihara diri daripadanya tidaklah payah dan sukar sangat. Inilah pendapat al-Khatthābi, al-Baghawi, Ibnu Daqīq al-`iid dan sekumpulan `ulama’.
(5) Pada pandangan orang-orang yang ditujukan sabda Baginda tersebut, kesalahan dua orang yang disiksa di dalam kubur mereka masing-masing itu tidak besar,
sedangkan ia di sisi Allah adalah besar. Keadaannya seperti apa yang difirmankan Allah di dalam al-Quran:
وَتَحْسَبُونَهُۥ هَيِّنًا وَهُوَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمٌ
Bermaksud: …dan kamu menyangkanya perkara kecil, pada hal ia di sisi Allah adalah perkara yang besar dosanya. (an-Nūr:15).
An-Nur 24:15
إِذْ تَلَقَّوْنَهُۥ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُم مَّا لَيْسَ لَكُم بِهِۦ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُۥ هَيِّنًا وَهُوَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمٌ
(Ingatlah) ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar.
(6) Dosa yang dilakukan oleh dua orang yang disiksa di dalam kubur itu tidaklah besar sangat, tetapi ia menjadi besar apabila dilakukan secara berterusan dan telah
menjadi tabi`at mereka. Buktinya ialah Rasulullah s.a.w. telah menggunakan sīghah fi`il mādhi istimrāri ketika menggambarkan kesalahan mereka dalam sabdanya. فَكَانَ لَا يَسْتَتِرُ dan فَكَانَ يَمّشِي بِالنَّمِيمِةِ. Sīghah fi`il mādhi istimrāri memanglah pada kebiasaannya menunjukkan selalu berlaku atau melakukan pada masa yang lalu.
(7) Terkena percikan air kencing itu sendiri sama ada pada kain atau mana-mana bahagian tubuh, bukanlah satu dosa besar. Seseorang boleh saja (harus) melakukan
sesuatu kerja yang tidak memerlukan keadaan suci tanpa berdosa sedikit pun, walaupun kain atau pahanya berlumuran air kencing, darah dan najis-najis lain
seumpamanya. Akan tetapi apabila ia bersembahyang dalam keadaan itu, barulah ada dosa besar.
Kerana sembahyang menghendaki keadaan suci, suci adalah syarat untuk sahnya. Sembahyang dalam keadaan tidak suci bukan sahaja menyebabkan ia tidak sah,
bahkan menyebabkan seseorang yang mengerjakannya berdosa besar.
(8) Jika dilihat kepada permulaannya, maka kesalahan mereka tidaklah besar, tetapi jika dilihat kepada kesudahan dan akibatnya, maka ia amatlah besar. Kerana air
kencing yang tidak dipedulikan itu menyebabkan tubuh atau kain yang dipakai menjadi najis. Apabila dalam keadaan najis seseorang bersembahyang, maka
sembahyangnya tidak sah. Dia seperti tidak bersembahyang dan tidak tertunailah kewajiban yang ditanggungnya. Kerana tidak bersembahyanglah sebenarnya menyebabkan mereka berdosa besar dan kerana dosa besarlah mereka disiksa. Demikian juga dengan mengacum. Pada zahirnya tidak kelihatan apa-apa kesannya yang ketara, tetapi jika dilihat kepada akibatnya, maka besar sekali akibatnya. Kerana acumanlah berlaku kebanyakan perbalahan dan pergaduhan. Kemuncaknya adalah peperangan. Apabila berlaku perang banyaklah berlaku pembunuhan dan pertumpahan darah. Kerana membawa kepada perbalahan, pergaduhan, pembunuhan
dan pertumpahan darahlah mengacum menjadi dosa besar.
-bila nabi saw yang sebutkan, kita boleh buat pegangan.
Selain dari nabi saw tidak boleh dijadikan pegangan.
1jam 11minit
- minta diampunkan , tiadalah siksaan2nya
⁶²⁷ Maksud tidak memelihara diri daripada air kencing ialah tidak menjaganya daripada terkena kain atau seluar yang dipakai atau terkena mana-mana bahagian tubuh, khususnya bahagian paha yang berhampiran dengan kemaluan (tempat keluar air kencing).
⁶²⁸ Maksud mengacum ialah mengadu domba atau memperlagakan seseorang dengan seseorang yang lain atau sesuatu golongan dengan sesuatu golongan yang lain. Membawa percakapan seseorang kepada orang lain dengan cara yang boleh menimbulkan kemarahan dan perbalahan di antara mereka juga termasuk dalam
mengacum.
Inti Sari Hadits
(1) Hadits ini menunjukkan najisnya air kencing manusia. Tiada khilaf di kalangan `ulama’ tentang kenajisan air kencing manusia. Adapun air kencing binatang, maka
masih terdapat khilaf `ulama’ mengenainya.
(2) Kewajiban memelihara diri daripada terkena air kencing sendiri atau air kencing orang lain. Orang yang bermudah-mudah dalam perkara ini telah diseksa di dalam
kuburnya. Itulah yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadits ini.
(3) Sikap bermudah-mudah dan tidak ambil peduli terhadap air kencing adalah satu dosa besar. Ia tersebut dengan jelas di dalam hadits riwayat al-Bukhāri. Baginda
bersabda: وإنه لكبير (sesungguhnya ia adalah dosa besar).
(4) Kewajiban menghilangkan najis atau membersihkan diri daripadanya. Sesetengah `ulama’ berpendapat kewajiban itu khusus dengan waktu hendak sembahyang atau
lain-lain ibadat yang disyaratkan suci ketika mengerjakannya.
(5) Mengacum juga merupakan dosa besar. Ia haram berdasarkan nas dan ijma` ummat. Allah berfirman:
Al-Humazah 104:1وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ
Bermaksud: Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela, (al-Humazah:1).
Al-Qalam 68:11 هَمَّازٍ مَّشَّآءٍۭ بِنَمِيمٍ
Bermaksud: Yang suka mencaci, lagi yang suka mengacum (menyebarkan fitnah hasutan untuk memecah belahkan orang ramai), (al-Qalam:11).
Nabi s.a.w. juga bersabda:
لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَتَّاتٌ(وَفِى لَفْظٍ) نَمَّامٌ
Bermaksud: Tidak akan masuk syurga pengacum (dalam satu riwayat lain) pengadu domba.
(Ĥadīts riwayat Bukhāri, Muslim, Aĥmad, Abu Daud, Tirmidzi, Nasā’i dan lain-lain).
-salah satu tanda dosa besar, di ancam dengan siksaan.
(6) Hadits ini juga membuktikan adanya azab kubur atau azab di alam Barzakh. Inilah pegangan dan `aqidah Ahlu as-Sunnah Wa al-Jama`ah.
(7) Hadits ini juga menggambarkan salah satu sifat istimewa Rasulullah s.a.w. iaitu sangat bersimpatinya Baginda terhadap umatnya. Apabila mengetahui ada dua orang daripada umatnya sedang disiksa, Beliau dengan segera memberikan syafa`atnya kepada mereka.
(8) Ia juga membuktikan adanya syafa`at Nabi s.a.w. di dunia ini.
(9) Hadits ini juga membuktikan adanya mu`jizat Nabi s.a.w. Allah telah memberitahu dan memperdengarkan kepada Baginda siksaan yang dialami orang yang telah mati dan dikebumikan, sedangkan orang-orang lain yang ada bersamanya tidak mendengar apa-apa dan tidak mengetahui apa-apa pun tentangnya. Inilah yang
dinyatakan oleh Allah di dalam al-Qur’an menerusi firmanNya:
Al-Jinn 72:26 عَٰلِمُ ٱلْغَيْبِ فَلَا يُظْهِرُ عَلَىٰ غَيْبِهِۦٓ أَحَدًا
Al-Jinn 72:27
إِلَّا مَنِ ٱرْتَضَىٰ مِن رَّسُولٍ فَإِنَّهُۥ يَسْلُكُ مِنۢ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِۦ رَصَدًا
Bermaksud: Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, (26)
Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian), maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan). (27).
(10) Kewajiban beristinja’ (membersihkan diri daripada air kecil dan air besar).
-komentar imam tirmizi:
Abu `Isa berkata: “Berhubung dengan bab (perkara) ini ada juga riwayat daripada Abi Hurairah,⁶²⁹ Abi Musa,⁶³⁰ `Abdir Rahmān bin Ĥasanah,⁶³¹ Zaid bin Tsābit⁶³² dan Abi Bakrah.⁶³³
Beliau (Abu `Isa juga) berkata: “Ini adalah hadits hasan sahih.”⁶³⁴ Manshūr (bin al-Mu`tamir) meriwayatkan hadits ini daripada Mujāhid, daripada Ibni `Abbās, tetapi dia tidak menyebutkan daripada Thāwūs. Hadits riwayat al-A`masy lebih sahih.⁶³⁵
Beliau (Abu `Isa at-Tirmizi selanjutnya) berkata: “Aku mendengar Abu Bakr Muhammad bin Abān al-Balkhi⁶³⁶
Taufik baca dari Batu pahat Johor.
⁶²⁹ Hadits Abu Hurairah dikemukakan oleh Aĥmad, Ibnu Majah, Ibnu Abi Syaibah, ad-Dāraquthni, al-Ĥākim dan at-Thaĥāwi di dalam Syarĥ Musykil al-Aatsār secara
marfū`dengan lafaz: أَكْثَرُ عَذَابَ القَبْرِ مِنْ الْبَوْلِ
Bermaksud: “Kebanyakan azab kubur kerana air kencing.”
Al-Ĥākim berkata, “Hadits ini sahih menurut syarat Bukhāri dan Muslim. Saya tidak mengetahui ada apa-apa `illatnya.” Kata al-Mundziri, “Benar seperti katanya.”
⁶³⁰ Hadits Abu Musa dikemukakan oleh Bukhāri, Muslim, Aĥmad al-Ĥākim dan lain-lain.
⁶³¹ Hadits `Abdur Rahmān bin Ĥasanah dikemukakan oleh Abu Daud, Nasā’i, Aĥmad, Ibnu Majah dan Ibnu Ĥibbān di dalam Shaĥīĥnya.
⁶³² Hadits Zaid bin Tsābit dikemukakan oleh Muslim, Aĥmad, Ibnu Abi Syaibah, at-Thaĥāwi di dalam Musykil al-Aatsār dan at-Thabarāni di dalam al-Mu`jam al-Kabīr.
⁶³³ Hadits Abu Bakrah dikemukakan oleh Aĥmad dan at-Thabarāni di dalam al-Mu`jam al-Ausath. Ma`nanya sama dengan hadits Ibnu `Abbās yang dikemukakan oleh at-Tirmidzi di atas.
⁶³⁴ Selain Tirmidzi, Bukhāri, Muslim, Abu Daud, Nasā’i, Ibnu Majah dan lain-lain juga meriwayatkannya.
1jam 29minit.
-(18) Selepas mengemukakan sesuatu hadits Imam Tirmizi
mengatakan هاذا حديث صحيح atau هاذا حديث غريب atau هاذا حديث منكر
Keputusan Imam Tirmizi yang seperti ini tidak menimbulkan sebarang masalah atau kekeliruan. Yang
menimbulkan kekeliruan ialah apabila beliau
berkata:هذا حديث صحيح حسن غريب
atau هذا حديث غريب صحيح
atauهذا حديث حسن غريب
dan sebagainya
Apa ertinya semua istilah-istilah ini? Ia kelihatan semacam bertentangan. Kalau sudah sahih kenapa pula dikatakan gharib (dha`if)? Bolehkah sesuatu hadits itu sahih dan dalam masa yang sama ia juga dha`if?
Para `ulama’ hadits telah memberi beberapa jawapan untuk menghilangkan kekeliruan akibat penggunaan istilah yang kelihatan bertentangan itu:
(a) Imam Tirmizi mahu mengisyaratkan bahawa hadits berkenaan ada diriwayatkan melalui beberapa saluran riwayat. Ada antaranya yang sahih, ada yang hasan dan ada juga yang gharib atau dha`if.
(b) Hadits berkenaan pada pandangan dan penilaian
sesetengah `ulama’ sahih. Pada pandangan dan penilaian sesetengah `ulama’ yang lain ia hasan. Sementara pada pandangan dan penilaian sesetengah `ulama’ yang lain
pula ia gharib. Ertinya ialah para `ulama’ hadits berbeza pendapat tentang taraf dan kedudukannya sesuai dengan syarat dan iltizam masing-masing.
(c) Imam Tirmizi mengatakan begitu bukan hanya untuk hadits yang dikemukakan beliau sahaja. Salah satu daripada hukum yang diberikan itu memang sesuai untuk hadits yang dikemukakan beliau. Adapun yang dua lagi, ia tidak sesuai dengannya, malah ia sesuai dengan hadits-hadits sahabat lain yang diisyaratkan oleh beliau dengan kata: وفي الباب عن فلان وفلان
Ertinya keputusan yang dibuat Tirmizi itu adalah dengan
mengambil kira hadits-hadits lain yang sema`na dengan hadits yang dikemukakan oleh beliau.
(d) Menurut Hafiz al-`Iraqi, kata-kata Tirmizi هذا حديث حسن غريب misalnya bererti bagi beliau sifat hadits hasan pada hadits yang dikemukakan adalah lebih kuat daripada sifat hadits gharib atau dha`if. Apabila Imam Tirmizi menyebutkan hasan sebelum gharib, itu bererti sifat hasanlah yang lebih kuat padanya. Tetapi jika gharib
pula disebut dahulu, maka itu bererti sifat ghariblah yang lebih kuat padanya. Antara hadits yang boleh diterapkan qaedah yang dikemukakan oleh Hafiz al-`Iraqi ini ialah
hadits marfu` yang diriwayatkan oleh
Ibnu `Umar dibawah ما جاء في الأربع قبل العصر
Berikut ialah haditsnya
(قال)حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ مُوسَى وَمَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ وَأَحْمَدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الدَّوْرَقِيُّ وَغَيْرُ وَاحِدٍ قَالُوا حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ الطَّيَالِسِيُّ (قال)حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُسْلِمِ بْنِ مِهْرَانَ (أنه) سَمِعَ جَدَّهُ عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ رَحِمَ اللَّهُ امْرَأً صَلَّى قَبْلَ الْعَصْرِ أَرْبَعًا
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ حَسَنٌ
Maksudnya:“Semoga Allah merahmati orang yang bersembahyang (sunat) empat raka`at sebelum (bersembahyang) `Ashar.”
Bagi al-`Iraqi sifat hadits gharib pada hadits ini lebih kuat
berbanding sifat hadits hasan.
Ini kerana Imam Tirmizi mendahulukan perkataan gharib daripada perkataan hasan. (Lihat as-Suyuthi- Quut al-Mughtazi j.1 m/s 57, al-Mubarakfuri- Tuhfatu al-Ahwazi j.2 m/s 417).
Ahmad Iffad Alias baca
⁶³⁵ Maksudnya ialah riwayat A`masy dengan menyebutkan Thāwūs di antara Mujāhid dan Ibnu `Abbās lebih sahih daripada riwayat Manshūr. Di dalam perenggan
berikutnya Imam Tirmidzi menjelaskan kenapa riwayat A`masy lebih sahih daripada riwayat Manshūr.
Tindakan imam Tirmidzi mentarjihkan riwayat A`masy daripada riwayat Manshūr dalam kesahihannya menunjukkan para `ulama’ hadits tidak sentiasa mentarjihkan sanad `aali (sanad yang tinggi) daripada sanad nāzil (sanad yang rendah). Sanad riwayat A`masy menurut istilah hadits dipanggil مزيد في متصل إلسناد .
Imam Bukhāri di dalam Sahihnya meriwayatkan hadits ini melalui kedua-dua saluran tersebut. Kata Ĥāfiz Ibnu Ĥajar di dalam Fatĥul Bāri, “Perbuatan Bukhāri itu menunjukkan
kedua-duanya sahih bagi beliau. Seharusnya difahami bahawa Mujāhid mula-mula telah mendengarnya daripada Thāwūs daripada Ibni `Abbās, kemudian beliau mendengarnya pula daripada Ibnu `Abbās sendiri tanpa perantaraan, atau sebaliknya.
Antara yang menyokong pandangan yang dikemukakan tadi ialah di dalam riwayat yang terdapat Thāwūs ada tambahan yang lebih daripada riwayat beliau sendiri daripada Ibnu `Abbās. Ibnu Ĥibbān dengan jelas mengatakan kedua-dua saluran riwayat itu sahih. Tirmidzi pula berpendapat riwayat A`masy lebih sahih.”
- walaupun sanadnya lebih ramai sebab tidak semua sanad tinggi lebih sahih.
Menurut Maulana al-Mubārakfūri (Muĥammad `Abdur Rahmān bin `Abdir Raĥīm al-Mubārakfūri m.1353H), Bukhāri juga berpendapat seperti Tirmidzi iaitu riwayat A`masy lebih sahih daripada riwayat Manshūr. Kata Tirmidzi di dalam al-`Ilal, “Aku bertanya Muĥammad (Imam Bukhāri), mana satu daripada dua saluran riwayat itu lebih sahih?” Beliau menjawab riwayat A`masy lebih sahih.”
Adanya riwayat Syu`bah bin al-Ĥajjāj daripada al-A`masy seperti riwayat Manshūr tanpa menyebutkan Thāwūs di antara Mujāhid dan Ibnu `Abbās, menyokong pandangan golongan `ulama’ yang mengatakan kedua-dua saluran riwayat itu sahih.
⁶³⁶ Muĥammad bin Abān al-Balkhi. Laqabnya (nama gelarannya) ialah Ĥamdawaih. Beliau mustamli (juru tulis sesuatu yang diimla’kan kepadanya) Wakī`, seorang
perawi tsiqah lagi ĥāfizh. Muĥammad bin Abān meriwayatkan hadits daripada Ibnu`Uyainah, Ghundar dan para ``ulama’’ yang segenerasi dengan mereka berdua.
Orang-orang yang meriwayatkan hadits daripadanya pula terdiri daripada tokoh-tokoh seperti Imam Bukhāri, Abu Daud, Tirmidzi, Nasā’i, Ibnu Majah dan lain-lain. Kata
Ibnu Ĥibbān, “Muĥammad bin Abān adalah antara pengumpul dan penulis hadits.” Beliau meninggal dunia pada tahun 144H.
⁶³⁷ Sebagai alasan kenapa riwayat A`masy lebih sahih daripada riwayat Manshūr pada pandangan beliau, Imam Tirmidzi mengemukakan kata-kata Abu Bakr Muhammad
bin Abān al-Balkhi bahawa al-A`masy lebih hafal isnād Ibrahim (bin Yazid an-Nakha`i) daripada Manshūr (bin al-Mu`tamir).
Soalnya apa ada kena mengena kata-kata Abu Bakr Muhammad bin Abān al-Balkhi itu dengan da`waan Tirmidzi? A`masy dikatakan lebih hafal isnād Ibrahim (bin Yazid an-Nakha`i) daripada Manshūr (bin al-Mu`tamir). Sedangkan riwayat ke-70 ini tidak diterima oleh A`masy dan Manshūr daripada Ibrahim, sebaliknya daripada Mujāhid.
Abu Bakr Muhammad bin Abān al-Balkhi tidak ada berkata, A`masy juga lebih hafal isnād Mujāhid daripada Manshūr. Beliau hanya berkata, A`masy lebih hafal isnād Ibrahim (bin Yazid an-Nakha`i) daripada Manshūr (bin al-Mu`tamir), itu sahaja.
Apakah dengan berkata begitu bererti A`masy juga lebih hafal isnād Mujāhid dan lain-lain daripada Manshūr? Tentu sekali tidak wajar difahami begitu. Maka nukilan Tirmidzi itu nampaknya tidak relevan dikemukakan di sini, kecualilah jika dikatakan penyalin telah tersalah tulis nama Ibrahim di situ, sebenarnya bukan Ibrahim disebut oleh Abu Bakr Muhammad bin Abān al-Balkhi tetapi Mujāhid.
-hadits ini riwayat Mujahid bukan Ibrahim.
Atau hanya semata2 nak beritahu lebih ingat tetapi tak sesuai.
- imam tirmizi mengumpulkan pendapat imam bukhari tentang perawi2.
- imam bukhari buat kitab dengan syarat perawi yang ketat.
- imam tirmizi tidak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan