Kitab ilal 01-15sssP06 sesi 10,11,12,13,14s
Sesi 10
Perkara ke 6.
Kitab ilal 01-15sssP06 1
أَهَمِّيَةٍ الْإِنَادِ وَجَوَازُ الْجَرْحِ عَلَى الرّوَاةِ الصُّعِفَاءِ
Kepentingan Isnad dan keharusan mempertikaikan perawi-perawi yang lemah.
قَالَ أبو عيسى الترمذي رحمه الله تعالى
١-وَأَخْبرنِي مُحَمَّد بن إِسْمَاعِيل (قال)حَدثنَا مُحَمَّد بن يحيى بن سعيد الْقطَّان (قال)حَدثنِي أبي قَالَ سَأَلت سُفْيَان الثَّوْريّ وَشعْبَة وَمَالك بن أنس وسُفْيَان بن عُيَيْنَة عَن الرجل يكون فِيهِ تُهْمَة أَو ضعف أشكت أَو أبين قَالُوا بَين
قَالَ أبو عيسى الترمذي رحمه الله تعالى
٢- حَدثنَا مُحَمَّد بن رَافع النَّيْسَابُورِي حَدثنَا يحيى بن آدم قَالَ قيل لأبي بكر بن عَيَّاش إِن أُنَاسًا يَجْلِسُونَ وَيجْلس إِلَيْهِم النَّاس وَلَا يستأهلون قَالَ فَقَالَ أَبُو بكر بن عَيَّاش كل من جلس جلس إِلَيْهِ النَّاس وَصَاحب السّنة إِذا مَاتَ أَحْيَا الله ذكره والمبتدع لَا يذكرهُ
÷÷÷÷
Sesi 11,12
قَالَ أبو عيسى الترمذي رحمه الله تعالى
٣-حَدثنَا مُحَمَّد بن عَليّ بن الْحسن بن شَقِيق أخبرنَا النَّضر بن عبد الله الْأَصَم (قال) حَدثنَا إِسْمَاعِيل بن زَكَرِيَّا عَن عَاصِم عَن بن سِيرِين قَالَ كَانَ فِي الزَّمن الأول لَا يسْأَلُون عَن الْإِسْنَاد فَلَمَّا وَقعت الْفِتْنَة سَأَلُوا عَن الْإِسْنَاد لكَي يَأْخُذُوا حَدِيث أهل السّنة ويدعوا حَدِيث أهل الْبدع
قَالَ أبو عيسى الترمذي رحمه الله تعالى
٤- حَدثنَا مُحَمَّد بن عَليّ بن الْحسن قَالَ سَمِعت عَبْدَانِ يَقُول قَالَ عبد الله بن الْمُبَارك الْإِسْنَاد عِنْدِي من الدّين لَوْلَا الْإِسْنَاد لقَالَ من شَاءَ مَا شَاءَ فَإِذا قيل من حَدثَك بَقِي
قَالَ أَبُو عِيسَى التَّرْمِذِي رَحِمَهُ اللهُ تَعِالَى
٥-حَدثنَا مُحَمَّد بن عَليّ أخبرنَا حبَان بن مُوسَى قَالَ ذكر لعبد الله بن الْمُبَارك حَدِيث فَقَالَ تحْتَاج لهَذَا أر كَانَ من آجر قَالَ أَبُو عِيسَى يَعْنِي أَنه ضَعِيف إِسْنَاده
قَالَ أَبُو عِيسَى التَّرْمِذِي رَحِمَهُ اللهُ تَعِالَى
٦-حَدثنَا أَحْمد بن عَبدة حَدثنَا وهب بن زَمعَة عَن عبد الله بن الْمُبَارك أَنه ترك حَدِيث الْحسن بن عمَارَة وَالْحسن بن دِينَار وَإِبْرَاهِيم بن مُحَمَّد الْأَسْلَمِيّ وَمُقَاتِل بن سُلَيْمَان وَعُثْمَان الْبري وروح بن مُسَافر وَأبي شيبَة الوَاسِطِيّ وَعَمْرو بن ثَابت وَأَيوب بن خوط وَأَيوب بن سُوَيْد ونضر بن طريف هُوَ أَبُو جُزْء وَالْحكم وحبِيب الحكم روى لَهُ حَدِيثا فِي كتاب الرفاق ثمَّ تَركه وَقَالَ حبيب لَا أَدْرِي
قَالَ أَبُو عِيسَى التَّرْمِذِي رَحِمَهُ اللهُ تَعِالَى
٧-قَالَ أَحْمد بن عَبدة وَسمعت عَبْدَانِ قَالَ كَانَ عبد الله بن الْمُبَارك قَرَأَ أَحَادِيث بكر بن خُنَيْس فَكَانَ أخيرا إِذا أَتَى عَلَيْهَا أعرض عَنْهَا وَكَانَ لَا يذكرهُ
قَالَ أَبُو عِيسَى التَّرْمِذِي رَحِمَهُ اللهُ تَعِالَى
٨-قَالَ أَحْمد حَدثنَا أَبُو وهب قَالَ سموا لعبد الله بن الْمُبَارك رجلا يتهم فِي الحَدِيث فَقَالَ لِأَن أقطع الطَّرِيق أحب إِلَيّ من أَن أحدث عَنهُ
قَالَ أَبُو عِيسَى التَّرْمِذِي رَحِمَهُ اللهُ تَعِالَى
٩-قَالَ أَخْبرنِي مُحَمَّد بن مُوسَى بن حزَام قَالَ سَمِعت يزِيد بن هَارُون يَقُول لَا يحل لأحد أَن يروي عَن سُلَيْمَان بن عَمْرو النَّخعِيّ الْكُوفِي
قَالَ أَبُو عِيسَى التَّرْمِذِي رَحِمَهُ اللهُ تَعِالَى
١٠-حَدثنَا مَحْمُود بن غيلَان حَدثنَا أَبُو يحيى الْحمانِي قَالَ سَمِعت أَبَا حنيفَة يَقُول مَا رَأَيْت أحدا أكذب من جَابر الْجعْفِيّ وَلَا أفضل من عَطاء بن أبي رَبَاح قَالَ أَبُو عِيسَى وَسمعت الْجَارُود يَقُول سَمِعت وكيعا يَقُول لَوْلَا جَابر الْجعْفِيّ لَكَانَ أهل الْكُوفَة بِغَيْر حَدِيث وَلَوْلَا حَمَّاد لَكَانَ أهل الْكُوفَة بِغَيْر فقه
قَالَ أَبُو عِيسَى التَّرْمِذِي رَحِمَهُ اللهُ تَعِالَى
١١-وَسمعت أَحْمد بن الْحسن يَقُول كُنَّا عِنْد أَحْمد بن حَنْبَل فَذكرُوا من تجب عَلَيْهِ الْجُمُعَة فَذكرُوا فِيهِ عَن بعض أهل الْعلم من التَّابِعين وَغَيرهم فَقلت فِيهِ عَن النَّبِي صلى الله عَلَيْهِ وَسلم حَدِيث
فَقَالَ عَن النَّبِي صلى الله عَلَيْهِ وَسلم قلت نعم حَدثنَا أَحْمد بن الْحسن حَدثنَا حجاج بن نصير حَدثنَا الْمُبَارك بن عباد عَن عبد الله بن سعيد المَقْبُري عَن أَبِيه عَن أبي هُرَيْرَة رَضِي الله عَنهُ قَالَ قَالَ رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم
الْجُمُعَة على من آواه اللَّيْل إِلَى أَهله قَالَ فَغَضب أَحْمد بن حَنْبَل وَقَالَ اسْتغْفر رَبك اسْتغْفر رَبك مرَّتَيْنِ قَالَ أَبُو عِيسَى وَإِنَّمَا فعل هَذَا أَحْمد بن حَنْبَل لِأَنَّهُ لم يصدق هَذَا عَن النَّبِي صلى الله عَلَيْهِ وَسلم لضعف إِسْنَاده لِأَنَّهُ لم يعرفهُ عَن النَّبِي صلى الله عَلَيْهِ وَسلم وَالْحجاج بن نصير يضعف فِي الحَدِيث
وَعبد الله بن سعيد المَقْبُري ضعفه يحيى بن سعيد الْقطَّان جدا فِي الحَدِيث
Kitab ilal 01-15sssP06 2
Bermaksud : Kata Abu Isa at-Tirmidzi,
(Ini contoh pendapat ulamak mengumpat tidak tercela)
1- Muhamad bin Ismail (Imam Bukhari ) meriwayatkan kepada ku , katanya Muhamad bin Yahya bin Said al-Qattaan meriwayatkan kepada kami, katanya :ayahku meriwayatkan kepadaku, katanya: Aku telah bertanya Sufyan ats-Tsauri , Syu'bah , Malik bin Anas dan Sufyan bin U'yainah tentang perawi tertuduh atau ada padanya kelemahan, adakah aku perlu mendiamkan diri (daripada memperkatakan sesuatu mengenainya) atau perlu aku terangkan (kepada orang ramai tentangnya)?' Jawab mereka, "Terangkanlah.⁴³
1-Muhamad bin Ismail (Imam Bukhari ) > Muhamad bin Yahya bin Said al-Qattaan(imam jarh) bertanya(untuk berbincang) Sufyan ats-Tsauri ,Syu'bah, Malik bin Anas, Sufyan bin U'yainah
Syarat perawi tertuduh yang bidahnya tidak sampai kepada perkara mengugat aqidah,mereka akan terima dengan beberapa syarat,antara lain
i)bidah yang dilakukan tidak berat.
ii)mereka tidak menyeru orang lain kepada bidah.
iii)dia berpendapat bercakap benar suatu tuntutan agama.tidak taqiyah.
iv)syiah ringan
v)apa yang dia riwayatkan tidak menyokong bidahnya.
- tertuduh berfahaman murjiah
- tertuduh ada kelemahan seperti bercelaru fikirannya atau lupa atau kitab2nya hangus,
-cerita Hisyam bin Urwah.
Minit17
-meriwayatkan Aisyah pada umur 18th masih main anak patung!
- apa jadi kepada Aisyah?
-tahun ke 9 perang tabuk, masih main anak patung?
- mmay tak boleh terima riwayat sebegitu.
- sanad penting kerana orang kemudian boleh pegang..
- pengarang tuhfatul ahwazi..
- al imam Maududi..
- hadits untuk dipraktikan.
- biar boleh menilai.
- apa yang perlu dijaga?
- ditempat lain juga ada masalah.
- pelakon boleh lah.Aisyah bukan begitu.
- orang biasa 18 tahun pun dah tak main anak patung.
- tengok dulu menepati syarat atau tidak.
-contoh perawi Syiah di Kufah .
-meninggalkan penilaian yang betul hanya kerana takut Bukhari terdedah pada kritikan!? Kita duk ada buat apa?
- Muhamad AlGhazali kritik tetapi tiada masalah.pendapat masing2.
- jika tak bincang secara terbuka nanti terdedah orang kemudian kepada bahaya, dia tak pernah diajar berfikir secara kritis untuk menjawab masalah2.
Ini yang nak dibincang hari ini, kenapa perlu ada isnad sampai bila2?
Takut2 orang dulu terlepas orang kemudian boleh nampak.
Permainan golongan tertentu..Umur Aisyah.
Jika terima hadits itu akan jadi masalah lah.
Sedang loni Majlis ugamapun dah buat had umur boleh berkahwin.
Adakah benar,Orang2 Islam gila berkahwin dengan kanak-kanak?
Syiah juga mudakan umur Fatimah.
Anak2 yang lain lahir sebelum Nabi dilantik menjadi Nabi ,tiada keistimewaan seperti Fatimah.
Nantinya kita akan mati hujjah bila dah terima hadits yanb tidak benar.
Sedangkan kita kena pastikan sahih dulu sesuatu hadits.
Apa maksud (tujuan)sebenar perkahwinan?
Hisyam setelah ke Irak jadi begitu sedang sebelumnya dia sedemikian,yang mana riwayatnya tiada masaalah.
- ini contoh kedua
Minit 37
Bermaksud: Kata Abu Isa at-Tirmidzi,
2- Muhammad bin Rafi' an-Naisaburi meriwayatkan kepadaku, katanya: Yahya bin Adam meriwayatkan kepada kami, katanya: "Pernah dikatakan kepada Abu Bakar bin 'Ayyaasy, "Sesungguhnya ramai orang duduk mengajar, maka ramailah pula orang-orang duduk menghadapnya (untuk belajar). Padahal yang duduk mengajar itu tidak berkelayakan pun." Kata Yahya bin Adam, "Maka berkatalah Abu Bakar bin 'Ayyaasy: "Setiap orang yang duduk mengajar, akan adalah orang duduk menghadapnya untuk belajar. Cuma pejuang Sunnah apabila mati, Allah akan menghidupkan namanya (dia akan dikenang orang).
Ahli bidâ ah pula tidak akan disebut.⁴⁴
(Para salaf menerima amalan jarh atau tarrih perawi2)
Bermaksud: Kata Abu 'Isa at-Tirmidzi,
3- Muhammad bin 'Ali bin al-Hasan bin Syaqiq meriwayatkan kepada kami, katanya: an-Nadhr bin Abdillah bin al-Asham meriwayatkan kepada kami, katanya: Isma'il bin Zakariya meriwayatkan kepada kami daripada 'Aashim (al-Ahwal) daripada Ibni Sirin, kata beliau: ”Di zaman permulaan Islam orang ramai tidak bertanya pun tentang isnad. Tetapi setelah berlaku fitnah,⁴⁵ baru mereka (sahabat) bertanya tentangnya untuk mereka ambil hadits ahli as-Sunnah dan meninggalkan hadits ahli biďah.⁴⁶
-ini bukti riwayat salaf telah melakukan jarh.
3- Muhammad bin 'Ali bin al-Hasan bin Syaqiq > an-Nadhr bin Abdillah bin al-Asham > Isma'il bin Zakariya >Aashim (al-Ahwal) > Ibni Sirin
- peringkat awal sanad tidak dikisahkan.
-kata2 Ibnu Sirin melalui sanad.
-Siapa Ibnu Sirin?
- tokoh yg menilai perawi2.
- jika Ibnu Sirin berkata apa buktinya?
- jadi imam tirmizi telah membuktikan dengan sanad walaupun apa yang dicakap bukanpun hadits nabi saw
- imam Muslim>...1..> Isma'il bin Zakariya
-imam tirmizi>....1....>......2....>Isma'il bin Zakariya.
Bermaksud: Kata Abu 'Isa at-Tirmidzi,
4- Muhammad bin 'Ali bin al-Hasan berkata, aku telah mendengar 'Abdaan berkata, kata 'Abdullah bin al-Mubarak: ”lsnad itu di sisiku adalah sebahagian daripada agama. Jikalau tidak ada isnad, niscaya berkatalah sesiapa sahaja apa saja yang dikehendakinya. Tetapi kalau ia ditanya, ”Siapa menceritakan kepadamu?, ia akan tercengang!”⁴⁷
Bermaksud: Kata Abu 'Isa at-Tirmidzi,
5- Muhammad bin 'Ali meriwayatkan kepada kami, katanya: Hibbaan bin Musa meriwayatkan kepada kami, katanya: ”Pernah disebut kepada 'Abdullah bin al-Mubarak satu hadits. Maka beliau berkata: ”Untuk hadits ini diperlukan tiang-tiang daripada batu-bata (yang kuat)".⁴⁸ Kata Abu 'Isa , maksud Ibnu al-Mubarak dengan kata-katanya itu ialah isnadnya dha'if.
Bermaksud: Kata Abu 'Isa at-Tirmidzi,
6- Ahmad bin 'Abdah meriwayatkan kepada kami, katanya: Wahab bin Zam'ah meriwayatkan kepada kami daripada 'Abdillah bin al-Mubarak: bahawa beliau tlh meninggalkan hadits
(1) Hasan bin 'Umaarah,⁴⁹
(2) Hasan bin Dinaar, ⁵⁰
(3) Ibrahim bin Muhammad al-Aslami,⁵¹
(4) Muqatil bin Sulaiman,⁵²
(5)Utsman al-Burri,⁵³
(6) Rauh bin Musafir,⁵⁴
(7) Abu Syaibah al-Waasithi⁵⁵
(8) 'Amar bin Tsabit ⁵⁶
(9) Ayyub bin Khauth,⁵⁷
(10) Ayyub bin Suwaid,⁵⁸
(11)Nashr bin Tharif Abi Jaz'in⁵⁹
(12)Al-Hakam⁶⁰ dan
(13)Habib .⁶¹
Ibnu al-Mubarak pernah meriwayatkan hadits al-Hakam di dalam kitab az-Zuhd Wa ar-Riqaaq. Kemudian beliau meninggalkannya (tidak menerima riwayatnya).⁶² Habib, aku tidak pasti (siapa orangnya).⁶³
Bermaksud: Abu 'Isa at-Timidzi berkata,
7- Kata Ahmad bin 'Abdah: Aku juga mendengar 'Abdaan berkata: 'AbduIlah bin al-Mubarak dahulu membaca hadits-hadits Bakr bin Khunais. Tetapi kemudian, apabila sampai kepada hadits-haditsnya, beliau meninggalkannya dan tidak menyebutnya lagi.⁶⁴
Kata Abu Isa at-Tirmidzi,
8- Ahmad meriwayatkan kepadakan katanya: Abu Wahab meriwayatkan kepada kami, katanya: "Orang ramai nama seorang laki-laki yang tertuduh dalam meriwayatkan hadits. Terus Ibnu al-Mbarak berkata, "Aku menjadi perompak lebih baik lagi daripada aku meriwayatkan hadits daripadanya."
Bermaksud: Kata Abu 'Isa at-Tirmidzi,
9- Musa bin Hizaam meriwayatkan kepadaku, katanya: Yazid bin Harun meriwayatkan kepada kami, katanya: ”Tidak halal kepada seseorang meriwayatkan (hadits) daripada Sulaiman bin 'Amar an-Nakha'i al-Kufi."⁶⁵
Bermaksud: Kata Abu 'Isa at-Tirmidzi,
10- Mahmud bin Ghailan meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Yahya al-Himmaani meriwayatkan kepada kami, katanya: Aku mendengar Abu Hanifah berkata: "Tidak pernah aku melihat sesiapa pun yang lebih pendusta daripada Jabir al-Ju'fi⁶⁶ dan (tidak pernah juga aku melihat sesiapa pun yang) lebih mulia (kerana berilmu) daripada 'Athaa' hin Abi Rabaah kata Abu 'Isa, aku mendengar at-Jaarud berkata, aku mendengar Waki' berkata: Jikalau tidak ada Jabir al-Ju'fi niscaya penduduk Kufah (hidup) tanpa hadits. Dan jikalau tidak ada
Hammad, niscaya penduduk Kufah (hidup) tanpa fîqh.⁶⁷
Bermaksud.Kata Abu 'Isa at-Tirmidzi,
11- Dan aku mendengar Ahmad bin al-Hasan berkata "Pernah kami berada di samping Ahmad bin Hambal. Lalu mereka berbincang siapakah yang wajib ke atasnya sembahyang Juma'ať? Maka mereka menyebutkan pendapat sesetengah ahli ilmu dari kalangan Tabi'in dan lain-lain. Lantas aku berkata "Ada hadits Nabi s.a.w. berhubung dengan perkara ini." Ahmad terus mencelah dengan katanya, "Daripada Nabi s,a.w..?" Jawabku. "Ya, Hajjaaj bin Nushair dengan katanya,meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-Mu'aarik bin 'Abbaad meriwayatkan kepada kami daripada 'Abdullah bin Sa'id al-Maqburi daripada ayahnya daripada Abi Hurairah, kata beliau:Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sembahyang Juma'at itu wajib ke atas orang yang sempat pulang ke rumahnya sebelum masuk waktu malam." Ahmad bin Hasan berkata, "Maka marahlah Ahmad bin Hambal kepadaku.
Dan beliau berkata, "Beristighfarlah engkau kepada Tuhanmu! Beristighfarlah engkau kepada Tuhanmu!"
Sebanyak dua kali beliau berkata begitu. Sebabnya Ahmad bertindak demikian ialah kerana beliau tidak membenarkan hadits itu daripada Nabi saw, lantaran lemah isnadnya. Beliau juga tidak mengetahuinya daripada Nabi saw.
Hajaaj bin Nushair dianggap dha'if dalam hadits. 'Abdullah bin Sa'id al-Maqburi pula dikatakan dha' if sangat dalam hadits oleh Yahya bin Sa'id al-Qatthaan.⁶⁸
____
Kitab ilal 01-15sssP06 3
⁴³ Atsar yang dikemukakan oleh Tirmidzi ini telah diriwayatkan oleh Bukhari di permulaan Kitab ad-Dhu'afa'nya.
Imam Muslim di dalam Muqaddimah Sahihnya juga mengemukakannya menerusi saluran riwayat 'Amar bin 'Ali al-Fallaas daripada Yahya bin Sa'id, kata beliau: "Aku telah bertanya Sufyan ats-Tsauri, Syu'bah, Malik dan Ibnu 'Uyainah tentang perawi yang tidak kuat dalam hadits dan ditanya orang tentangnya?" Jawab mereka: "Ceritalah tentang dia bahawa dia tidak kuat."
- ini bukan dalam sebuah kitab
la juga diriwayatkan oleh Abu Bakar an-Najjaad, katanya: Ja'far bin Muhammad as-Sha'igh meriwayatkan kepada kami, katanya: 'Affaan meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya bin Sa'id meriwayatkan kepada kami, katanya: "Aku telah bertanya Sufyan ats-Tsauri, Syu'bah, Malik bin Anas dan Sufyan bin 'Uyainah tentang perawi tertuduh dalam hadits atau dia tidak ingat hadits?"
Jawab mereka: "Ceritalah keadaannya kepada orang."
Imam Ahmad juga turut meriwayatkan atsar yang sama ma'na dengannya daripada 'Affaan.
(Lihat Muqaddimah Sahih Muslim m/s 13 dan al-Kifayah m/s43).
Kata Ya'qub bin Syaibah, Musa bin Manshur meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Salamah al-Khuz'i meriwayatkan kepadaku, katanya: "Aku telah mendengar Hammaad bin Salamah, Malik bin Anas dan Syarik bin 'Abdillah berkata tentang orang yang meriwayatkan hadits, "Ceritalah tentangnya."
Maksud mereka ialah ceritalah tentang lemah atau kuatnya, benar atau dustanya. Perawi berkata, "Kata Syarik, bagaimana kita akan mengetahui lemah atau kuatnya seseorang perawi kalau kita tidak diceritakan tentangnya?"
⁴⁴ Maulana Rasyid Ahmad Ganggohi di dalam Syarah Tirmidzinya yang bernama al-Kaukabu ad-Durri menghuraikan maksud kata-kata Abu Bakar bin 'Ayyaasy ini dengan katanya, ”Ahli ilmu hendaklah menjauhi muhaddits jadian seperti itu.
- jika telah pandai menilai jangan meramaikan majlisnya.
Hadits-haditsnya janganlah diterima.
- supaya ajarannya tidak maju
Ahli ilmu hendaklah memberitahu kepada orang ramai tentang hakikatnya yang sebenar, supaya mereka tidak terpedaya dengannya. Ajarannya yang salah juga jangan dibiarkan tersebar.
- ahli ilmu kena cerita
- jika dibiarkan ajarannya akan meluas.
Apa yang disebut oleh Abu Bakar bin 'Ayyaasy ini tepat sekali dengan firman Allah berikut:
فَأَمَّا ٱلزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَآءًۖ وَأَمَّا مَا يَنفَعُ ٱلنَّاسَ فَيَمْكُثُ فِى ٱلْأَرْضِۚ كَذَٰلِكَ يَضْرِبُ ٱللَّهُ ٱلْأَمْثَالَ
Maksudnya: ... Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya; dan adapun sesuatu yang memberi menafa'at kepada manusia, maka akan tetaplah ia di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan- perumpamaan. (ar-Ra' d: 17)
Muhaddits jadian yang terdiri daripada ahli biďah itu memanglah sesuai dengan perumpamaan buih yang dibuat oleh Allah di dalam ayat al-Qur'an ini.
-setiap yang gugur ada yang memungutnya...hikmat ujian untuk manusia.
Minit 42
⁴⁵ Maksud setelah berlaku fitnah ialah setelah berlaku perang Shiffin. Selepas perang Shiffin timbullah fahaman Syi'ah, Nashibiyyah dan juga Kharijiyyah. Seruan kepada masing-masing fahaman tersebut mula disebarkan. Para sahabat yang masih hidup pada ketika itulah antara yang bertanggungjawab meletakkan asas isnad hadits. Merekalah generasi yang mula bertanya dan memeriksa ttg perawi-perawi hadits.
⁴⁶ Ahli biďah yang dimaksudkan di sini ialah ahli bid'ah dalam bab akidah yang mana biďahnya membawa kepada kekufuran dan pemahaman yang batil dalam agama. Atsar Ibnu Sirin yang dikemukakan oleh Tirmidzi ini dikemukakan juga oleh Muslim di dalam Muqaddimah Sahihnya daripada Abu Ja' far Muhammad bin as-Shabbaah al-Bazzaaz daripada Ismail bin Zakariya daripada 'Aashim al-Ahwal daripada Ibni Sirin. Lafaznya adalah seperti berikut:
قَالَ لَمْ يَكُونُوا يَسْأَلُونَ عَنْالْإِسْادِ فَلَمَّ وَقَعَتْ قَالُو سَمُّوا لَنَا رِجَالَكُمْ فَيُنْظَرُ إِلَى أَهْلِ السُّةِ فَيُؤْخَذُ حَدِثُهُمْ وَيُنْظَرُ إِلَىالْبِدَعِ فَلَا يُؤْخَذُ حَدِيثُهُمْ١.
Minit12
Kata beliau (Ibnu Sirin)(sayidul tabiin/penghulu tabiin): "Mereka (sahabat atau tabiin tua) dahulu tidak bertanya tentang isnad. Setelah berlaku fitnah baru mereka berkata, "Sebutkan nama perawi-petawi kamu kepada kami. Lalu dilihat, perawinya dari kalangan ahli as-Sunnah maka haditsnya diterima. Dan kalau perawinya kalangan ahli bid'ah pula, maka haditsnya tidak diambil (tidak diterima)," (Sahih Muslim j1 m/s 34).
Khathib al-Baghdadi juga di dalam al-Kifayah turut meriwayatkannya daripada Ahmad bin Saiyyaar, katanya: an-Nadhr(yg disebut tadi) bin 'Abdillah kuniahnya Abu 'Abdillah al-Asham meriwayatkan kepada kami, katanya: Isma'il bin Zakariya meriwayatkan kepadä kami....
Beliau (Khathib al-Baghdadi) juga meriwayatkannya menerusi saluran riwayat Muhammad bin Humaid ar-Razi daripada Jarir daripada 'Aashim daripada Ibni Sirin...
(Lihat al-Kifayah Fi'llmi ar-Riwayah m/s122).
Siapakah Ibnu Sirin?
-Beliau ialah sayidul tabiin.
-baginya riwayat bil makna tak boleh...berat ni
Ibnu Sirin (tidak boleh riwayat dengan makna)adalah orang yang mula-mula memberi perhatian khusus dalam mengkritik perawi-perawi. Beliaulah orang yang mula-mula membezakan antara perawi tsiqah dan tidak tsiqah. Diriwayatkan menerusi beberapa saluran riwayat bahawa beliau berkata:
إِنَّ هَذَا العِلْمِ دِينٌ فَانْظُرُوا عَمَّنْ تَأْخُذُونَ دِينَكُمْ
Bermaksud: "Sesungguhnya ilmu (ilmu jarh dan takdil/hadits yang ada ilmu jarh dan takdil) ini adalah agama. Oleh itu kamu hendaklah melihat daripada siapa kamu mengambil agamamu."
Di dalam satu riwayat lain beliau dilaporkan berkata:
إِنَّ هَذَا الحَدِيثَ دِينٌ فَانْظُرُوا الرِّجُلُ عَمَّنّ يَأْخُذُ دِيْنِهُ
Bermaksud: "Sesungguhnya hadits ini adalah agama. Maka seseorang itu hendaklah melihat dari siapakah dia mengambil agamanya"
-hukum jenayah adalah dari hadits contoh hukum rejam .
-wuduk 3x pun tiada dalam quran tetapi hadits.
- banyak perbincangan tentangnya.
- sebab ini ugama.
Kata Ya'qub bin Syaibah, pernah aku bertanya kepada Yahya bin Ma'in: "Adakah kamu mengetahui sesiapa dari kalangan Tabi'in yangg memilih perawi-perawi sebagaimana yang dilakukan oleh Ibnu Sirin.
- patutla imam tirmizi bawa sanad dengan penuh tanggungjawab.
Beliau menggeleng kepala mengisyaratkan kepada tidak ada, Kata Ya'qub lagi, aku pernah mendengar 'Ali bin al-Madini berkata: "Tidak kita ketahui ada sesiapa mendahului Muhammad bin Sirin dalam mengkaji hadits dan memeriksa isnad.
-mmay terjemah oleh syarah ilal oleh Ibnu Rejab ada sebut tentang ini.
Kemudian itu barulah Ayyub (asakhtiyarni), Ibnu 'Aunt Syu'bah, Yahya bin Sa'id (alQattan)dan 'Abdur Rahman(bin Mahdi)."
-apa kena mengena dengan ilal.
-inilah tokoh2 dalam bab ilal :
Muhammad bin Sirin
Ayyub (asakhtiyarni),
Ibnu 'Aunt,
Syu'bah,
Yahya bin Sa'id (alQattan)dan
'Abdur Rahman."
Malik bin Anas.
Aku bertanya 'Ali: "Malik bin Anas. Jawab beliau: "Sufyan bin 'Uyainah menceritakan kepadaku. kata beliau: Alangkah teliti dan tegasnya Malik dalam menilai dan memilih perawi-perawi."
-dari mereka inilah kita dapat yang tersimpan dalam kitab2 rijal ini kita dapat menentukan perawi ini macam mana atau perawi ini ada ilat .dari mereka inilah kita dapat mereka ini sudah ikhtilat, sudah nyanyok atau berubah, ketika ini kitab dia terbakar dsbnya.
Dan lebihnya mereka akan sebut sanad macam imam tirmizi nak memberitahu kata2 Ibnu Sirin yang dengan sanad. Begitu juga yang lain2 juga dengan sanad. Inilah kelebihan orang2 dahulu. Kita tak boleh buat apa. Yang kita kena buat adalah baca apa yang ditulis dan nilai .
Nak nilai ini pun pening.sebab yang ni kata bagus ,ada juga yang kata tak bagus. Mana satu nak dipakai. Mereka ini lah yang nilai. inilah perkara yang kita kena belajar. Salah satu tepat sekali untuk kita belajar adalah dengan kita belajar ilal. Kita belajar ilallah kita tau penyakit hadits.
Hadits kalu betul dari Rasullah saw tentu tiada penyakitnya.
Yang jadi masalahnya perawi2 itulah.
Oleh itu boleh jadi dia waham,boleh jadi dia terlupa atau macam-macam.
Dengan sebab itu kita perlu tahu kita dapat mengesan ilal yang mungkin ada. Sebab itu riwayat2 perawi2.
Terutama bila dia cerita Rasullah saw gini,gini. Bukan kata2 nabi. Kalau kata2 nabi saw pun boleh jadi riwayat bil makna atau tasaruh perawi atau ubahsuai atau macam2 untuk memberi faham atau menjelaskan kepada orang. Macam2 boleh berlaku.
Dan ilat itu dia dicelah2 tadi.
Kadang-kadang mereka tidak persoal perawi, perawi itu sudah ok, cuma lafaz tu mereka tak yakin .
Minit 29
Seperti yang mereka kata nabi saw kata kazaba berdusta 3x. Mereka kata ini adalah ilat, mana seorang nabi berdusta sebab bercanggah dengan alquran. Sifat wajib bagi nabi bersifat benar. Macam mana boleh kata nabi Ibrahim berdusta, alquran إِنَّهُۥ كَانَ صِدِّيقًا نَّبِيًّا
( kata Maryam 19:41وَٱذْكُرْ فِى ٱلْكِتَٰبِ إِبْرَٰهِيمَۚ إِنَّهُۥ كَانَ صِدِّيقًا نَّبِيًّا )
Walaupun 3x, betul ke dusta. Dan bila kita cek tidak dusta pun. Mana2 perawi ada tasaruh perawi iaitu perkataan kazaba bukan perkataan nabi. Nabi mungkin guna perkataan lain . Tetapi untuk memudahkan faham secara zahir nampak macam berdusta mereka pilih perkataan itu.
Kerana pilih perkataan itu jadi timbul masalah. Sehingga nabi saw ini dianggap orang berdusta. Dan itu bercanggah dengan alquran. Sebab mereka pilih perkataan itu. Siapa mereka? Tak dapat kesan, diantara perawi dari sahabat sampai kepada imam bukhari.
Perkataan itu bermasalah dan mereka tidak yakin itu kata2 nabi saw. Sebab tak mungkin nabi kata sesuatu yang bercanggah dengan quran atau usul aqidah. Itu tidak boleh.
Daripada situ mereka kesan . Perawi semua ok. Perkataan itu sahaja. Jika tukar perkataan itu dengan perkataan tauriyah. Yang sebenar nabi kata wa'ra Ibrahim.
Tapi sebab perkataan tauriyah ramai orang tak tahu dan tak faham, dia cuba mentafsirkan perkataan tauriyah itu dengan kazaba.berdusta 3x kali.ini tasaruh perawi katanya.
Sebenarnya Tauriyah diguna ,perkataan ini mempunyai beberapa makna.
Minit 31
-perkataan yang ada makna jauh dan dekat.
Contoh
Dia abang atau saudara saya
-boleh bermakna abang kandung.
- boleh bermakna suami
- ini bukan dusta.
- tafsir makna tauriyah sebagai kazaba.
- ulamak hadits tak terima penafsiran ini.
Imam Ahmad meriwayatkan daripada Jabir bin Nuh daripada A'masy daripada Ibrahim, kata beliau: "Isnad baru ditanya setelah munculnya al-Mukhtar. Sebabnya ialah di masa itu dia banyak berdusta atas nama 'Ali, sebagaimana diriwayatkan oleh Syarik daripada Abi Ishaq, kata beliau: "Aku mendengar Khuzaimah bin Nashr al-'Absi yang salah seorang sahabat 'Ali r.a, berkata di zaman fitnah al-Mukhtar(dan pengikut2nya). ketika mana dusta begitu berleluasa: "Apalah yang telah dilakukan oleh mereka ini (al-Mukhtar dan pengikut-pengikutnya)! Berapa ramai orang baik-baik telah mereka cacatkan dan berapa banyak pula hadits telah mereka rosakkan?!
Yunus meriwayatkan daripada Abi Ishaq daripada Shilah bin Zufar al-'Absi. kata beliau: "Semoga Allah membinasakan al-Mukhtar! Berapa ramai pengikut sebenar 'Ali telah dirosakkannya dan berapa banyak pula hadits telah dimusnahkannya." Beliau (Shilah bin Zufar al-'Absi) juga berkata: "Al-Mukhtar memberikan seribu dinar dan dua ribu dinar kepada orang-orang yang bersedia mereka(buat) hadits untuk menguatkan kedudukannya".
Al-Mukhtar bin Abi 'Ubaid ats-Tsaqafi adalah seorang pendusta besar dari kalangan Bani Tsaqif. Dia berpura-pura minat kepada Ahlul Bait dan membela mereka. Untuk
mempopularkan seruan dan ajarannya dia memilih jalan mereka(buat) hadits. Dia akhirnya telah menda'wa dirinya sebagai seorang nabi dan terbunuh pada tahun 67 Hijrah.
Az-Zahabi di dalam Mizan al-l'tidaal berkata: "Tidak boleh diriwayatkan apa-apa daripadanya, kerana dia seorang yang sesat lagi menyesatkan. Dia menda'wa Jibril turun dengan membawa wahyu kepadanya.
Minit 42
Masalah Meriwayatkan Hadits Daripada Ahli Bid'ah.
Para ulama' berbeda pendapat dalam masalah meriwayatkan hadits daripada ahli bid'ah dari dahulu hingga sekarang. Segolongan ulama' melarang meriwayatkan hadits daripada mereka.
- bidah yang berkaita dengan apa pun.
Inilah yang dinukilkan daripada Ibnu Sirin, Malik, Ibnu 'Uyainah, al-Humaidi, Yunus bin Abi İshaq, 'Ali bin Harb dan lain-lain.
- ini tokoh yang larang.
Abu Ishaq al-Fazaari meriwayatkan daripada Zaa'idah daripada Hisyam daripada al-Hasan, kata beliau: "Jangan kamu dengar (menerima hadits) daripada ahli bid'ah.
Demikianlah dikemukakan oleh Ibnu Abi Haatim.
(Lihat ibnu Rajab Syarh 'llal at-Tirmidzi m/s 539 Ibnu Abi Haatim al-Jarh Wa at-Ta'dil j.2 m/s 33).
Segolongan 'ulama' pula membenarkan meriwayat hadits daripada mereka, jika mereka tidak tertuduh berduşta. Antara tokoh yang dinukilkan berpendapat demikian ialah Abu Hanifah, Syaffi'e, Yahya bin Sa'id dan 'Ali bin al-Madini.
- ini yang kata boleh asal tidak tertuduh berdusta.
Kata 'Ali bin al-Madini: "Jika ditinggalkan penduduk Bashrah kerana fahaman Qadar (qadariah atau muktazilah) dan penduduk Kufah kerana Syi'ah mereka, niscaya robohlah kitab-kitab.” Maksud beliau ialah niscaya hilanglah hadits.
(Lihat alKhathib—al-Kifayah m/s 129).
Segolongan yang lain pula membezakan antara ahli bid'ah yang menyeru orang kepada bid'ahnya dan yang tidak menyeru orang kepada bid'ahnya. Mereka hanya menegah meriwayatkan hadits daripada ahli bid'ah yang menyeru orang kepada bid'ahnya. Adapun yang tidak menyeru kepada bid'ahnya, maka tidaklah ditegah meriwayatkan hadits daripadanya.
Antara tokoh ulama' yang berpendapat demikian ialah Ibnu al-Mubarak, Ibnu Mahdi, Ahmad bin Hambal dan Yahya bin Ma'in. Malik juga ada dinukilkan berpendapat demikian.
Golongan ulama' yang melarang meriwayatkan hadits daripada ahli bid'ah mempunyai tiga alasan berikut:
(i) Kerana bagi mereka, ahli bid'ah itü sama ada telah menjadi kafir atau fasiq kerana bid'ahnya. Menurut sesetengah ulama' pula di sini masih terdapat perincian. Bukan semua ahli bid'ah ditolak riwayatnya. Ahli bid'ah yang bid'ahnya menyebabkan jadi kafir sahaja yang disepakati tidak boleh diterima riwayatnya oleh sekalian ulama'. Adapun ahli bid'ah yang bid'ahnya tidak sampai ke peringkat kekufuran, maka riwayatnya masih boleh diterima dengan syarat ia tidak menyeru orang lain kepada bid'ahnya atau riwayatnya tidak menyokong fahamannya.
(Lihat perbincangan berhubung dengan masalah ini di dalam Tadrib ar-Raawi mis 216, Laqthu ad-Durar Hasyiah Nuzhatu an-Nazhar m/s 89-90).
Minit 53
-syiah amalkan taqiyah.
(ii) Walaupun kita tidak (berani)mengkafir atau memfasiqkan Ahli bid'ah, namun mereka perlu sekali dihina, dipulau dan dihukum sekurang-kurangnya dengan tidak menerima riwayat mereka dan seterusnya tidak meriwayatkan hadits-hadits mereka kepada orang-orang lain.
-ini satu penghinaan terhadap mereka
Minit 59
(iii) Golongan ahli bid'ah bagaimana akan dipercayai tidak berbohong dan terpelihara daripada duşta, terutamanya apabila riwayat yang dikemukakan mereka sememangnya menyokong bid'ah yang menjadi anutan mereka.
Abu 'Abdir Rahman al-Muqri' meriwayatkan daripada Ibnu Lahi'ah bahawa beliau mendengar seorang ahli bid'ah yang telah meninggalkan bid'ahnya berkata: "Perhatilah daripada siapa kamu mengambil hadits. Kerana kami dahulu memang mereka(buat) hadits untuk menyokong fahaman kami.”
1jam 01
Al-Mu'aafa meriwayatkannya daripada Ibnu Lahi'ah daripada Abi al-Aswad, katanya: Al-Mundzir bin al-Jahm meriwayatkan kepadaku. Lalu beliau menyebutkan riwayat tadi. 'Ali bin Harb berkata, "Sesiapa yang boleh tidak menulis hadits kecuali daripada Ahli as-sunnah (maka elok sekalilah sikapnya itu), kerana ahli bid'ah itu memang berdusta. setiap ahli bid'ah tak kisah pun untuk berdusta."
(Lihat atsar ini dan juga atsar sebelum ini dim/s 123)
Sambungan nanti tentang ahli bidah yang boleh diterima hadits2nya.
Ahli ilmu dari kalangan ahli bid'ah yang terkenal dengan kebenaran dan keilmuannya mungkin boleh dikecualikan daripada qaedah yang tersebut tadi. Sebagaimana kata Imam Abu Daud, "Tidak ada di kalangan ahli bid'ah golongan yang lebih sahih (lebih benar) haditsnya daripada golongan Khawarij."
(Lihat Ibnu Rajab - Syarh 'Ilal at-Tirmidzi m/s 55).
Kemudian beliau menyebut nama 'Imraan bin Hitthaan dan Abu Hassaan al-A'raj.
Adapun golongan Rafidhahs maka sebaliknya. Kata Yazid bin Harun, "Tidak boleh ditulis hadits daripada golongan Rafidhah, kerana mereka berdusta.
(Lihat Ibnu Abi Haatim- al-Jarh wa dil j.2 m/s 28).
Sesetengah 'ulama' membezakan antara ahli bid'ah yang melampau dan tidak melampau. Riwayat ahli bid'ah yang melampau tidak diterima. Sementara riwayat ahli bid'ah yang tidak melampau pula diterima. Kerana itulah Ibnu Khuzaimah tidak menerima hadits 'Abbaad bin Ya'qub. Kerana itulah juga Bukhari tidak menerima hadits Abi at-Thufail. Ibnu al-Akhram pemah ditanya, "Kenapa Bukhari meninggalkan (tidak menerima) hadits Abi at-ThufaiI?"
Jawab beliau, "Kerana ia melampau dalam fahaman Syiahnya."
Sesetengah 'ulama' pula membezakan antara bid'ah yang teruk dan bid'ah yang ringan. Bid'ah yang teruk ialah seperti berfahaman Jahmiyyah, Syi'ah Rafidhah, Khawarij dan Qadariyyah. Bid'ah yang ringan pula ialah seperti sesetengah golongan Murji'ah dan ahli bid'ah yang terkeliru. Kata Ahmad, "Terimalah hadits daripada golongan Murji'ah. Dan boleh ditulis hadits daripada perawi Qadari (berfahaman Qadariyyah) jika ia tidak menyeru kepada bid'ahnya." Al-Marwazi menceritakan, "Imam Ahmad meriwayatkan hadits daripada perawi berfahaman Murji'ah jika ia tidak menyeru kepada bid'ahnya."
Abu Haatim bin Hibbaan al-Busti berkata, "Menurut sekalian imam-imam dan 'ulama'-ulama' kita, ahli bid'ah yang menyeru kepada bid'ahnya tidak harus dijadikan hujah.
Saya tidak mengetahui ada sebarang khilaf di kalangan mereka tentang perkara ini."
(Lihat Abu Haatim bin Hibbaan al-Busti - al-Majruhin j.3 m/s 64).
Ringkas ceritanya ialah para 'ulama' kita bersepakat tentang tidak harus sama sekali menerima riwayat daripada ahli bid'ah yang mukaffirah (bid'ah yang membuatkan penganutnya menjadi kafir). Adapun ahli bid'ah yang tidak mukaffirah maka riwayatnya boleh diterima dengan beberapa syarat.
(i) Jika bid'ahnya tidak melampau.
(ii) Dia tidak menyeru orang kepada bid'ahnya.
(iii) Riwayat yang diterima daripadanya tidak menyokong bid'ahnya.
Keharusan menerima riwayat ahli bid'ah yang sederhana dan ringan bukanlah bererti riwayat mereka boleh dijadikan hujah dan sandaran dalam semua perkara dan urusan agama Sebaliknya ia mungkin bererti:
(i) Hanya menerima riwayat mereka sebagai riwayat mutaba'ah semata-mata, bukan sebagai riwayat usul.
(ii) Menerima riwayat mereka untuk i'tibar dan perbandingan sahaja.
(iii) Menerima riwayat mereka kerana ia tidak menyokong fahamannya, malah sebaliknya menyokong fahaman Ahli as-Sunnah.
(iv) Boleh dicatat dan ditulis sahaja riwayat mereka,
tetapi tidak boleh diriwayatkan kepada orang lain.
⁴⁷ Kata-kata 'Abdullah bin al-Mubarak ini menunjukkan betapa perlunya isnad untuk sesuatu hadits. Oleh itu para pelajar tidak boleh sama sekali memandang enteng terhadapnya. la adalah suatu yang amat diperlukan demi menjaga kelangsungan hadits. Tanpa isnad, hadits Rasulullah s.a.w. akan terdedah kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sesiapa sahaja mungkin menda'wa apa yang dicakapkannya sebagai hadits. Isnadlah yang dapat menjadi sebagai pengekang kepada pendusta-pendusta. Dengan menanyakan isnad bagi sesuatu cerita yang disampaikannya, ia akan tercengang dan akan pecahlah tembelangnya. Perkataan بَقِيَ di penghujung kata-kata Ibnu al-Mubarak perlu ditaqdirkan dengan:بقي حائرا أو ساكتا
bererti ia akan berada dalam keadaan tercengang atau terdiam. Di dalam sesetengah nuskhah pula bukan perkataan بَقِيَ tersebut di situ, tetapi perkataan بَقِيَ, maka perlulah ditaqdirkan begini: يقي نفسه من الكذب, bererti ia akan memelihara dirinya daripada dusta”.
Lihat Syifaa' al-Ghulal Syarah al-'llal di akhirjilid ke-empat Kitab Tuhfatu al-Ahwadzi, m/s 388.
Selain Tirmidzi, Muslim juga mengemukakan kata-kata lbnu al-Mubarak ini di dalam Muqaddimah Sahihnya. Tetapi melalui saluran riwayat Muhammad bin 'Abdillah bin Quhzadz al-Manvazi daripada 'Abdaan daripada lbnu al-Mubarak hingga kepada kata beliau, ماشاء”.
Riwayat selengkapnya seperti yang dikemukakan oleh at-Tirmidzi dikemukakan oleh Ibnu Hibbaan di permulaan kitabnya melalui saluran riwayat al-Husain bin al-Faraj daripada 'Abdaan (Lihat Muqaddimah Muslim m/s 12 dan al-Majruhin Oleh lbnu Hibbaan j.1 mls 18).
⁴⁸ Ini adalah bahasa kiasan yang diguna oleh Ibnu al-Mubarak untuk menyatakan kedha'ifan isnad hadits yang dikemukakan kepadanya itu. Demikianlah ia difahami oleh at-Tirmidzi. Para 'ulama' mempunyai bermacam-macam cara dan gaya bahasa untuk menunjukkan kedha'ifan sesuatu hadits. Dan ini adalah salah satu daripadanya.
⁴⁹ Al-Bajali, Abu Muhammad al-Kufi. Walaupun Hasan bin 'Umaarah pernah menyandang qadhi di Baghdad, namun dalam meriwayatkan hadits beliau dianggap sebagai perawi yang sangat lemah. Beliau malah dianggap perawi matruk (yang ditinggalkan dan tidak diterima periwayatannya). Bukhari hanya mengemukakan haditsnya secara ta'liq. Sementara Timmidzi dan Ibnu Majah pula mengambil riwayatnya secara musnad,
⁵⁰ Abu Sa' id at-Tamimi. Imam Bukhari berkata, "Yahya bin Sa'id al-Qatthaan, Ibnu alMubarak, Waki', Ibnu Mahdi dan lain-lain muhadditsin tidak menaruh kepercayaan kepada perawi ini."
⁵¹ Abu Ishaq al-Madani. Beliau berfahaman Jahmiyyah. Dan dianggap salah seorang perawi yang sangat lemah.
⁵² Abul Hasan al-Balkhi. Terkenal sebagai seorang ahli tafsir. Kata Ibnu al-Mubarak, "Kalau orang ini tsiqah, tentulah dia terbilang sebagai imam dalam bidang tafsir." Berkata Imam Abu Hanifah, "Golongan Jahmiyyah terlajak dalam menafikan tasybih (Allah dengan makhluk), sehingga mereka berkata, الله ليس بشيء (Allah bukan sst). Muqatil pula terlajak dalam menerima zahir tasybih (yang terdapat di dalam Qur'an dan hadits), sehingga Allah diserupakannya dengan makhluk."
⁵³ "Utsman al-Burri ialah 'Utsman bin Miqsam al-Burri, Abu Salamah al-Kindi al-Bashri, Yahya bin Sa'id al-Qatthaan dan lain-lain mengatakan dia perawi dha'if,
⁵⁴ Abu al-Bisyr al-Bashri. Dia meriwayatkan hadits-hadits dengan mengaitkannya kepada perawi-perawi tsiqat.
⁵⁵Nama sebenarnya ialah 'Abdur Rahman bin Ishaq. Menurut kebanyakan muhadditsin, dia adalah perawi mafruk. Namun begitu riwayatnya terdapat juga di dalam Sunan Abi Daud dan Sunan an-Nasaa'i.
⁵⁶ 'Amar bin Tsabit adalah Ibnu Abi al-Miqdaam al-Kufi. Dia adalah seorang perawi yang memaki hamun dan menyeranah para Salaf. Abu Daud berkata, ”Dia seorang Rafidhi yang jahat."
⁵⁷ Abu Umaiyyah al-Bashri. Seorang perawi yang tidak dipercayai para muhadditsin.
⁵⁸ Abu Mas'ud ar-Ramli. Ibnu al-Mubarak pernah berkata, ''Campakkan riwayat-riwayatnya ke dalam tong sampah.” Dia adalah salah seorang perawi kitab-kitab Sunan Abi Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah.
⁵⁹Al-Qasshaab. Salah seorang pereka hadits.
⁶⁰ Bin 'Abdillah bin Sa'id al-Aili. Seorang perawi sangat dhaîif.
⁶¹ Habib bin Tsabit adalah seorang perawi majhul. Ibnu al-Mubarak tidak mahu menerima hadits-haditsnya. Inilah nama-nama 13 orang perawi hadits yang ditinggalkan atau tidak diterima hadits mereka oleh Ibnu al-Mubarak menurut apa yang dinukilkan oleh Wahab bin Zam'ah.
⁶²Ibnu al-Mubarak pernah memasukkan hadits al-Hakam ke dalam kitabnya yang bernama Kitab az-Zuhd Wa ar-Riqaaq. Ketika itu beliau belum lagi mengetahui keadaan sebenar alHakam. Setlh mengetahui keadaannya yang sebenar, beliau tidak mahu lagi menerima apa-apa riwayatnya,
Ini adalah kata-kata Imam at-Tirmizi. Beliau tidak dapat mempastikan siapakah sebenarnya orang yang bernama Habib yang ditolak riwayatnya oleh Ibnu al-Mubarak itu.
⁶⁴ 'Abdaan menceritakan: 'Abdullah bin al-Mubarak dahulu membaca hadits-hadits Bakr bin Khunais yang tercatat di dalam bukunya di hadapan murid-murid. Tetapi kemudiannya, hadits-hadits Bakr bin Khunais tidak lagi disampaikannya kepada murid-muridnya."
⁶⁵Dia juga dikenali dengan Abu Daud an-Nakhaîi. Seorang pereka dan pemalsu hadits.
Ibnu Ma'in berkata, "Dia seorang yang paling pendusta." Ahmad berkata. "Pendusta besar. Ibnu 'Adi bahkan berkata, 'para muhadditsin berijma' ttg dia memang mereka hadîts."
⁶⁶Jabir al-Ju'fi ialah Abu Abdillah Jabir bin Yazid al-Ju'fi , Meninggal dunia pada tabun 167 Hijrah. Beliau adalah seorang perawi masyhur tetapi dhaif. Jabir adalah perawi Sunan Abi Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah. Di peringkat permulaannya dia sebagai seorang yang bagus. Tetapi kemudiannya dia tlh menjadi Syi'ah Saba'iyyah. Itulah sebabnya ada ulama' menganggapnya tsiqah Ialu menerima riwayatnya. Keadaan spt ini berlaku di peringkat permulaannya. Sementara segolongan besar ulama' hadits . Yang mengenalinya kemudian pula mertajrihkannya dan tidak mahu menerima riwayat-riwayatnya. Keadaan ini berlaku kepada orang-orang yang mengenalinya kemudian. Inilah yang menyebabkan Abu Hanifah mentajrihkannya sebegitu rupa, sementara Waki' pula menjulang namanya sampai ke Iangit biru.
⁶⁷ kata-kata Waki' ini ialah penduduk Kufah begitu terhutang budi kepada Jabir bin Yazid al-Ju'fi dan mereka juga begitu terhutang budi dalam fiqh kepada Hammaad. Kedua orang ini amat berjasa dalam bîdang masing-masing kepada penduduk Kufah.
⁶⁸ Ada dua sebab kenapa Imam Ahmad tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh Ahmad bin al-Hasan ini.
Pertama, kerana ia dha'if disebabkan kedha'ifan tiga orang perawinya, iaitu
(1) Hajaaj bin Nushair dan
(2) Al-Mu'aarik bin 'Abbaad dan
(3) 'Abdullah bin Sa'id al-Maqburi.
Kedua, Beliau tidak mengetahui ia sebagai hadits Nabi melalui saluran-saluran riwayat lain yang sahih.
13 orang perawi hadits yang ditinggalkan atau tidak diterima hadits mereka oleh Ibnu al-Mubarak
(1) Hasan bin 'Umaarah,⁴⁹
(2) Hasan bin Dinaar, ⁵⁰
(3) Ibrahim bin Muhammad al-Aslami,⁵¹
(4) Muqatil bin Sulaiman,⁵²
(5)Utsman al-Burri,⁵³
(6) Rauh bin Musafir,⁵⁴
(7) Abu Syaibah al-Waasithi⁵⁵
(8) 'Amar bin Tsabit ⁵⁶
(9) Ayyub bin Khauth,⁵⁷
(10) Ayyub bin Suwaid,⁵⁸
(11)Nashr bin Tharif Abi Jaz'in⁵⁹
(12)Al-Hakam⁶⁰ dan
(13)Habib .⁶
Tiada ulasan:
Catat Ulasan