Isnin, Oktober 17, 2022

Sahih Bukhari Kitab Maghazi 16/10/22(2)

Sahih Bukhari Kitab Maghazi 16/10/22(2)

-ada byk sebab imam bukhari sebutkan pendapat sesaorang didalam kitabnya , bukan mesti untuk diterima.
- imam bukhari byk tidak bersetuju dengan Ibnu Ishaq walaupun dia menyebutkan pendapat Ibnu Ishaq.
- contoh maghazi bab 1.
- disini Imam Bukhari buat tajuk menyebutkan Ibnu Ishaq:
١-باب غَزْوَةِ الْعُشَيْرَةِ أَوِ الْعُسَيْرَةِ: 
قَالَ ابْنُ إِسْحَاقَ أَوَّلُ مَا غَزَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الأَبْوَاءَ، ثُمَّ بُوَاطَ، ثُمَّ الْعُشَيْرَةَ. 
Bab:Ghazwah (Peperangan)² Al-Usyairah Atau Al-Usairah. Kata Ibnu Ishaq: "Peperangan yang mula-mula disertai oleh Rasulullah s.a.w. ialah al-Abwaa', kemudian Buwaath kemudian al-'Usyairah."³

- ini pula hadits yg dibawa secara bersanad tentang perkara itu:
٣٩٤٩ - حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا وَهْبٌ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ كُنْتُ إِلَى جَنْبِ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ فَقِيلَ لَهُ كَمْ غَزَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ غَزْوَةٍ قَالَ تِسْعَ عَشْرَةَ قِيلَ كَمْ غَزَوْتَ أَنْتَ مَعَهُ قَالَ سَبْعَ عَشْرَةَ قُلْتُ فَأَيُّهُمْ كَانَتْ أَوَّلَ قَالَ الْعُسَيْرَةُ أَوْ الْعُشَيْرُ فَذَكَرْتُ لِقَتَادَةَ فَقَالَ الْعُشَيْرُ
3949-Abdullah bin Muhammad meriwayatkan kepada kami, katanya: Wahab meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu'bah meriwayatkan kepada kami daripada Abi Ishaq,(Katanya): Pernah saya berada di samping Zaid bin Arqam. Tiba-tiba beliau ditanya orang: “Berapa banyakkah peperangan yang dilancarkan oleh Rasulullah s.a.w.(dan baginda ikut serta dalam peperangan itu)? Jawab beliau:“Sembilan belas.” Tanya orang lagi: Berapakah peperangan yang engkau sendiri ikut bersama Baginda s.a.w.?Jawab beliau:“Tujuh belas.”Saya bertanya:“Yang manakah antaranya yang mula-mula sekali? Jawab beliau: “Al-'Usairah atau al-'Usyair.” Saya (Syu'bah) ceritakan (apa yang diriwayatkan oleh Abu Ishaq itu) kepada Qataadah. Kata beliau: “Al-'Usyair.”

Setiap pembaca Sahih Bukhari mesti berasa pelik, kenapa di dalam tajuk bab beliau mengemukakan pendapat Ibnu Ishaq yang menyebutkan tentang tertib ghazwah Rasulullah s.a.w.Ghazwah al-Usyairah disebut Ibnu Ishaq sebagai ghazwah ketiga. Padahal di dalam hadits dibawahnya ghazwah al-`Usyairah disebut Zaid bin Arqam sebagai ghazwah pertama Rasulullah s.a.w.?.Apakah sebenarnya maksud Bukhari di sebalik mengadakan tajuk bab seperti ini? Pada kebiasaannya apa yang disebutkan di dalam tajuk bab merupakan da'waan beliau. Hadits yang dikemukakan dibawahnya pula merupakan dalil bagi da'waan yang dibentangkan di dalam tajuk bab. 

Apakah dengan berbuat begitu Imam Bukhari bermaksud menyokong pendapat Ibnu Ishaq? Kalau tidak, apa maksudnya? Para pensyarah Sahih Bukhari telah memberikan pendapat masing-masing untuk merungkai kekusutan ini. Hafiz al- Aini menerima adanya dua peperangan sebelum ghazwah al-Usyairah. Kerana itu apabila berhadapan dengan hadits Zaid bin Arqam beliau terpaksa membuat beberapa andaian dan ta'wilan berikut:

(1) Mungkin Zaid bin Arqam pada ketika berlaku dua ghazwah sebelum ghazwah al-'Usyairah itu belum Islam. 
(2) Mungkin ketiga-tiga ghazwah itu kecil, maka beliau berpada dengan menyebut yang terbesar daripadanya.(3)Mungkin juga dua peperangan yang berlaku sebelum ghazwah al-Usyairah tidak diketahui beliau. 

Hafiz Ibnu Hajar juga seperti Hafiz al-'Aini menerima adanya dua peperangan sebelum ghazwah al-'Usyairah. Kerana itu apabila berhadapan dengan hadits Zaid, beliau juga menta'wilkannya. 

Ta'wilan Hafiz Ibnu Hajar adalah seperti berikut: 
(1) Zaid tidak tersebut dua peperangan. Mungkin dua peperangan yang tidak tersebut oleh beliau itu ialah al-Abwaa' dan Buwaath.Dua peperangan itu tidak diketahuinya disebabkan beliau masih kecil pada ketika itu.(2) Boleh jadi maksud Zaid dengan katanya:“Peperangan yang mula-mula sekali ialah al-'Usyair” itu ialah peperangan yang beliau sendiri mula-mula sekali ikut serta. Pada taqdinya soalan yang dikemukakan kepada Zaid itu begini:
فِقُلْت ما أول غزوة غزاها أى وأنت معه؟قال العشير
Bermaksud: Saya bertanya (Zaid): “Apakah peperangan yang mula-mula sekali dilancarkan oleh Baginda s.a.w. dalam keadaan engkau sendiri ada bersamanya.” Jawab Zaid: “al-`Usyair.”

(3)Boleh jadi juga Zaid mengira tiga peperangan itu sebagai satu kerana ketiga-tiganya berlaku dalam masa yang hampir. Jawapan oleh kedua-dua tokoh itu pada pendapat penulis semakin menimbulkan kekusutan, kerana ia bercanggah dengan zahir jawapan Zaid. 

Apa perlunya ia dita'wil dengan ta'wilan-ta'wilan yang jauh seperti itu?! Jawapan kepada ta'wilan 
(1) Hafiz al-Aini ialah apakah untuk mengetahui dua peperangan sebelum ghazwah al-`Usyairah itu perlu ada syarat? Dan syaratnya ialah Islam?? Jawapan kepada ta'wilan 
(2) beliau ialah ghazwah al-`'Usyairah tidaklah lebih besar daripada dua ghazwah sebelumnya. Sebagaimana di dalam dua peperangan sebelumnya tidak berlaku pertempuran, di dalam ghazwah al-`Usyairah juga tidak berlaku.Bilangan orang-orang yang telah ikut serta dalam peperangan itu juga lebih kurang sama. Jawapan kepada ta'wilan 
(3) beliau ialah apakah sahabat-sahabat lain yang turut meriwayatkan jumlah ghazwah yang disertai Nabi s.a.w. sebanyak 19 seperti Zaid bin Arqam juga akan dianggap tidak mengetahui tentangnya?
Jawapan untuk ta'wilan (1) Hafiz Ibnu Hajar lebihkurang sama dengan jawapan (3) untuk ta'wilan Hafiz al-`Aini. Jawapan kepada ta'wilan (2)Hafiz Ibnu Hajar ialah ta'wilan yang jauh seperti itu tidak diperlukan. Dan jawapan kepada ta'wilan (3) beliau ialah kalau masa peperangan- peperangan lain yang jauh lebih dekat daripada tiga peperangan ini boleh disebut secara berasingan, kenapa ia juga tidak disebut secara berasingan? 

Maulana Rasyid Ahmad al-Ganggohi di dalam Lami' ad-Daraari berkata, memanglah Bukhari berpendapat ghazwah al-'Usyairah adalah ghazwah pertama Rasulullah s.a.w. Kerana itu beliau mengemukakan kata-kata Qataadah untuk menyokongnya. Qataadah tidak membantah riwayat Abu Ishaq selain memperbetulkan sebutan al-Al-'Usairah atau al-Usyair dengan katanya al-'Usyair sahaja. Oleh kerana pendapat lbnu Ishaq juga ada nilai disisinya, maka beliau mengemukakannya juga. Kebiasaan Bukhari ialah mengemukakan beberapa pendapat ketika berlaku khilaf, meskipun pendapat-pendapat itu tidak kuat di sisinya. Bagi penulis, kalau sesuatu pendapat itu tidak kuat bagaimana ia akan bernilai pula di sisi seseorang, terutamanya di sisi orang seperti Bukhari? Syeikh Zakariya pula berpendapat, tujuan Bukhari mengemukakan hadits Zaid bukan untuk menyatakan ghazwah al-'Usyairah adalah ghazwah pertama Rasulullah. Malah tujuannya ialah untuk menyatakan ghazwah al-`'Usyairah merupakan muqaddimah kepada peperangan Badar yang dikemukakan oleh beliau selepas itu. Oleh kerana ia boleh mengelirukan, dikemukakanlah kata-kata Ibnu lshaq di dalam tajuk bab di atas. Penulis berpendapat, Imam Bukhari sebenarnya hendak mengisyaratkan kepada kelemahan pendapat Ibnu Ishaq. Sebab kelemahannya ialah kerana ia bercanggah dengan hadits sahih yang diriwayatkan oleh Zaid bin Arqam. Pendapat Ibnu Ishaq itu sebenarnya tidak mempunyai sandaran yang kukuh berupa hadits-hadits yang sahih. Lihat misalnya kitab Sirah tulisan Ibnu Ishaq sendiri, kitab sirah susunan Ibnu Hisyam yang berasaskan sirah Ibnu Ishaq dan kitab ar-Raudhu al-Unf yang merupakan syarah kepada sirah Ibnu Hisyam, ketika mengemukakan pendapatnya Ibnu Ishaq langsung tidak mengemukakan apa-apa sandaran berupa hadits-hadits. Apa yang disebutnya, hanyalah semata-mata pendapatnya. Kalau begitu bagaimana ia dapat melawan hadits-hadits sahih daripada sahabat-sahabat Nabi s.a.w. sendiri? Apa lagi jika diambil kira logik yang dikemukakan oleh Maulana Syibli dan Maulana Sulaiman Nadwi yang telah penulis bawakan sebelum ini.

Lihatlah betapa bercanggahnya riwayat yang dikemukakan oleh Ibnu Ishaq dengan riwayat Zaid yang sahih ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan