Sahih Bukhari Kitab Maghazi 02/10/22(5)
³ Tertib ghazwah sebelum berlakunya perang Badar besar menurut Musa bin 'Uqbah,Ibnu IshaqIbnu Hazam dan kebanyakan ahli sirah adalah seperti berikut:
(1) Gazwah Abwaa'. Dikenali juga dengan ghazwah Waddaan.
(2) Gazwah Buwaath.
(3) Ghazwah 'Usyairah. Menurut Ibnu Sa'ad.Ibnu Habib,Muhammad bin Yusuf as-Salihi, Syeikh Shafiyyur Rahman al-Mubarakfuri dan lain-lain,sebelum ghazwah 'Usyairah ada satu lagi ghazwah. la dikenali dengan ghazwah Badar pertama, ghazwah Safawaan atau ghazwah Kurz bin Jaabir. Sebelum membincangkan hadits dibawa bab ini, elok kiranya dibincangkan tentang keempat-empat ghazwah ini terlebih dahulu dengan serba ringkas. Ghazwah Abwaa' atau ghazwah Waddaan itu telah dilancarkan olehRasulullah s.a.w. pada bulan Safar tahun kedua hijrah, bersamaan bulan ogos tahun 623M. Rasulullah s.a.w.sendiri memimpin ghazwah ini. la disertai tujuh puluh orang pejuang darikalangan Muhajirin sahaja. Tidak ada seorang pun sahabat dari kalangan Anshar menyertainya. Untuk maksud menyelia dan menyelenggarkan masyarakat Madinah semasa ketiadaannya, Nabi s.a.w. melantik Sa'ad bin 'Ubaadah sebagai penggantinya. Tujuan ghazwah ini dilancarkan adalah untuk menyerang Banu Dhamrah dan mengganggu-gugat serta mengancam rombongan dagang Quraisy.Tetapi malang sekali, kerana rombongan dagang Quraisy itu rupa-rupanya telah lama meninggalkan Abwaa' ketika Baginda s.a.w. sampai ke sana. Bagaimanapun dapatlah juga dalam kesempatan itu, Baginda s.a.w. mengadakan persefahaman dan perjanjian damai denganBani Dhamrah. Makhsyi bin `Amar ad-Dhamri sebagai ketua Bani Dhamrah, telah memeteraisurat persefahaman dan perjanjian damai di antara Rasulullah s.a.w. dengan mereka. Berikut adalah teks surat persefahaman dan perjanjian damai itu:
بسم الله ....منهم واتقى
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ini adalah surat daripada Muhammad utusan Allah untuk Bani Dhamrah. Sesungguhnya mereka aman terhadap hartabenda dan diri mereka. Banu Dhamrah akan ditolong dalam menghadapi orang-orang yang menyerang mereka. Kecuali kalau mereka memerangi agama Allah. Perjanjian ini adalah buatselama-lamanya. Apabila Nabi meminta Banu Dhamrah supaya membantunya dalam menghadapi musuh, mereka hendaklah membantunya. Dengan perjanjian ini mereka mendapat jaminan Allah dan jaminan rasulNya. Orang-orang yang baik di kalangan mereka juga akan diberi pertolongan.
(As-Suhaili - Ar-Raudhu al-Unf j.3 m/s 38).
Ibnu Sa'ad di dalam at-Thabaqaatnya, Ibnu al-Qaiyyim di dalam Zaadul Ma'adnya dan lain-lain penulis sirah menulis:
وفي هذه .....عشرة ليلة
Bermaksud Di dalam ghazwah ini Nabi s.a.w.telah mengadakan persefahaman dan perjanjian damai dengan Makhsyi bin `Amar ad-Dhamri.Dia adalah ketua Bani Dhamrah pada ketika itu. Perjanjian itu mengandungi butir-butir berikut:
(1) Nabi s.a.w. tidak boleh menyerang Bani Dhamrah dan mereka juga tidak boleh menyerangBaginda.
(2) Mereka tidak boleh memperbanyakkan bilangan musuh untuk menentang Bagindas.a.w.
(3) Tidak boleh juga membantu musuh untuk menentang Baginda. Satu surat persefahaman dan perjanjian damai di antara Baginda s.a.w. dengan mereka yang menyebutkan butir-butirtersebut telah ditulis. Untuk misinya itu, Rasulullah s.a.w.telah meninggalkan Madinah selamalima belas hari. (Lihat at-Thabaqaat al-Kubra j. 2 m/s 8, Zaadul Ma`ad j. 3 m/s 146). Setelah itupulanglah Rasulullah s.a.w. dan pejuang-pejuang Islam ke Madinah tanpa berlaku sebarangpertmpuran dengan pihak musuh. Abwaa' terletak kira-kira enam atau lapan batu sahaja dari Waddaan.Oleh kerana kedua-dua tempat itu tidak jauh,kadang-kadang ghazwah ini di namakan ghazwah Abwaa'. Kadang-kadang pula ia dinamakan ghazwah Waddaan.Jaraknya denganJuhfah adalah 23 batu. Ghazwah Buwaath. Pada bulan Rabi'ul awwal tahun yang sama, bersamaan bulan September tahun 623M berlaku pula ghazwah Buwaath. Buwaath adalah nama sebuah bukit yang terletak tidak jauh dari Yambu'. Jauhnya dari Madinah adalah kira-kira 48 batu. Setelah mendapat tahu ada rombongan dagang Quraisy dari Syam ke Mekah sedang dalamperjalanan dan hampir sampai ke Buwaath, Nabi s.a.w.berangkat ke sana bersama dua ratus orang sahabat untuk menyerbu mereka. Menurut Ibnu Hisyam dan lain-lain, pada kali ini, untuk maksud menyelia, menyelenggar dan menjaga keselamatan masyarakat Madinah semasa ketiadaannya,Nabi s.a.w. melantik as-Saa'ib bin 'Utsman bin Madz'un. As-Saa'ib adalah salah seorang sahabat utama Rasulullah s.a.w. Beliau adalah antara sahabat yang memeluk agama Islam di peringkat awal. Sebelum berhijrah ke Madinah, terlebih dahulu beliau telah berijrah keHabsyah. Menurut Ibnu Sa'ad pula, bukan as-Saa'ib yang dilantik Rasulullah s.a.w. untuk menjaga keselamatan Madinah ketika Baginda s.a.w. ke Buwaath ,tetapi Sa'ad bin Mu'aaz.Rombongan dagang Quraisy yang hendak diserang itu agak besar. Ia membawa dua ribu lima ratus ekor unta yang sarat dengan barang-barang berharga. Ketua Quraisy yang bertanggungjawab membawa rombongan dagang itu ialah Umaiyyah bin Khalaf. Pengawalnyapula adalah seramai seratus orang. Pertempuran tidak juga berlaku dengan pihak musuh dalam ghazwah ini. Kerana ketika Rasulullah s.a.w. dan tentera Islam sampai ke sana, rombongan dagang itu telah jauh terlepas. Ghazwah Badar pertama atau ghazwah safwaan telah berlakupada bulan Rabi`ul awwal tahun kedua hijrah juga. Bersamaan dengan bulan September tahun 623M. Punca berlakunya ghazwah ini ialah Kurz bin Jaabir al-Fihri bersama satu pasukan orang-orang musyrikin telah menyerbu kawasan ternakan di Madinah. Sejumlah ternakan, terdiri dari unta, kambing dan lain-lain telah dilarikan mereka. Apabila mendapat tahu, Rasulullah s.a.w. terus keluar bersama tujuh puluh orang sahabat untuk mengejar mereka. Sampai ke Safawaan dekat Badar mereka dikejar Nabi s.a.w. dan para sahabat. Namun mereka berjaya melepaskandiri. Maka Rasulullah s.a.w. pulang ke Madinah tanpa mendapat kembali ternakan yang dilarikan.Pertempuran juga tidak berlaku dalam ghazwah ini. Pada kali ini Nabi s.a.w.melantik Zaid binHaritsah sebagai penggantinya untuk menjaga keamanan dan keselamatan orang-orang di Madinah.Kurz bin Jaabir al-Fihri adalah salah seorang pemimpin Quraisy. Beliau kemudiannyamemeluk agama Islam. Dalam peristiwa puak 'Uraniyyin yang melarikan ternakan kepunyaankerajaan Islam di Madinah dan membunuh penggembala-penggembalanya,Nabi s.a.w. telah menghantar satu pasukan berkuda untuk mengejar mereka. Kurz bin Jaabir dilantik Baginda s.a.w.sebagai ketua pasukan itu. Kurz dan pasukannya berjaya menangkap puak-puak penyamunitu dan mereka kemudiannya dihukum. Kurz akhirnya telah mati syahid dalam peperangan FathiMakkah (pembukaan Mekah).Ghazwah al-'Usyairah.Di pertengahan bulan Jumadal uula tahun kedua hijrah, bersamaan dengan bulan November tahun 623M, Nabi s.a.w.membawa pasukansatu pasukan yang terdiri daripada dua ratus orang sahabat Muhajirin ke 'Usyairah untukmenyerang rombongan dagang Quraisy. 'Usyairah terletak tidak jauh dari Yambu'. Unta untuk dinaiki hanya ada bersama mereka sebanyak tiga puluh ekor sahaja. Tentu sekali jumlah itu tidak dapat menampung penumpang seramai dua ratus orang. Kerana itulah mereka bergilir-gilir menaikinya. Apabila sampai di sana, rombongan dagang Quraisy rupa-rupanya telah pun melepasi 'Usyairah beberapa hari sebelum itu. Abu Salamah bin Asad al-Makhzumi dilantik menjadi pengganti Nabi s.a.w. yang pergi ke al-'Usyairah untuk menjaga keselamatan Madinah. Rasulullah s.a.w. menghabiskan hujung bulan Jumadal uula di situ. Setelah berlalu beberapa malam di bulan Jumadal akhir, barulah Baginda s.a.w. berangkat pulang ke Madinah. Dalam peristiwa ini juga tidak ada berlaku sebarang pertempuran dengan pihak musuh. Semasa berada di 'Usyairah itu, Baginda s.a.w. sempat mengadakan perjanjian damai dengan Bani Mudlij.Banu Mudlij adalah sekutu Bani Dhamrah. Oleh kerana Banu Dhamrah telah pun mengadakan perjanjian damai dengan Rasulullah s.a.w. sebelum itu, maka Banu Mudlij dengan mudah saja turut bersetuju mengadakan perjanjian damai dengan Baginda s.a.w.Jika diperhatikan dengan teliti,niscaya anda akan mendapati Rasulullah s.a.w. kelihatan seperti telah gagal dalam setiap langkah dan usaha beliau mengejar dan menyerbu rombongan dagang orang-orang Quraisy Mekah.Tiga atau empat saraaya yang dihantar sebelum ghazwah yang pertama semuanya gagal.Tiga ghazwah yang dipimpin Baginda s.a.w. sendiri juga gagal mencapai maksud yang disebut-sebut oleh ahli-ahli sirah. Soalnya benarkah Rasulullah s.a.w. memimpin sesuatu ghazwah danmengutuskan sesuatu sariyyah itu dengan tujuan menyerbu dan merampas barang-barang berharga yang dibawa oleh rombongan dagang orang-orang kafir Quraisy Mekah? Jika benar, والعياذ بالله ,nampak sangat kelemahan strategi dan siasah perang Rasulullah s.a.w. Kerana Baginda s.a.w. tidak pernah berjaya dalam mana-mana operasi menyerang dan menyerbu rombongan dagang kaum Quraisy. Setelah beberapa kali mencuba, tetap juga Baginda gagal. Atau tujuan sebenar Rasulullah s.a.w. dalam ghazwah yang dipimpinnya dan sariyyah yang dihantarnya bukanlah untuk merampas barang-barang dagangan orang-orang Quraisy! Itulah komen Maulana Syibli Nu`mani dan Maulana Sulaiman Nadwi di dalam kitab Siratu an-Nabi mereka. Bagi mereka kenyataan ahli-ahli sirah bahawa segala ghazwah dan sariyyah yang dilancarkan sebelum perang Badar adalah bertujuan menyerbu rombongan dagang Quraisy itu tidak lebih daripada andaian mereka semata-mata. Apa yang sebenarnya dikehendaki Rasulullah s.a.w. di sebalik beberapa ghazwah dan sariyyah yang disebut-sebut oleh kebanyakan ahli sirah itu ialah berdiplomasi dengan kabilah-kabilah dan kelompok- kelompok masyarakat bukan Islam disekeliling Madinah dan mencari persefahaman dengan mereka, di samping mengadakan perjanjian damai dengan mereka. Sebabnya ialah boleh dikatakan dalam setiap ghazwah yang dilancarkan oleh Baginda s.a.w. itu ada saja surat perjanjian damai yang dimeterai. Tindakan agresif kononnya untuk menyerbu dan menyerang rombongan dagang itu tidak lebih daripada ancaman, gertakan dan ugutan terhadap orang-orang kafir Mekah sahaja, supaya mereka berasa terganggu dengannya. Dengan harapan mereka tidak lagi menindas dan menganiayai orang-orangIslam di Mekah dan tidak lagi berhasrat menceroboh Madinah, apabila didapati orang-orang Islam yang selama ini dianggap lemah oleh mereka itu telah bertukar menjadi pejuang-pejuang yang gagah perkasa dan berani menceroboh orang lain. Secara tidak langsung tindakan itu memberi kesan juga kepada kafir-kafir lain yang berada di sekitar Madinah. Setiap pembacaSahih Bukhari mesti berasa pelik, kenapa di dalam tajuk bab beliau mengemukakan pendapat Ibnu Ishaq yang menyebutkan tentang tertib ghazwah Rasulullah s.a.w.Ghazwah al-Usyairah disebut Ibnu Ishaq sebagai ghazwah ketiga. Padahal di dalam hadits dibawahnya ghazwah al-`Usyairah disebut Zaid bin Arqam sebagai ghazwah pertama Rasulullah s.a.w.?. Apakah sebenarnya maksud Bukhari di sebalik mengadakan tajuk bab seperti ini? Pada kebiasaannya apa yang disebutkan di dalam tajuk bab merupakan da'waan beliau. Hadits yang dikemukakan dibawahnya pula merupakan dalil bagi da'waan yang dibentangkan di dalam tajuk bab. Apakah dengan berbuat begitu Imam Bukhari bermaksud menyokong pendapat Ibnu Ishaq? Kalau tidak, apa maksudnya? Para pensyarah Sahih Bukhari telah memberikan pendapat masing-masing untuk merungkai kekusutan ini. Hafiz al- Aini menerima adanya dua peperangan sebelum ghazwah al-Usyairah.
Kerana itu apabila berhadapan dengan hadits Zaid bin Arqam beliau terpaksa membuat beberapa andaian dan ta'wilan berikut:
(1) Mungkin Zaid bin Arqam pada ketika berlaku dua ghazwah sebelum ghazwah al-'Usyairah itu belum Islam.
(2) Mungkin ketiga-tiga ghazwah itu kecil, maka beliau berpada dengan menyebut yang terbesar daripadanya.(3)Mungkin juga dua peperangan yang berlaku sebelum ghazwah al- Usyairah tidak diketahui beliau. Hafiz Ibnu Hajar juga seperti Hafiz al-'Aini menerima adanya dua peperangan sebelum ghazwah al-'Usyairah. Kerana itu apabila berhadapan dengan hadits Zaid, beliau juga menta'wilkannya.
Ta'wilan Hafiz Ibnu Hajar adalah seperti berikut:
(1) Zaid tidak tersebut dua peperangan. Mungkin dua peperangan yang tidak tersebut oleh beliau itu ialah al-Abwaa' dan Buwaath.Dua peperangan itu tidak diketahuinya disebabkan beliau masih kecil pada ketika itu.(2) Boleh jadi maksud Zaid dengan katanya:“Peperangan yang mula-mula sekali ialah al-'Usyair” itu ialah peperangan yang beliau sendiri mula-mula sekali ikut serta. Pada taqdinya soalan yang dikemukakan kepada Zaid itu begini:
فِقُلْت ما أول غزوة غزاها أى وأنت معه؟قال العشير
Bermaksud: Saya bertanya (Zaid): “Apakah peperangan yang mula-mula sekali dilancarkan oleh Baginda s.a.w. dalam keadaan engkau sendiri ada bersamanya.” Jawab Zaid: “al-`Usyair.”
(3)Boleh jadi juga Zaid mengira tiga peperangan itu sebagai satu kerana ketiga-tiganya berlaku dalam masa yang hampir. Jawapan oleh kedua-dua tokoh itu pada pendapat penulis semakin menimbulkan kekusutan, kerana ia bercanggah dengan zahir jawapan Zaid.
Apa perlunya ia dita'wil dengan ta'wilan-ta'wilan yang jauh seperti itu?! Jawapan kepada ta'wilan
(1) Hafiz al-Aini ialah apakah untuk mengetahui dua peperangan sebelum ghazwah al-`Usyairah itu perlu adasyarat? Dan syaratnya ialah Islam?? Jawapan kepada ta'wilan
(2) beliau ialah ghazwah al-`'Usyairah tidaklah lebih besar daripada dua ghazwah sebelumnya. Sebagaimana di dalam dua peperangan sebelumnya tidak berlaku pertempuran, di dalam ghazwah al-`Usyairah juga tidak berlaku.Bilangan orang-orang yang telah ikut serta dalam peperangan itu juga lebih kurang sama.Jawapan kepada ta'wilan
(3) beliau ialah apakah sahabat-sahabat lain yang turut meriwayatkan jumlah ghazwah yang disertai Nabi s.a.w. sebanyak 19 seperti Zaid bin Arqam juga akan dianggap tidak mengetahui tentangnya?
Jawapan untuk ta'wilan (1) Hafiz Ibnu Hajar lebihkurang sama dengan jawapan (3) untuk ta'wilan Hafiz al-`Aini. Jawapan kepada ta'wilan (2)Hafiz Ibnu Hajar ialah ta'wilan yang jauh seperti itu tidak diperlukan. Dan jawapan kepada ta'wilan (3) beliau ialah kalau masa peperangan-peperangan lain yang jauh lebih dekat daripadatiga peperangan ini boleh disebut secara berasingan, kenapa ia juga tidak disebut secara berasingan?
Maulana Rasyid Ahmad al-Ganggohi di dalam Lami' ad-Daraari berkata,memanglah Bukhari berpendapat ghazwah al-'Usyairah adalah ghazwah pertama Rasulullah s.a.w. Kerana itu beliau mengemukakan kata-kata Qataadah untuk menyokongnya.Qataadah tidak membantah riwayat Abu Ishaq selain memperbetulkan sebutan al-Al-'Usairah atau al-Usyair dengan katanya al-:'Usyair sahaja. Oleh kerana pendapat lbnu Ishaq juga ada nilai disisinya, maka beliau mengemukakannya juga. Kebiasaan Bukhari ialah mengemukakan beberapa pendapat ketika berlaku khilaf, meskipun pendapat- pendapat itu tidak kuat di sisinya. Bagi penulis, kalau sesuatu pendapat itu tidak kuat bagaimana ia akan bernilai pula di sisi seseorang, terutamanya di sisi orang seperti Bukhari? Syeikh Zakariya pula berpendapat, tujuan Bukhari mengemukakan hadits Zaid bukan untuk menyatakan ghazwah al-'Usyairah adalah ghazwah pertama Rasulullah. Malah tujuannya ialah untuk menyatakan ghazwah al-`'Usyairah merupakan muqaddimah kepada peperangan Badar yang dikemukakan oleh beliau selepas itu. Oleh kerana ia boleh mengelirukan, dikemukakanlah kata-kata Ibnu lshaq di dalam tajuk bab di atas. Penulis berpendapat, Imam Bukhari sebenarnya hendak mengisyaratkan kepada kelemahan pendapat Ibnu Ishaq. Sebab kelemahannya ialah kerana ia bercanggah dengan hadits sahih yang diriwayatkan oleh Zaid bin Arqam. Pendapat Ibnu Ishaq itu sebenarnya tidak mempunyai sandaran yang kukuh berupa hadits-hadits yang sahih. Lihat misalnya kitab Sirah tulisan Ibnu Ishaq sendiri, kitab sirah susunan Ibnu Hisyam yang berasaskan sirah Ibnu Ishaq dan kitab ar-Raudhu al-Unf yang merupakan syarah kepada sirah Ibnu Hisyam, ketika mengemukakan pendapatnya Ibnu Ishaq langsung tidak mengemukakan apa-apa sandaran berupa hadits-hadits. Apa yang disebutnya,hanyalah semata-mata pendapatnya. Kalau begitu bagaimana ia dapat melawan hadits-hadits sahih daripada sahabat-sahabat Nabi s.a.w. sendiri? Apa lagi jika diambil kira logik yang dikemukakan oleh Maulana Syibli dan Maulana Sulaiman Nadwi yang telah penulis bawakan sebelum ini.
⁴ Lihatlah betapa bercanggahnya riwayat yang dikemukakan oleh Ibnu Ishaq dengan riwayat Zaid yang sahih ini. Bukankah Ibnu Ishaq mengatakan bilangan ghazwah yang Rasulullah s.a.w. sendiri ikut serta adalah 27 semuanya? Padahal riwayat Zaid ini menyebutkan 19 sahaja. Bukan Zaid sahaja yang meriwayatkan begitu. Buraidah dan Baraa' juga. Lihatlah riwayat mereka berdua di bawah ini:
و حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ الْحُبَابِ ح و حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ مُحَمَّدٍ الْجَرْمِيُّ حَدَّثَنَا أَبُو تُمَيْلَةَ قَالَا جَمِيعًا حَدَّثَنَا حُسَيْنُ بْنُ وَاقِدٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ غَزَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تِسْعَ عَشْرَةَ غَزْوَةً قَاتَلَ فِي ثَمَانٍ مِنْهُنَّ
Bermaksud: Buraidah meriwayatkan, katanya: “Rasulullah telah ikut serta dalam sembilan belas peperangan. Baginda s.a.w.terlibat secara langsung dalam lapan peperangan daripada sembilan belas peperangan itu.”
(Hadits sahih riwayat Muslim, Ahmad, Abu Ya'la,Abu 'Awaanah dan lain-lain).
حدثنا زيذ بن الحباب قال حثني ليث بن سعد عن صفوان بن سليم الزهري عن أبي بسرة عن البراء بن عا أن رسولاا صلى الله عليه وسلم غزا تسع عشرة غزوة
Bermaksud: Al-Baraa' bin 'Aazib meriwayatkan bahawa,
"Rasulullah s.a.w. telah ikut serta dalam sembilan belas peperangan.”
(Hadits riwayat Ibnu Abi Syaibah di dalam Mushannafnya).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan