Isnin, Oktober 17, 2022

Sahih Bukhari Kitab Maghazi sesi 015 19/11/2014

Sahih Bukhari Kitab Maghazi sesi 015 19/11/2014

Minit 4
Minit 18
٨-باب قَتْلِ أَبِي جَهْلٍ:
8-Bab: Pembunuhan Abu Jahal.⁴⁴

٣٩٦٤ - حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ كَتَبْتُ عَنْ يُوسُفَ بْنِ الْمَاجِشُونِ عَنْ صَالِحِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ فِي بَدْرٍ يَعْنِي حَدِيثَ ابْنَيْ عَفْرَاءَ
3964- Ali bin Abdillah (al-Madini) meriwayatkan kepada kami, katanya: Saya telah tulis (hadits ini)⁵¹ daripada Yusuf bin al-Maajisyun daripada 
Saleh bin Ibrahim daripada ayahnya (lbrahim) daripada datuknya (Abdur Rahman bin Auf) tentang (peristiwa perang) Badar. Maksud beliau ialah hadits (tentang) dua orang anak lelaki Afraa itu.⁵²


٣٩٦٥ - حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الرَّقَاشِيُّ حَدَّثَنَا مُعْتَمِرٌ قَالَ سَمِعْتُ أَبِي يَقُولُ حَدَّثَنَا أَبُو مِجْلَزٍ عَنْ قَيْسِ بْنِ عُبَادٍ عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ أَنَا أَوَّلُ مَنْ يَجْثُو بَيْنَ يَدَيْ الرَّحْمَنِ لِلْخُصُومَةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَقَالَ قَيْسُ بْنُ عُبَادٍ وَفِيهِمْ أُنْزِلَتْ { هَذَانِ خَصْمَانِ اخْتَصَمُوا فِي رَبِّهِمْ } قَالَ هُمْ الَّذِينَ تَبَارَزُوا يَوْمَ بَدْرٍ حَمْزَةُ وَعَلِيٌّ وَعُبَيْدَةُ أَوْ أَبُو عُبَيْدَةَ بْنُ الْحَارِثِ وَشَيْبَةُ بْنُ رَبِيعَةَ وَعُتْبَةُ بْنُ رَبِيعَةَ وَالْوَلِيدُ بْنُ عُتْبَةَ

3965- Muhammad bin Abdillah ar-Raqaasyi (m.219H) meriwayatkan kepadaku,Katanya: Mu'tamir meriwayatkan kepada kami, katanya: Aku telah mendengar ayahku
(Sulaiman bin Tharkhan at-Taimi) berkata: Abu Mijlaz (Laahiq bin Humaid as-Sadusi at-Taabi'e) meriwayatkan kepada kami daripada Qais bin Ubaad (ad-Dhuba' i al-Bashri)daripada Ali bin Abi Thaalib bahawa beliau (Ali) berkata: "Aku adalah orang yang pertama (dari kalangan mujahidin) akan menghadap Tuhan ar-Rahman dengan melutut untuk penyelesaian kes (darah) pada hari kiamat nanti."⁵³ Kata Qais bin Ubaad: ⁵⁴

Berhubung dengan merekalah turunnya firman Allah: هَٰذَانِ خَصْمَانِ ٱخْتَصَمُوا۟ فِى رَبِّهِمْۖ  (Inilah dua golongan yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai Tuhan merka) ).⁵⁵

_________________________
⁵¹ Kata al-Kirmaani dan al- Aini, perkataan saya telah  tulis merupakan kinayah kepada saya telah dengar, kerana pada kebiasaannya mendengar adalah sesuatu yang lazim (mesti ada) bagi  menulis ayat hadits daripada seseorang perawi.

-bagaimana pun ada yg berpendapat perkataan كَتَبْتُ menjadikannya lebih kuat, bukan kinayah.

Kata Hafiz lbnu Hajar, zahir sanad ini menunjukkan Ali  bin Abdillah (al-Madini) tidak mendengar secara langsung hadits yang diriwayatkannya daripada Yusuf bin al-Maajisyun ini. Beliau hanya menulis (menyalin riwayat berkenaan mungkin daripada buku atau lain-lain catatan) Ibnu al-Maajisyun. Riwayat ini bagaimanapun telah berlalu di bawah Kitab al-Jihad باب من يخمس الأسلاب secara maushul daripada Musaddad daripada Yusuf bin al-Maajisyun dengan panjang lebar. Untuk lebih jelas, elok rasanya penulis bawakan riwayat itu di sini: 
حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يُوسُفُ بْنُ الْمَاجِشُونِ عَنْ صَالِحِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ بَيْنَا أَنَا وَاقِفٌ فِي الصَّفِّ يَوْمَ بَدْرٍ فَنَظَرْتُ عَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي فَإِذَا أَنَا بِغُلَامَيْنِ مِنْ الْأَنْصَارِ حَدِيثَةٍ أَسْنَانُهُمَا تَمَنَّيْتُ أَنْ أَكُونَ بَيْنَ أَضْلَعَ مِنْهُمَا فَغَمَزَنِي أَحَدُهُمَا فَقَالَ يَا عَمِّ هَلْ تَعْرِفُ أَبَا جَهْلٍ قُلْتُ نَعَمْ مَا حَاجَتُكَ إِلَيْهِ يَا ابْنَ أَخِي قَالَ أُخْبِرْتُ أَنَّهُ يَسُبُّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَئِنْ رَأَيْتُهُ لَا يُفَارِقُ سَوَادِي سَوَادَهُ حَتَّى يَمُوتَ الْأَعْجَلُ مِنَّا فَتَعَجَّبْتُ لِذَلِكَ فَغَمَزَنِي الْآخَرُ فَقَالَ لِي مِثْلَهَا فَلَمْ أَنْشَبْ أَنْ نَظَرْتُ إِلَى أَبِي جَهْلٍ يَجُولُ فِي النَّاسِ قُلْتُ أَلَا إِنَّ هَذَا صَاحِبُكُمَا الَّذِي سَأَلْتُمَانِي فَابْتَدَرَاهُ بِسَيْفَيْهِمَا فَضَرَبَاهُ حَتَّى قَتَلَاهُ ثُمَّ انْصَرَفَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرَاهُ فَقَالَ أَيُّكُمَا قَتَلَهُ قَالَ كُلُّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا أَنَا قَتَلْتُهُ فَقَالَ هَلْ مَسَحْتُمَا سَيْفَيْكُمَا قَالَا لَا فَنَظَرَ فِي السَّيْفَيْنِ فَقَالَ كِلَاكُمَا قَتَلَهُ سَلَبُهُ لِمُعَاذِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْجَمُوحِ
Bermaksud: Abdur Rahman bin Auf r.a. meriwayatkan, katanya: "Ketika saya berdiri dalam saf pada hari peperangan Badar, saya melihat ke kanan dan ke kiri. Saya dapati di kanan dan kiri saya ada dua orang pemuda Anshar, terlalu muda umur mereka. Hatiku berkata, alangkah baiknya kalau aku berada di antara dua orang yang lebih kuat dari mereka berdua. Tiba-tiba salah seorang dari mereka mengenyit mata kepadaku sambil berkata: Pak cik! Pak cik kenalkah Abu Jahal?" Jawab saya: "Kenal, kenapa engkau dengannya hai anakku." Katanya: "Saya diberitahu dia selalu memaki hamun Rasulullah s.a.w. Demi Tuhan yang nyawaku berada di tanganNya, kalau saya nampak dia niscaya bayang saya tidak akan berpisah dari bayangnya sehingga saya atau dia yang mati." Aku terpegun dengan kata-katanya itu. Tiba-tiba yang seorang lagi juga bertanya begitu. Tidak lama selepas itu aku ternampak Abu Jahal sedang berlegar-legar di antara pasukan tentera kafir Quraisy. Aku lantas berkata: Oh! Itu dia orang yang kamu berdua cari. Teruslah mereka berdua menyerbu dan membunuhnya. Apabila mereka pergi kepada Rasulullah s.a.w. dan memberitahunya, Baginda S.a.w. bertanya: "Siapakah di antara kamu berdua yang telah membunuhnya? Masing-masing berkata: Saya telah membunuhnya. Tanya Nabi S.a.w. lagi: "Adakah kamu berdua telah mengesat pedangmu?" Jawab mereka: Belum". Setelah melihat pedang mereka berdua, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kamu berdua telah membunuhnya. Kelengkapan perang di tubuh Abu Jahal dan senjatanya adalah untuk Mu aaz bin Amar bin al-Jamuh. Dua orang yang terlibat dalam pembunuhan (Abu Jahal) jalah Mu aaz bin Afraa' dan Mu aaz bin Amar bin al-Jamuh.
(Hadits riwayat Bukhari). 

- 2 anak Afraa' yg bunuh Abu Jahal
1.Muaawiz Bin Harits
2.Muaaz bin Harits
- persoalan,kenapa Nabi saw di beri salab (baju besi dan pedang) kepada Mu aaz bin Amar bin al-Jamuh?
Kerana ini juga anak Afraa' juga dari suami 
-Mu aaz bin Amar bin al-Jamuh, hingga ke zaman Usman.
- Afraa' ada 7 anak yg terlibat dalam perang Badar
-Dia isteri kepada Harits bin Rifaa dan suami kedua Amar bin al-Jamuh
-Ibnu Masud yg potong kepala Abu Jahal.

Minit 40
⁵² Antara pengajaran, pedoman dan panduan yang dapat diambil daripada empat hadits di atas ialah: 
(1) Kebongkakan dan ketakabburan Abu Jahal terserlah dengan nyata sekali apabila dalam keadaan nyawa-nyawa ikan itu pun ia masih lagi mengangkat dirinya sebagai seorang yang paling mulia dan lebih daripada orang-orang lain. 
(2) Sifat bongkak, takbur dan keras kepala tidak membawa apa-apa faedah kepada seseorang. 
(3) Abu Jahal terbunuh dalam peperangan Badar. 
(4) Bersegera melakukan sesuatu yang baik walaupun dengan mengorbankan nyawa. 
(5) Keinginan yang kuat untuk mempertahan agama Allah terserlah dengan nyata pada sahabat-sahabat yang ikut serta dalam peperangan Badar. 
(6) Keharusan berperasaan geram dan marah yang luar biasa terhadap orang yang menghina Rasululah s.a.w. 
(7) Tidak benar menganggap anak muda kurang
berani dan tidak dapat memainkan peranan yang penting dalam sesuatu peperangan. 
(8) Pembunuh berhak mendapat salab (kelengkapan perang dan senjata) orang kafir yang dibunuhnyya dalam peperangan. 
(9) Abu Jahal tidak terus mati setelah ditetak dan ditikam oleh dua orang anak lelaki Afraa'. 
(10) Abu Jahal masih sempat berbalas-balas cakap dengan Abdullah bin Mas'ud sebelum Abdullah memenggal lehernya. 
(11) Dua orang anak lelaki Afraa' ikut serta dalam peperangan Badar ketika usia mereka masih sangat muda. (12) Keharusan beberapa orang adik-beradik turut serta dalam sesuatu peperangan.


⁵³ Hafiz Ibnu Hajar mengqaidkan kata-kata Ali ini dengan golongan mujahidin. Lantaran, itulah mubaarazah (pertarungan satu lawan satu) yang pertama sekali berlaku dalam sejarah peperangan Islam. Maksud penyelesaian kes ialah kes pembunuhan orang-orang kafir yang tampil untuk
bertarung secara satu lawan satu sebelum berlakunya peperangan Badar secara besar-besaran. Mereka ialah Syaibah bin Rabi'ah, 'Utbah bin Rabi'ah dan al-Walid bin 'Utbah. Para penulis Sirah berbeda pendapat tentang siapa lawan siapa dalam mubarazah itu kerana perbedaan tiwavat yang diterima mereka. Ada yang mengatakan Hamzah lawan Syaibah dan ada pula yang mengatakan Hamzah lawan Utbah. "Ubaidah lawan 'Utbah dan ada juga yang mengatakan Ubaidah lawan al-Walid. Malah Musa bin Uqbah menyebutkan "Ubaidah lawan Syaibah, Hafiz lbnu Hajar membantah pendapat sesetengah ulama' yang mengatakan pertarungan 'Ali dengan al-Walid dalam mubarazah itu adalah suatu perkara yang disepakati. Sebagai hujahnya Hafiz lbnu Hajar mengemukakan riwayat Abu Daud menerusi saluran riwayat Haritsah bin Mudharrih. Di dalamnya tersebut kata-kata Ali sendiri bahawa beliau bertarung dengan Syaibah. Untuk lebih jelas sila lihat riwayat Abu Daud yang dimaksudkan oleh Hafiz Ibnu Hajar itu: 
 حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ عُمَرَ أَخْبَرَنَا إِسْرَائِيلُ عَ أَبِي إِسْحَقَ عَنْ حَارِثَةَ بْنِ مُضَرِّبٍ عَنْ عَلِيٍّ قَالَ تَقَدَّمَ يَعْنِي عُتْبَةَ بْنَ رَبِيعَةَ وَتَبِعَهُ ابْنُهُ وَأَخُوهُ فَنَادَى مَنْ يُبَارِزُ فَانْتَدَبَ لَهُ شَبَابٌ مِنْ الْأَنْصَارِ فَقَالَ مَنْ أَنْتُمْ فَأَخْبَرُوهُ فَقَالَ لَا حَاجَةَ لَنَا فِيكُمْ إِنَّمَا أَرَدْنَا بَنِي عَمِّنَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُمْ يَا حَمْزَةُ قُمْ يَا عَلِيُّ قُمْ يَا عُبَيْدَةَ بْنَ الْحَارِثِ فَأَقْبَلَ حَمْزَةُ إِلَى عُتْبَةَ وَأَقْبَلْتُ إِلَى شَيْبَةَ وَاخْتُلِفَ بَيْنَ عُبَيْدَةَ وَالْوَلِيدِ ضَرْبَتَانِ فَأَثْخَنَ كُلُّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا صَاحِبَهُ ثُمَّ مِلْنَا عَلَى الْوَلِيدِ فَقَتَلْنَاهُ وَاحْتَمَلْنَا عُبَيْدَةَ
Bermaksud :Kata Ali : Utbah tampil diiringi anak dan saudaranya. Dia menjeritkan kata-kata, 'Siapa akan tampil bermubarazah?. Jeritannya disambut oleh beberapa orang anak muda Anshar. Kata Hafiz Ibnu Hajar, inilah riwayat yang paling sahih berhubung dengan perkara ini. Namun yang lalu dia bertanya: "Siapa kamu? mereka menceritakan kepadanya siapa mereka. Dia (Utbah) membantah dengan katanya: "Kami tidak mahu kamu. Kami hanya mahukan sepupu-sepupu kami". Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: "Pergilah Hamzah, Ali dan Ubaidah! Maka Hamzah menghadapi Utbah dan aku Syaibah. Ubaidah dan al-Walid saling menerima tetakan dari lawannya, mengakibatkan masing-masing daripadanya luka parah. Kemudian kami menerkam al Walid dan (berjaya) membunuhnya. Ubaidah kami bawa (pulang ke kem kami dan beliau meninggal dunia di Shafraa" ). (Hadits riwayat Abu Daud, al-Haakim dan al-Baihaqi di dalam Dala'ilnya). 

Tetapi yang masyhur dalam kitab-kitab Sirah ialah Ali bertarung dengan al-Walid.
Apa yang tersebut di dalam kitab-kitab Sirah itu masuk juga di 'aqal memandangkan Ubaidah dan Syaibah sama-sama orang tua, sebagaimana Utbah dan Hamzah juga. "Ali dan al- Walid pula sama-sama dalam usia yang masih muda. Namun riwayat at-Thabaraani daripada Ali dengan isnad yang hasan lebih menyokong apa yang terkandung di dalam riwayat Abu Daud tadi.

Lihatlah riwayatnya  ini  kata Ali:
أعنت أنا وحمزة عبيدة بن الحارث على الوليد بن عتبة فلم يعب النبي صلى الله عليه وسلم ذلك علينا
Bermaksud: Aku dan Hamzah telah menolong Ubaidah bin al-Haarits dalam menghadapi al-Walid bin Utbah. Nabi s.a.w. tidak mencela perbuatan kami itu. 
(at-Thabaraani: al-Mu jamu al-Kabir j. 3, m/s 149).

Ketiga-tiga ketua orang-orang kafir Quraisy itu terbunuh. Utbah dibunuh Ali atau Hamzah. Syaibah dibunuh Hamzah atau Ali berdasarkan perbedaan riwayat tentang siapa lawan siapa dalam mubarazah itu. Al-Walid dibunuh bersama oleh Hamzah dan Ali. Adapun Ubaidah, kaki (lutut) beliau tercedera teruk oleh satu tetakan pihak lawan dalam mubarazah itu. Beliau kemudiannya meninggal dunia setelah dibawa ke Shafraa dalam perjalanan pulang ke Madinah. Di Shafraa itu jugalah beliau dikebumikan.

Menurut Maulana Rasyid Ahmad al-Ganggohi, apa yang dimaksudkan dengan خصومة atau penyelesaian kes pada hari kiamat ialah pada hari itu orang-orang musyrikin yang terbunuh akan berkata (mengadu) di hadapan Allah, kami telah dibunuh dengan zalim. Sementara orang-orang yang terlibat dalam pembunuhan di Badar pula akan membuktikan bahawa mereka tidak membunuh dengan zalim, sebaliknya telah membunuh demi menegak dan meninggikan agama Islam. Pandangan yang diberikan oleh Maulana Ganggohi itu berasaskan erti خصومة yang menghendaki adanya perbantahan di antara dua pihak yang bertelagah. Selagi tidak ada perbantahan seperti itu tidaklah dikatakan خصومة, Orang-orang kafir menda'wa mereka dianiaya. Orang-orang Islam pula membuktikan mereka berada di atas kebenaran. 

⁵⁴ Kata-kata Oais bin Ubaad ini bukan diriwayatkan oleh Bukhari secara ta'lid, malah ia masih maushul dengan isnad yang tersebut di awal riwayat.

⁵⁵ Ayat ini selengkapnya adalah seperti berikut:
Al-Hajj 22:19
هَٰذَانِ خَصْمَانِ ٱخْتَصَمُوا۟ فِى رَبِّهِمْۖ فَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ قُطِّعَتْ لَهُمْ ثِيَابٌ مِّن نَّارٍ يُصَبُّ مِن فَوْقِ رُءُوسِهِمُ ٱلْحَمِيمُ 
Bermaksud: Inilah dua golongan (golongan mukmin dan golongan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai Tuhan mereka. Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka

49

Tiada ulasan:

Catat Ulasan