Asas(usul) Tafsir 17ii(11)
Dibawah ini dikemukakan 20 ayat yang dikatakan telah dimansukh bersama-sama nasikhnya oleh Ibnu al-'Arabi dan as-Suyuthi di samping komentar Shah Waliyyullah:
(1) Firman Allah di dalam Surah al-Baqarah ayat 180 ini:
Al-Baqarah 2:180
كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْرًا ٱلْوَصِيَّةُ لِلْوَٰلِدَيْنِ وَٱلْأَقْرَبِينَ بِٱلْمَعْرُوفِۖ حَقًّا عَلَى ٱلْمُتَّقِينَ
Bermaksud: Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan karib kerabatnya secara ma'ruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertaqwa. (al-Baqarah:180).
Melalui ayat ini, Allah mewajibkan orang yang hampir mati berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya, kemudian ia di mansukhkan. Apakah yang memansukhkannya? Para
'ulama' berbeda pendapat tentangnya. Dalam menentukan nasikhnya mereka terbahagi kepada tiga golongan:
(i) Golongan yang mengatakan ia dimansukhkan dengan ayat pesaka. Di bawah ini dikemukakan ayat pesaka yang dimaksudkan itu: An-Nisa' 4:11
يُوصِيكُمُ ٱللَّهُ فِىٓ أَوْلَٰدِكُمْۖ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ ٱلْأُنثَيَيْنِۚ فَإِن كُنَّ نِسَآءً فَوْقَ ٱثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَۖ وَإِن كَانَتْ وَٰحِدَةً فَلَهَا ٱلنِّصْفُۚ وَلِأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وَٰحِدٍ مِّنْهُمَا ٱلسُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِن كَانَ لَهُۥ وَلَدٌۚ فَإِن لَّمْ يَكُن لَّهُۥ وَلَدٌ وَوَرِثَهُۥٓ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ ٱلثُّلُثُۚ فَإِن كَانَ لَهُۥٓ إِخْوَةٌ فَلِأُمِّهِ ٱلسُّدُسُۚ مِنۢ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِى بِهَآ أَوْ دَيْنٍۗ ءَابَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ لَا تَدْرُونَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعًاۚ فَرِيضَةً مِّنَ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
Bermaksud: Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga
dari harta yang ditinggalkan oleh si mati dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: Satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu
mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui
siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepadamu. (Pembahagian harta
pusaka dan penentuan bahagian masing-rnasing seperti yang diterangkan itu ialah) Ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (an-Nisaa': 11).
(ii) Golongan yang mengatakan ia dimansukhkan dengan hadits Nabi s.a.w. berikut:
إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَعْطَى كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ فَلَا وَصِيَّةَ لِوَارِثٍ
Terjemahan: Sesungguhnya Allah telah membeli kepada tiap-tiap yang berhak akan haknya, maka tiada lagi wasiat untuk waris.
(Hadits riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Tirmidzi, Nasaa'i, dan ad-Daaraquthni).
(iii) Golongan yang mengatakan ia dimansukhkan dengan Ijma'. Pendapat ini ditolak oleh kebanyakan'ulama'. Kerana ljma bagi mereka seperti qias, tidak dapat memansukhkan nas sama ada al-Qur'an atau as-Sunnah.
(Lihat Wahbah az-Zuhaili - al-Wajiz Fil Fiqh al-Islami i.2 m/s 242).
Kebanyakan ulama' menerima ayat pesaka sebagai nasikh bagi ayat 180 di dalam surah al-Baqarah tersebut. Adapun hadits Nabi: إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَعْطَى كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ فَلَا وَصِيَّةَ لِوَارِثٍ
Bermaksud: Sesungguhnya Allah telah memberi kepada tiap-tiap yang berhak akan haknya, maka tiada lagi wasiat unfuk waris.", maka ia hanya sebagai penjelas (مُبَيِّن) kepada ayat pesaka sahaja. Itu jugalah pendapat yang ditarjihkan oleh Shah Waliyyullah.
Ini adalah salah satu daripada 5 ayat yang diterima oleh Shah Waliyullah sebagai telah dimansukhkan.
(2) Firman Allah di dalam Surah al-Baqarah ayat 184 di bawah ini. Lihat khususnya bahagian yang ber[..] di bawahnya: Al-Baqarah 2:184
أَيَّامًا مَّعْدُودَٰتٍۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَۚ [وَعَلَى ٱلَّذِينَ يُطِيقُونَهُۥ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍۖ] فَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَّهُۥۚ وَأَن تَصُومُوا۟ خَيْرٌ لَّكُمْۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Bermaksud: (iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Sesiapa di antara kamu sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. [Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah. (iaitu): memberi makan
seorang miskin]. Sesiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (al-Baqarah:184).
Ia dikatakan telah dimansukh oleh firman Allah selepasnya. Lihat khususnya bahagian ayat yang ber[..] di bawahnya:
Al-Baqarah 2:185
شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٍ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِۚ [فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَۗ] يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا۟ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Bermaksud: (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan (pennulaan) Al Quran sebagai pefunjuk bagi manusia dan penjelasan-
penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). [Kerana itu,sesiapa di antara kamu hadhir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan sesiapa yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka
(wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain]. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan
Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, dan supaya kamu bersyukur. (al-Baqarah:185).
Sesetengah 'ulama' muta'akkhirin tidak menerima ayat 184 Surah al-Baqarah itu dimansukhkan oleh ayat 185. Ayat 184 bagi mereka adalah muhkam, tidak mansukh. Ia dilepaskan dalipada hukum nasakh dengan beberapa ta'kwilan berikut:
(i) Dengan mentaqdirkan haraf لا sebelum perkataan يطيقونه. Ia adalah suatu penggunaan yang lumrah dalam bahasa 'Arab. Jadi ertinya ialah: [Dan wajib bagi orang-orang yang tidak mampu mengerjakannya (tidak mampu berpuasa) membayar fidyah (iaitu): memberi makan kepada
seorang miskin.] Ia bagi mereka ini boleh dipakai oleh orang-orang terlalu tua dan tidak mampu berpuasa atau orang-orang lain yang tidak mampu berpuasa kerana sebab-sebab lain seperti sedang mengandung, menyusu dan sebagainya. Sedangkan ayat 185 itu pula untuk
orang-orang yang sememangnya mampu berpuasa.
(ii) Shah Waliyy'ullah juga tidak menerima ayat 184 Surah al-Baqarah dimansukh oleh ayat 185 dari Surah yang sama. Tetapi cara ta'wilan beliau berbeza daripada cara ta'wilan
golongan pertama tadi. Kalau golongan (i) mengatakan marji' dhamir pada perkataan يطيقونه ialah perkataan الصيام yang telah tersebut sebelumnya, maka Shah Waliyyullah pula mengatakan marji'nya ialah perkataan فدية yang terletak selepasnya. Tidak menjadi kesalahan sesuatu dhamir kembali kepada perkataan yang terletak selepasnya, jika perkataan itu pada rutbah (pangkat / kedudukan sebenarnya) sememangnya berada sebelum dhamir berkenaan. Ini kerana perkataan فدية di dalam tarkib (susunan ayat) itu menjadi mubtada' mu'akkhar disebabkan ia merupakan isim nakirah, dan firman Allah وعلى الذين يطيقونه pula merupakan khabar muqaddamnya. Oleh kerana mubtada' pada rutbahnya mendahului khabar, maka harus
dhamir pada يطيقونه dikembalikan kepadanya. Soal bagaimana dhamir pada يطيقونه yang muzakkar itu boleh dikembalikan kepada فدية juga tidak timbul bagi Shah Waliyyullah, kerana perkataan فدية ditakwilkan dengan perkataan طعام. Jadi ertinya menurut Shah Waliyullah
ialah: [Dan wajib bagi orang-orang yang mampu. memberi makan iaitu memberi makan kepada seorang miskin]. Maksud firman Allah itu bagi Shah Waliyyullah ialah mewajibkan Zakat Fithrah berupa makanan kepada seorang miskin ke atas orang-orang yang mampu (kaya) sebelum mereka habis berpuasa di bulan Ramadhan. Sebagaimana Allah juga memerintahkan agar orang-orang Islam bertakbir selepas selesai berpuasa di bulan Ramadhan dan seterusnya berhari raya melalui firmanNya di akhir ayat 185 Surah al-Baqarah
.وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
(dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, dan supaya kamu bersyukur). Ayat 184 diakhiri dengan perintah membayar Zakat Fithrah. Ayat 185 pula diahiri dengan perintah bertakbir dan berhari raya
(iii) Ramai juga ulama' muhaqqiqin berpendapat ayat 184 tidak dimansukhkan oleh ayat 185.
Ayat 184 hanya menyatakan ada juga orang yang dapat berpuasa, tetapi dengan keberatan dan agak sukar, kerana perkataan .يطيق sememangnya bererti dapat melakukan sesuatu, tetapi dengan keberatan dan agak sukar. Orang-orang 'Arab dalam percakapan mereka berkata:
إني أطيق أن أحمل هذا الحجر الثقيل
Bermaksud: "Aku dapat mengangkat batu yang berat ini, apabila batu itu dapat diangkatnya, tetapi dengan susah payah. Mereka tidak pernah berkata:
إن أطيق أن أرفع اللقمة إلى فمي
Bermaksud: "Aku dapat mengangkat suapan ini kemulutku. Kerana ia bukanlah suatu yang berat dan susah dilakukan. Terjemahan yang diberikan di atas adalah berdasarkan pendapat ke-(iii) ini.
(3) Ayat 183 Surah al-Baqarah. iaitu: Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar karnu bertaqwa.(al-Baqarah:183).
Al-Baqarah 2:183
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,
Di dalam ayat ini Allah mengatakan "diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu". Sebagaimana orang-orang sebelum kamu dilarang bersetubuh dengan isteri pada waktu malam hari berpuasa, maka begitulah juga dengan kamu.
Sesetengah ulama' mengatakan ia telah dimansukh oleh firman Allah di bawah ini. Lihat khususnya bahagian yang bergaris di bawahnya: Al-Baqarah 2:187
[أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ ٱلصِّيَامِ ٱلرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَآئِكُمْۚ] هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّۗ عَلِمَ ٱللَّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتَانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْۖ فَٱلْـَٰٔنَ بَٰشِرُوهُنَّ وَٱبْتَغُوا۟ مَا كَتَبَ ٱللَّهُ لَكُمْۚ وَكُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلْخَيْطُ ٱلْأَبْيَضُ مِنَ ٱلْخَيْطِ ٱلْأَسْوَدِ مِنَ ٱلْفَجْرِۖ ثُمَّ أَتِمُّوا۟ ٱلصِّيَامَ إِلَى ٱلَّيْلِۚ وَلَا تُبَٰشِرُوهُنَّ وَأَنتُمْ عَٰكِفُونَ فِى ٱلْمَسَٰجِدِۗ تِلْكَ حُدُودُ ٱللَّهِ فَلَا تَقْرَبُوهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ ءَايَٰتِهِۦ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ
Bermaksud: Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsu, kerana itu Allah
mengampuni kamu dan memberi ma'af kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam iaitu fajar. Kemudian sempumakanlah puasa itu sampai
(datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf dalam masjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertaqwa. (al-Baqarah:187).
Sesetengah 'ulama' pula mengatakan yang dimansukhkannya ialah hadits Rasulullah s.a'w. bukan ayat 183 Surah al-Baqarah tadi. lni kerana diperingkat permulaannya orang-orang yang berpuasa dilarang daripada bersetubuh dengan isteri-isteri mereka pada malam hari berpuasa.
Shah Waliyyullah menolak kedua-dua pendapat tersebut. Bagi beliau ia tidak memansukhkan ayat 183 dan tidak juga memansukhkan mana-mana hadits Rasulullah s.a.w. Ayat 183 hanya bermaksud menyatakan kita umat lslam diwajibkan berpuasa seperti mana umat-umat sebelum kita juga diwajibkan berpuasa. Itu saja. Ia tidak bererti kita terikat dengan segala tatacara berpuasa mereka semua sekali. Tidak benar juga mengatakan ia memansukhkan
hadits Rasulullah s.a.w., kerana tidak diketahui Rasulullah pernah melarang umatnya bersetubuh pada waktu malam di bulan puasa. Apa yang berlaku ialah amalan orang-orang
jahiliah dan amalan pengikut saki-baki ajaran nabi-nabi terdahulu yang tidak dipastikan kebenarannya, itulah yang menjadi amalan ikutan umum masyarakat apabila mereka berpuasa.
Ayar 187 Surah al-Baqarah itu bagi Shah Waliyyullah hanya menghapuskan adat resam jahiliah dalam berpuasa atau ia menghapuskan dan memansukhkan syari'at terdahulu jika ia benar-benar rnerupakan sebahagian daripada ajarannya.
(4) Firman Allah s.w.t. berikut juga dikatakan mansukh:
Al-Baqarah 2:217
يَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلشَّهْرِ ٱلْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِۖ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌۖ وَصَدٌّ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ وَكُفْرٌۢ بِهِۦ وَٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِۦ مِنْهُ أَكْبَرُ عِندَ ٱللَّهِۚ وَٱلْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ ٱلْقَتْلِۗ وَلَا يَزَالُونَ يُقَٰتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ ٱسْتَطَٰعُوا۟ۚ وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِۦ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُو۟لَٰٓئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَٰلُهُمْ فِى ٱلدُّنْيَا وَٱلْءَاخِرَةِۖ وَأُو۟لَٰٓئِكَ أَصْحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمْ فِيهَا خَٰلِدُونَ
Bermaksud: Mereka bertanya kepadamu tentang beperang pada bulan Haram. Katakanlah:"Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah,dan kufur kepada Allah, (rnenghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh. Mereka tidak berhenti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. (al-Baqarah:217).
Ibnu Jarir at-Thabari menukilkan di dalam Tafsirnya Jami'ul Bayan daripada 'Athaa' bin Maisarah bahawa beliau mengatakan, ayat 217 Surah al-Baqarah itu dimansukhkan oleh firman Allah berikut. Perhatikan khususnya bahagian yang dalam [..]: At-Taubah 9:36
إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِى كِتَٰبِ ٱللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ مِنْهَآ أَرْبَعَةٌ حُرُمٌۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلْقَيِّمُۚ فَلَا تَظْلِمُوا۟ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْۚ [وَقَٰتِلُوا۟ ٱلْمُشْرِكِينَ كَآفَّةً كَمَا يُقَٰتِلُونَكُمْ كَآفَّةًۚ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلْمُتَّقِينَ ]
Bermaksud: Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan,yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan [perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana
mereka memerangi kamu seluruhnya] dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa. (at-Taubah:36).
Menurut Shah Waliyyulllah, ayat 217 di dalam Surah al-Baqarah itu tidak menunjukkan haram berperang di bulan-bulan haram. Ia sebaliknya menunjukkan keharusan berperang padanya. Setelah diterima kehormatan bulan-bulan haram, dinyatakan pula sebab-sebab yang mengharuskan berperang walaupun di bulan-bulan itu, kerana fitnah yang dilakukan oleh orang-orang kafir itu lebih besar lagi daripada menghormati bulan-bulan haram. Kerana itu jika perlu boleh juga berperang pada bulan-bulan tersebut. Jadi apa yang perlu dimansukhkan kalau berperang di bulan-bulan haram itu memang sudah diharuskan apabila perlu. Orang-orang yang mengatakan ayat 36 Surah at-Taubah memansukhkan ayat 217 di dalam Surah al-Baqarah itu kerana ia mengharamkan berperang di bulan-bulan haram. padahal ia tidak pun mengharamkannya.
-bersambung-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan