Asas(usul) Tafsir 17ii(10)
Jumlah Ayat-Ay'at Al-Qur'an Yang Dimansukhkan Menurut Qaedah 'Ulama' Muta'akkhirin.
Di dalam nota sebelum ini telah dinyatakan qaedah nasakh yang diterima pakai oleh 'ulama' usul muta'akkhirin. Walaupun mereka menerima adanya nasakh di dalam al-Qur'an, tetapi untuk memenuhi syarat-syaratnya agak sukar juga ditemui ayat-ayat yang memang disepakati
mereka sebagai ayat-ayar yang mansukh. Kerana itulah tidak ada kesepakatan di kalangan 'ulama' muta'akkhirin tentang jumlah sebenar ayat-ayat yang mansukh itu. Shah Waliyyullah mengemukakan jumlah ayat-ayat mansukh dan nasikhnya yang paling sedikit diterima oleh tokoh-tokoh 'ulama' muta'akkhirin.
As-Suyuthi (Jalaluddin 'Abdur Rahman bin Abi Bakr as-Suluthi m.911H) misalnya bersetuju dengan Ibnu al-'Arabi (Abu Bakl Muharnmad bin Abdillah al-Ma'afiri al-Andalusi m.543H) tentang ayat-ayat yang dimansukhkan itu hanya berjumlah 20 sahaja.
Itulah bagi mereka yang benar-benar menepati dan memenuhi syarat-syarat nasakh menurut qaedah muta'akkliirin. Shah Waliyyullah bagaimanapun tidak bersetuju dengan mereka. Bagi beliau yang betul-betul menepati qaedah muta'akkhirin hanya 5 ayat sahaja daripada 20 ayat yang diterima Ibnu al-'Arabi dan as-Suyuthi. 15 daripadanya masih boleh ditakwil dan boleh dikeluarkan daripada senarai ayat-ayat yang dimansukhkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan