Selasa, Disember 13, 2022

Tafsir asas quran nota 9(206-222)13s 17ii(09)



Asas(usul) Tafsir  17ii (09)

(7) Menghapuskan syari'at yang lalu. Dalam syari'at Nabi Musa, hukuman ke atas pembunuh tidak ada lain selain dibunuh balas (diqishaash). Menurut istilah mutaqaddimin' firman  Allah dibawah ini merupakan nasikh bagi syariah Nabi Musa itu: Al-Baqarah 2:178
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلْقِصَاصُ فِى ٱلْقَتْلَىۖ ٱلْحُرُّ بِٱلْحُرِّ وَٱلْعَبْدُ بِٱلْعَبْدِ وَٱلْأُنثَىٰ بِٱلْأُنثَىٰۚ فَمَنْ عُفِىَ لَهُۥ مِنْ أَخِيهِ شَىْءٌ فَٱتِّبَاعٌۢ بِٱلْمَعْرُوفِ وَأَدَآءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَٰنٍۗ ذَٰلِكَ تَخْفِيفٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَرَحْمَةٌۗ فَمَنِ ٱعْتَدَىٰ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَلَهُۥ عَذَابٌ أَلِيمٌ 
178. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pema'afan dari saudaranya, hendaklah (yang mema'afkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi ma'af) membayar (diat) kepada yang memberi ma'af dengan cara yang baik (pula). Yang
demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barang siapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih. (al-Baqarah:178).

Berdasarkan ayat ini, pembunuh dengan sengaja selain boleh dibunuh, ia juga boleh dima'afkan dengan dituntut membayar diat (bayaran ganti rugi) atau dima'afkan sahaja tanpa diruntut membayar diat. Walaupun ia tidak boleh dianggap nasikh bagi syari'at Nabi Musa, kerana tidak menepati syarat-syarat nasakh yang disepakati oleh 'ulama' usul dari kalangan muta'akkhirin. namun menurut istilah mutaqaddimin ia sudah merupakan nasikh.

Semua yang disebutkan oleh Shah Waliy'yullah itu termasuk dalam daerah nasakh menurut 'ulama' mutaqaddimin. Bahkan kalau dilihat kepada keluasan daerah nasakh yang berpunca daripada penggunaan perkataan nasakh menurut bahasa 'Arab  yang luas itu, niscaya menyebutkan istitsna', syarat, atau sifat bagi sesuatu juga merupakan nasikh baginya. Itulah sebabnya bagi mereka bilangan ayat-ayat. al-Qur'an yang mansukh itu menjangkau lima ratus ayat. Malah mengikut Shah Waliyyullah, tidak terhitung banyaknya bilangan ayat-ayat yang mansukh menurut qaedah mutaqaddimin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan