Asas(usul)Tafsir 17ii(06)
(4) Mentakhshiskan yang am. Ertinya ialah mengkhususkan ma'na perkataan yang umum dengan sebahagian afraadnya sahaja. Antara contohnya ialah firman Allah s.w.t. dibawah ini: Al-Baqarah 2:284
لِّلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِۗ وَإِن تُبْدُوا۟ مَا فِىٓ أَنفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُم بِهِ ٱللَّهُۖ فَيَغْفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
Bermaksud: Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (ai-Baqarah:284).
Ayat ini menyatakan Allah menghitung dan mengambil kira (sebagai kesalahan) serta menghukum manusia atas segala apa yang terlintas di hatinya, sama ada ia menyatakannya atau menyembunyikannya. Ia umum merangkumi semua lintasan hati. Kalau begitu sukarlah
manusia akan terlepas daripada dosa, kesalahan dan hukuman Allah. Keadaan itu akan membuatkan manusia sentiasa berada dalam ketakutan, kebimbangan dan keresahan. Ayat 286 seterusnya mentakhsiskan (menyempitkan) erti umum yang terdapat di dalam ayat 284 tadi. Allah berfirman: Al-Baqarah 2:286
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَاۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦۖ وَٱعْفُ عَنَّا وَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَآۚ أَنتَ مَوْلَىٰنَا فَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَٰفِرِينَ
Bermaksud: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): ''Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. ya
Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong
kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (al-Baqarah:286).
Ayat ini menyatakan yang dikira sebagai salah dan dosa ialah apa yang mampu dan sanggup diusahakan oleh manusia. Adapun sesuatu yang di luar kemampuan dan kesanggupannya seperti lintasan hati, keadaan terlupa dan tersalah, maka itu tidak dikira sebagai suatu kesalahan dan dosa. Menurut istilah mutaqaddimin ayat 286 Surah al-Baqarah ini merupakan nasikh bagi ayat 284 sebelumnya, kerana ia telah mentakhsiskan erti umum yang terdapat pada ayat 284 itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan