Asas(usul)Tafsir 17ii(07)
(5) Menyatakan perbedaan di antara yang manshush (apa yang disebut dengan terang di dalam nas) dan apa-apa yang diqiaskan dengannya secara zahir. Atau dengan kata lain, menyatakan qias fasid (qias yang tidak memenuhi syarat-syarat qias yang betul) dan kemudian menolaknya. Apabila sesuatu ayat menolak qias fasid, maka menurut istilah mutaqaddimin ia juga merupakan nasikh kepadanya. Contohnya ialah kata-kata orang-orang kafir yang
dinukilkan oleh Allah sebagai qias fasid mereka. Kata mereka: إِنَّمَا ٱلْبَيْعُ مِثْلُ ٱلرِّبَوٰا۟ۗBermaksud:"Sesungguhnya jual beli itu sama saja dengan riba." Untuk menyatakan ada perbezaan di antara jual beli dan riba dan menolak riba, Allah berfirman selepas itu وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلْبَيْعَ وَحَرَّمَ Bermaksud: "Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba."
Menurut istilah mutaqaddimin, firman Allah:وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلْبَيْعَ وَحَرَّمَ itu juga merupakan nasikh bagiإِنَّمَا ٱلْبَيْعُ مِثْلُ ٱلرِّبَوٰا۟ۗ yang merupakan qias fasid orang-orang kafir yang digambarkan oleh Allah dalam bentuk kata-kata mereka. Kedua-dua firman Allah itu sebenarnya terkandung dalam ayat yang sama di dalam Surah al-Baqarah. Di bawah ini diperturunkan ayat berkenaan selengkapnya bersama-sama terjemahannya: Al-Baqarah 2:275
ٱلَّذِينَ يَأْكُلُونَ ٱلرِّبَوٰا۟ لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ ٱلَّذِى يَتَخَبَّطُهُ ٱلشَّيْطَٰنُ مِنَ ٱلْمَسِّۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوٓا۟ إِنَّمَا ٱلْبَيْعُ مِثْلُ ٱلرِّبَوٰا۟ۗ وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلْبَيْعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰا۟ۚ فَمَن جَآءَهُۥ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِۦ فَٱنتَهَىٰ فَلَهُۥ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُۥٓ إِلَى ٱللَّهِۖ وَمَنْ عَادَ فَأُو۟لَٰٓئِكَ أَصْحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمْ فِيهَا خَٰلِدُونَ
Bermaksud: Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli
itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba),maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang dan urusannya larangan); (terserah) kepada Allah orang yang kembali (mengambil riba ), maka orang itu adalah penghuni- penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.
(al-Baqarah:275).
Tafsir asas quran nota 9(206-222)13s 17ii(08)
Asas(usul)Tafsir 17ii(08)
(6) Menghilangkan dan menghapuskan adat resam jahiliah. Di zaman jahiliah contohnya berkahwin sebagai dengan isteri ayah bukanlah suatu yang terlarang dan dianggap keji, malah adat ini yang diamalkan secara meluas di kalangan masyarakat jahiliah. Untuk menolak adat resam yang jelik itulah Allah berfirman; An-Nisa' 4:22
وَلَا تَنكِحُوا۟ مَا نَكَحَ ءَابَآؤُكُم مِّنَ ٱلنِّسَآءِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَۚ إِنَّهُۥ كَانَ فَٰحِشَةً وَمَقْتًا وَسَآءَ سَبِيلًا
Bermaksud: Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji dan dibenci (oleh AIIah) serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan). (an-Nisaa:22).
Firman ini menurut istilah mutaqaddimin merupakan nasikh bagi adat resam jahiliah yang keji itu.
Semasa jahiliyah juga ramai masyarakat Arab bertawaf di Baitilah dengan bertelanjang, maka Allah menurunkan ayat ini Al-A'raf 7:31
يَٰبَنِىٓ ءَادَمَ خُذُوا۟ زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ وَلَا تُسْرِفُوٓا۟ۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلْمُسْرِفِينَ
Bermaksud: Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang)dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya yang melampaui Ailah tidak suka akan orang-orang baras' (ar-A'raaf:31).
Ayat ini juga menurut ulama mutaqaddimin memansukhkan adat jahiliah yang jelik itu.
Tafsir asas quran nota 9(206-222)13s 17ii(09)
Asas(usul)Tafsir 17ii(09)
(7) Menghapuskan syari'at yang lalu. Dalam syari'at Nabi Musa, hukuman ke atas pembunuh tidak ada lain selain dibunuh balas (diqishaash). Menurut istilah mutaqaddimin' firman Allah dibawah ini merupakan nasikh bagi syariah Nabi Musa itu: Al-Baqarah 2:178
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلْقِصَاصُ فِى ٱلْقَتْلَىۖ ٱلْحُرُّ بِٱلْحُرِّ وَٱلْعَبْدُ بِٱلْعَبْدِ وَٱلْأُنثَىٰ بِٱلْأُنثَىٰۚ فَمَنْ عُفِىَ لَهُۥ مِنْ أَخِيهِ شَىْءٌ فَٱتِّبَاعٌۢ بِٱلْمَعْرُوفِ وَأَدَآءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَٰنٍۗ ذَٰلِكَ تَخْفِيفٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَرَحْمَةٌۗ فَمَنِ ٱعْتَدَىٰ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَلَهُۥ عَذَابٌ أَلِيمٌ
178. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pema'afan dari saudaranya, hendaklah (yang mema'afkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi ma'af) membayar (diat) kepada yang memberi ma'af dengan cara yang baik (pula). Yang
demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barang siapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih. (al-Baqarah:178).
Berdasarkan ayat ini, pembunuh dengan sengaja selain boleh dibunuh, ia juga boleh dima'afkan dengan dituntut membayar diat (bayaran ganti rugi) atau dima'afkan sahaja tanpa diruntut membayar diat. Walaupun ia tidak boleh dianggap nasikh bagi syari'at Nabi Musa, kerana tidak menepati syarat-syarat nasakh yang disepakati oleh 'ulama' usul dari kalangan muta'akkhirin. namun menurut istilah mutaqaddimin ia sudah merupakan nasikh.
Semua yang disebutkan oleh Shah Waliy'yullah itu termasuk dalam daerah nasakh menurut 'ulama' mutaqaddimin. Bahkan kalau dilihat kepada keluasan daerah nasakh yang berpunca daripada penggunaan perkataan nasakh menurut bahasa 'Arab yang luas itu, niscaya menyebutkan istitsna', syarat, atau sifat bagi sesuatu juga merupakan nasikh baginya. Itulah sebabnya bagi mereka bilangan ayat-ayat. al-Qur'an yang mansukh itu menjangkau lima ratus ayat. Malah mengikut Shah Waliyyullah, tidak terhitung banyaknya bilangan ayat-ayat yang mansukh menurut qaedah mutaqaddimin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan