Selasa, Disember 13, 2022

Tafsir asas quran nota 9(206-222)13s 17ii(08)



Asas(usul) Tafsir  17ii (08)

(6) Menghilangkan dan menghapuskan adat resam jahiliah. Di zaman jahiliah contohnya berkahwin sebagai dengan isteri ayah bukanlah suatu yang  terlarang dan dianggap keji, malah  adat ini yang diamalkan secara meluas di kalangan masyarakat jahiliah. Untuk menolak adat resam yang jelik itulah Allah berfirman; An-Nisa' 4:22
وَلَا تَنكِحُوا۟ مَا نَكَحَ ءَابَآؤُكُم مِّنَ ٱلنِّسَآءِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَۚ إِنَّهُۥ كَانَ فَٰحِشَةً وَمَقْتًا وَسَآءَ سَبِيلًا 
Bermaksud: Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan)  yang telah diperisterikan oleh  bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji dan dibenci (oleh AIIah) serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan). (an-Nisaa:22).

Firman ini menurut istilah mutaqaddimin  merupakan nasikh bagi adat resam jahiliah yang keji itu.

Semasa jahiliyah juga ramai masyarakat Arab bertawaf di Baitilah dengan bertelanjang, maka Allah menurunkan ayat ini Al-A'raf 7:31
يَٰبَنِىٓ ءَادَمَ خُذُوا۟ زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ وَلَا تُسْرِفُوٓا۟ۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلْمُسْرِفِينَ 
Bermaksud: Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang)dan makanlah serta minumlah dan jangan  pula kamu melampau; sesungguhnya  yang melampaui Ailah tidak suka akan orang-orang baras' (ar-A'raaf:31). 

Ayat ini juga menurut ulama mutaqaddimin memansukhkan adat jahiliah yang jelik itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan