Asas(usul) Tafsir 17vii (07)
Bantahan Terhadap Dalil Kedua.
Dalil kedua ini dipertikaikan juga oleh golongan ketiga. Bagi mereka, tidak ada petunjuk jelas di dalam ayat 101 dan 102 Surah an-Nahl itu yang menunjukkan sesuatu ayat hukum apabila dimansukh oleh Allah, ia diganti dengan ayat hukum yang lain pula olehNya!
Di bawah ini dikemukakan beberapa alasan golongan ketiga dalam menolak pemahaman golongan kedua terhadap ayat berkenaan:
(a) Ketika membincangkan dalil pertama sebelum ini telah pun disebutkan bahawa perkataan آية - di dalam al-Qur'an tidak semestinya dipakai dengan erti ayat al-Qur'an sahaja. Ia dengan erti ayat al-Qur'an adalah salah satu istilah yang baru diperkenalkan oleh Islam. Jika dilihat kepada penggunaan perkataan itu di dalam al-Qur'an, maka
lebih banyak lagi ia telah dipakai dengan erti-ertinya yang lain menurut bahasa 'Arab. Dan itulah merupakan ma'na-ma'na asalnya. Salah satunya ialah tanda kebesaran
Allah atau mu'jizat.
Perkataan آية - telah digunakan sebanyak 86 kali di dalam al-Qur'an yang dipertikaikan sama ada ia dipakai dengan erti ayat al-Qur'an atau lain-lain erti hanyalah dua ayat ini sahaja (ayat 106 Surah al-Baqarah dan ayat 101 Surah an-Nahl ini). Adapun yang lain-lain semuanya disepakati tentang ia sememangnya telah dipakai dengan erti (الآية الكونية) atau tanda-tanda kebesaran Allah pada alam semesta. Termasuk juga di dalamnya mu'jizat-mu'jizat yang diberikan oleh Allah kepada nabi-nabi dan rasul-rasulNya.
(b) Silap sekali mengatakan bahawa apabila Allah berfirman di dalam ayat 101-102 itu yang bermaksud "Allah memang mengetahui akan apa yang Dia turunkan", dan Ruhul Qudus (Jibril) pula yang menurunkannya, maka tentulah yang diturunkan oleh Allah itu berupa ayat-ayat al- Qur'an. Kerana Jibril hanya menurunkan ayat-ayat al-Qur'an sahaja kepada Nabi s.a.w.
Anggapan seperti itu nyata sekali silapnya, kerana Jibril bukan ditugaskan untuk menurunkan ayat-ayat al-Qur'an sahaja kepada Nabi kita Muhammad s.a.w.
Bukankah Jibril pernah turun kepada Nabi s.a.w. sekembalinya baginda daripada berda'wah di Ta'if, dan penduduknya tidak menyambut baik da'wah yang
disampaikan oleh baginda, sebaliknya mereka telah menghina dan memukul baginda?
Pada ketika itu bukankah Jibril berkata kepada baginda: "Ini malaikat yang menjaga bukit-bukau. Ia dihantar oleh Allah untukmu." Lalu malaikat itu berkata, "Jika engkau mahu aku hempapkan saja dua buah bukit besar yang keras ini ke atas mereka, niscaya akan ku lakukan." Tetapi Nabi s.a.w. menghalangnya berbuat begitu, baginda sebaliknya berkata, "Bahkan aku berharap Allah akan mengeluarkan daripada sulbi-sulbi mereka orang-orang yang akan menyembah Allah semata-mata dalam keadaan
tidak menyengutukanNya dengan sesuatu yang lain."?
(c) Memang tidak dinafikan bahawa Jibril-lah yang menurunkan ayat-ayat al-Qur'an kepada Rasulullah s.a.w. Tetapi perkataan آية yang digunakan di dalam ayat 101
sekarang tidaklah ditujukan kepada ayat tertentu di dalam al-Qur'an, sebaliknya ia bererti al-Qur'an itu sendiri sebagai mu'jizat daripada Allah yang menunjukkan kebesaranNya.
(d) Ayat ini tidak sesuai langsung untuk dikaitkan dengan ayat-ayat hukum yang dimansukhkan, kerana ia merupakan ayat Makkiyyah dan sememangnya ia terletak didalam Surah an-Nahl yang menrpakan salah satu surah Makkiyyah. Sedangkan ayat-ayat hukum secara umumnya diturunkan di Madinah. Ia sepatutnya terdapat di dalam
surah-surah Madaniyyah. Hukum apa agaknya yang telah dimansukhkan di Mekah sehingga perlu diturunkan ayat yang bercerita tentang kewajaran pemansukhannya?!
(e) Perkataan آية yang tersebut di dalam ayat 101 Surah an-Nahl ini lebih sesuai dikaitkan dengan al-Qur'an itu sendiri sebagai mu'jizat yang dipertikaikan oleh
orang-orang kafir pada masa itu. Orang-orang kafir semasa menuntut dan mencabar Nabi s.a.w. mengemukakan kepada mereka mu'jizat-mu'jizat zahir seperti yang
pernah diberikan kepada Nabi Musa dan 'Isa dahulu, jika baginda benar-benar rasul Allah sebagaimana yang dida'wa oleh baginda. Sebagai buktinya lihatlah firman
Allah di bawah ini:
Al-Isra' 17:89
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا لِلنَّاسِ فِى هَٰذَا ٱلْقُرْءَانِ مِن كُلِّ مَثَلٍ فَأَبَىٰٓ أَكْثَرُ ٱلنَّاسِ إِلَّا كُفُورًا
Al-Isra' 17:90
وَقَالُوا۟ لَن نُّؤْمِنَ لَكَ حَتَّىٰ تَفْجُرَ لَنَا مِنَ ٱلْأَرْضِ يَنۢبُوعًا
Al-Isra' 17:91
أَوْ تَكُونَ لَكَ جَنَّةٌ مِّن نَّخِيلٍ وَعِنَبٍ فَتُفَجِّرَ ٱلْأَنْهَٰرَ خِلَٰلَهَا تَفْجِيرًا
Al-Isra' 17:92
أَوْ تُسْقِطَ ٱلسَّمَآءَ كَمَا زَعَمْتَ عَلَيْنَا كِسَفًا أَوْ تَأْتِىَ بِٱللَّهِ وَٱلْمَلَٰٓئِكَةِ قَبِيلًا
Al-Isra' 17:93
أَوْ يَكُونَ لَكَ بَيْتٌ مِّن زُخْرُفٍ أَوْ تَرْقَىٰ فِى ٱلسَّمَآءِ وَلَن نُّؤْمِنَ لِرُقِيِّكَ حَتَّىٰ تُنَزِّلَ عَلَيْنَا كِتَٰبًا نَّقْرَؤُهُۥۗ قُلْ سُبْحَانَ رَبِّى هَلْ كُنتُ إِلَّا بَشَرًا رَّسُولًا
Al-Isra' 17:94
وَمَا مَنَعَ ٱلنَّاسَ أَن يُؤْمِنُوٓا۟ إِذْ جَآءَهُمُ ٱلْهُدَىٰٓ إِلَّآ أَن قَالُوٓا۟ أَبَعَثَ ٱللَّهُ بَشَرًا رَّسُولًا
Bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang
mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran. (89). Dan mereka berkata: Kami tidak sekali-kali akan beriman
kepadamu (wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan mata air dari bumibagi Kami. (90).
Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon- pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus. (91).
Atau (sehingga) engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana yang engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya. (92).
Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke
langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya. Katakanlah (wahai Muhammad): Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku
ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul? (93).
Dan tiadalah yang menghalang orang-orang musyrik itu dari beriman ketika datang kepada mereka hidayat petunjuk,
melainkan (keingkaran mereka tentang manusia menjadi Rasul, sehingga) mereka berkata dengan hairan: Patutkah Allah mengutus seorang manusia menjadi Rasul?
(94). (al-Israa' :89-94)
(f) Firman Allah di dalam ayat 101 Surah an-Nahl ini merupakan penolakan terhadap permintaan orang-orang kafir supaya Nabi s.a.w. membawa kepada mereka Qur'an
yang lain atau baginda menukarnya dengan sesuatu yang lain. Justeru itu adalah suatu yang sia-sia saja. Lihat bagaimana Allah menggambarkan permintaan mereka yang bukan-bukan itu di dalam firmanNya ini:
Yunus 10:15
وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ ءَايَاتُنَا بَيِّنَٰتٍۙ قَالَ ٱلَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَآءَنَا ٱئْتِ بِقُرْءَانٍ غَيْرِ هَٰذَآ أَوْ بَدِّلْهُۚ قُلْ مَا يَكُونُ لِىٓ أَنْ أُبَدِّلَهُۥ مِن تِلْقَآئِ نَفْسِىٓۖ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰٓ إِلَىَّۖ إِنِّىٓ أَخَافُ إِنْ عَصَيْتُ رَبِّى عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ
Bermaksud: Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata,berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami (untuk menerima balasan): Bawalah Quran yang lain daripada ini atau tukarkanlah dia. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak berhak menukarkannya dengan kemahuanku sendiri,
aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja. Sesungguhnya aku takut, jika aku menderhaka kepada Tuhanku, akan azab hari yang besar (soaljawabnya). (Yunus:15).
(g) Sesetengah 'ulama' pula berpendapat, perkataan آية yang tersebut di dalam ayat 101 Surah an-Nahl itu bererti syari'at. Syari'at para nabi dan rasul itulah yang ditukar oleh Allah dari semasa ke semasa. Ia menggambarkan kemusykilan orang-orang kafir, khususnya Ahlil Kitab dari kalangan Yahudi yang mengamalkan hukum-hukum Kitab Taurat bahawa bagaimana Muhammad boleh menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh syari'at Nabi Musa dahulu, jika baginda benar-benar rasul yang diutuskan oleh Allah. Bagaimana boleh terdapat perbedaan di antara dua orang rasul yang diutuskan, sedangkan mereka membawa wahyu daripada Tuhan yang sama? Hakikat ini dapat dilihat pada firman Allah di dalam Surah al-An'aam yang jugamerupakan surah Makkiyyah. Allah berfirman:
Al-An'am 6:145
قُل لَّآ أَجِدُ فِى مَآ أُوحِىَ إِلَىَّ مُحَرَّمًا عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُۥٓ إِلَّآ أَن يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَّسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنزِيرٍ فَإِنَّهُۥ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ ٱللَّهِ بِهِۦۚ فَمَنِ ٱضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Al-An'am 6:146
وَعَلَى ٱلَّذِينَ هَادُوا۟ حَرَّمْنَا كُلَّ ذِى ظُفُرٍۖ وَمِنَ ٱلْبَقَرِ وَٱلْغَنَمِ حَرَّمْنَا عَلَيْهِمْ شُحُومَهُمَآ إِلَّا مَا حَمَلَتْ ظُهُورُهُمَآ أَوِ ٱلْحَوَايَآ أَوْ مَا ٱخْتَلَطَ بِعَظْمٍۚ ذَٰلِكَ جَزَيْنَٰهُم بِبَغْيِهِمْۖ وَإِنَّا لَصَٰدِقُونَ
Al-An'am 6:147
فَإِن كَذَّبُوكَ فَقُل رَّبُّكُمْ ذُو رَحْمَةٍ وَٰسِعَةٍ وَلَا يُرَدُّ بَأْسُهُۥ عَنِ ٱلْقَوْمِ ٱلْمُجْرِمِينَ
Bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak
memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnyaia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (145).
Dan Kami haramkan atas orang-orang Yahudi segala
binatang yang berkuku dan dari lembu dan kambing'pula Kami haramkan kepada mereka lemaknya" kecuali (lemak) yang ada pada belakangnya atau yang menyelaputi
perkakas dalam perutnya atau yang bercampur dengan tulang. Demikianlah Kami balas mereka dengan sebab kederhakaan mereka dan sesungguhnya Kamilah yang
benar. (146).
Kemudian jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad) maka katakanlah: Tuhan kamu mempunyai rahmat yang luas melimpah-ruah dan. azab seksa yang tidak dapat ditolak dari kaum yang berdosa. (147). (al-An'aam:145-147).
301
Tiada ulasan:
Catat Ulasan