Asas(usul)Tafsir 17viii (05)
Maulana Muhammad Taqi al-'Utsmani di dalam Takmilah Fathul Mulhim j.8 m/s 358 setelah mengemukakan riwayat di atas dan perbincangan mengenainya, menulis begini:
"Apa yang masyhur di kalangan orang ramai ialah ayat rejam itu telah dimansukhkan tilawahnya, tidak hukumnya. Bagaimanapun setelah diteliti riwayat-riwayat dalam bab ini ternyata ia bukan sebahagian daripada al-Qur'an sama sekali. la sebenarnya tidak lebih daripada satu ayat daripada ayat-ayat Kitab Taurat atau lain-lain kitab Bani Israil. Oleh kerana Allah menetapkan hukumnya untuk umat ini, maka digunakanlah perkataan "diturunkan" secara majaz (bahasa kiasan). la tidak bermaksud turunnya itu adalah sama seperti turunnya ayat-ayat al-Qur'an yang lain. Apa yang dimaksudkan hanyalah turunnya perintah Allah memperakui hukumnya."
Sebagai bukti ia merupakan satu ayat Kitab Taurat, Maulana Muhammad Taqi al Utsmani mengemukakan satu riwayat yang dikemukakan oleh at-Thabari di dalam Tafsirnya. Riwayat itu mengandungi pertanyaan Rasulullah s.a.w. terhadap 'Abdullah bin Shuriya, seorang pendeta Yahudi yang dianggap paling alim oleh orang-orang Yahudi, tentang hukuman terhadap penzina muhshan di dalam Kitab Taurat. Setelah beliau bertubi-tubi ditanya oleh Rasulullah s.a.w. dengan bersumpah dengan nama Allah dan Kitab Taurat yang diturunkan kepada Musa di atas bukit Sinai, akhimya 'Abdullah bin Shuriya membaca:
الشَّيخُ والشَّيخةُ فارجُموهما البتَّةَ
(Maksudnya: Orang tua lelaki dan perempuan, kamu rejamlah mereka secara pasti). Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w. pada ketika itu, "Itulah hukumnya yang sebenar."
Riwayat itu jelas menunjukkan 'Abdullah bin Shuriya telah membacanya sebagai satu ayat daripada Kitab Taurat. Dan ia dibenarkan oleh Nabi s.a.w. Hukuman rejam yang tersebut didalamnya pula diperakui baginda. Tidak adanya teks seperti itu di dalam Kitab Taurat yang ada sekarang tidak boleh dijadikan bukti kepada kepalsuan riwayat yang dikemukakan oleh atThabari itu, kerana sebagaimana diketahui semua orang, Kitab Taurat yang ada hari ini telah mengalami banyak sekali penyelewengan dan tokok tambah oleh pelbagai pihak tidak bertanggungjawab.
Setelah itu Maulana Muhammad Taqi al-A Utsmani mengemukakan pula tiga hadits sebagai dalil ayat itu bukan sebahagian daripada ayat al-Qur'an. Salah satunya adalah hadits berikut ini:
عن خالته العجماء قالت سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول
الشَّيخُ و الشَّيخةُ الزانيةُ إذا زنَيا فارجموهما البتَّةَ إذا زنيا فارجموهما بما قضيا من اللذةِ
Maksudnya: Berkata al-'Ajmaa', "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
الشَّيخُ و الشَّيخةُ الزانيةُ إذا زنَيا فارجموهما البتَّةَ إذا زنيا فارجموهما بما قضيا من اللذةِ
Orang tua lelaki dan perempuan kalau berzina, maka pastilah kamu merejam mereka disebab mereka telah memuaskan nafsu). (Hadits riwayat at-Thabaraani di dalam al-Mu'jamu al-Kabirj.24 m/s 350).
Hafiz Ibnu Hajar mengemukakan hadits ini di dalam at-Talkhis al-Habirj.4 m/s 51 dan al-Ishabah j.4 m/s 352 tanpa mempertikaikannya. Setelah al-Haitsami mengemukakannya di dalam Majma' az-Zawa'id j.6 m/s 265, beliau berkata, "Perawi-perawinya adalah perawi-perawi sahih."
Hadits ini jelas menunjukkan apa yang dianggap sebagai ayat rejam itu dinukilkan oleh al'Ajmaa', seorang sahabat perempuan Nabi s.a.w. sebagai sabda Baginda, bukan sebagai ayat alQur'an.
Kata-kata Saiyyidina 'Umar yang dinukilkan oleh Malik di dalam Muwatha' seperti telah dikemukakan sebelum ini bahawa:
...ثم قال:إيَّاكُم أنْ تَهلِكوا عن آيةِ الرجمِ، [وأن يقولَ قائلٌ:] لا نجِدُ حدَّيْنِ في كتابِ اللهِ، فقد رجم رسول اللهِ صلى الله عليه وسلم ورجمنا ، والذي نفسي بيده لولا أن يقول الناس زاد عمر نب الخطاب الله تعالى لكتبتها
الشَّيخُ و الشَّيخةُ فارجموهما البتَّةَ -فإنا قد قرأناها
Bermaksud: Kemudian beliau ('Umar) berkata: "Janganlah pula kamu binasa kerana ayat rejam. Jangan pula ada yang berkata: "Kami tidak dapati dua had (sebat dan rejam secara terperinci) di kitab Allah. Kerana Rasulullah s.a.w. telah melaksanakan hukuman rejam dan kami juga telah melaksanakann hukumannya. Demi Tuhan yang berada di tanganNya. Jikalau tidak kerana takut orang berkata : Umar telah menambahkan (sesuatu) di dalam Kitab Allah, niscaya aku menulisnya الشَّيخُ و الشَّيخةُ فارجموهما البتَّةَ
(Maksudnya: Orang tua lelaki dan perempuan, kamu rejamlah mereka secara pasti).
Kerana sesungguhnya kami memang telah membacanya."
Itu bukanlah bermaksud menulisnya sebahagian daripada al-Qur'an. Sebaliknya bermaksud sebagai tafsir secara terpisah daripada teks al-Qur'an.
Buktinya ialah atsar yang dikemukakan oleh Ahmad di dalam Musnadnya sebagai berikut:
ولولا أنْ يقولَ قائلونَ: زادَ عُمَرُ في كتابِ اللهِ عزَّ وجلَّ ما ليس منه، لَكتَبتُه في ناحيةٍ مِن المصحفِ
Bermaksud: Jikalau tidak kerana takut orang berkata, "'Umar telah menambahkan (sesuatu) di d21am Kitab Allah s.w.t., nisca>a aku menulisnya di tepi Mushaf." (Musnad Ahmad j. I m/s 296).
Tetapi isnad atsar ini dha'if kerana dha'if dua orang perawinya, iaitu 'Ali bin Zaid bin Jud'aan dan Yusuf bin Mihraan.
Kalau ia sememangnya sebahagian daripada ayat al-Qur'an, kenapa ia hendak ditulis di tepi oleh 'Umar?
Syeikh Abdul Muta'al al-Jabri di dalam bukunya "an-Nasikh al-Mansukh" menukilkan al-Qadhi Abu BakT al-Baqillani (m.403H) di dalam Kitabnya "al-Intishar Lil Qur'an" bahawa Umar dan lain-lain yang mendakwa adanya (ayat-ayat) al-Qur'an yang mansukh tilawah adalah riwayat-riwayat aahaad yang tidak boleh dijadikan pegangan." Ini bererti bagi beliau, apa yang disabitkan oleh hadits-hadits aahaad itu adalah tidak tsabit. (Lihat an-Nasikh Wa alNfansukh fit's 49).
Az-Zarkasyi (m.794H) di dalam al-Burhannya berkata, "Al-Qadhi Abu Bakr al-Baqillani di dalam Kitabnya —al-Intishaar" menyebutkan bahawa, "Sekumpulan ulama tidak menerima pembahagian ini (adanya ayat-ayat al-Qur'an yang mansukh tilawahnya sahaja, tidak hukumnya). Kerana hadits-hadits yang menyabitkannya adalah hadits-hadits aahaad. Kita tidak boleh berpegang (dan percaya) tentang turunnya al-Qur'an dan mansukhnya al-Qur'an dengan hadits-hadits aahaad yang tidak harus dijadikan hujah dalam perkara (seperti) ini" (Al-Burhaan Fi 'Ulum al-Quran j.2 m/s 40).
Abu 'Abdillah bin Zafar bin Muhammad as-Shiqli (rn.568H) juga menolak hadits 'Umar itu dengan kata beliau: "Hadits aahaad tidak menyabitkan al-Quran." (Lihat 'Abdul Mutzŕal al-Jabri - an-Nasikh Wa al-Mansukh m/s 49).
Abu Ishaq as-Syirazi (m.476H) di dalam al-Luma'nya menulis, "Sekumpulan ulama berkata: ''Tidak harus dinasakhkan tilawah di samping dikekalkan hukumnya. Kerana hukum mengikut tilawah. Maka tidak harus yang asal (tilawah) hilang dan yang mengikut pula kekal. (Lihat alLuma' Fi Usul al-Fiqh m/s 58).
Ă Allamah Rasyid Ridha berkata: ”Adapun dalil tentang berlakunya (mansukh tilawah ayat sahaja, tidak hukum yang terkandung di dalamnya) ialah beberapa riwayat daripada sahabat. Walaupun isnadnya disahihkan oleh tokoh seperti Bukhari, namun matannya tetap mengandungi kemusykilan seperti beberapa hadits lain di dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan selain keduanya. "
Beliau juga berkata: "Ringkas ceritanya ialah tidak ada satu pun hadits yang sahih sanadnya berhubung dengan perkara ini selain daripada kata-kata Umar berhubung dengan الشيخ والشيخة إذا زنيا . Dan ia (hanya) merupakan riwayat aahaad... Saya tidak menganggapnya sahih, walaupun ia diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. (Lihat as-Syeikh Muhammad Rasyid Ridha — Majallah al-Manaar j.7 m/s 612, Tamir Muhammad Mahmud Mutawalli - Manhaj asSyeikh Muhammad Rasyid Ridha Fi al-' Aqidah m/s 120).
Ayat الشيخ والشيخة إذا زنيا yang dikatakan sebagai ayat al-Qur'an yang tetapi dimansukhkan tilawahnya tetapi hukumnya tetap kekal itu jika diperhatikan dengan saksama niscaya akan kelihatan kepada anda kelemahan ertinya dan juga ketidaktetapan lafaznya. Di bawah ini dikemukakan beberapa versinya yang berbeda-beda menunjukkan ketidaktetapan lafaznya, dan ini secara tidak langsung membuktikan ia bukan al-Quran. Di dalam riwayat-riwayat ahli asSunnah sahaja terdapat 13 versinya. Di dalam riwayat-riwayat Syi'ah pula terdapat 12 versinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan