Asas(usul)Tafsir 17viii (04)
Beberapa Ayat-Ayat Al-Qur'an Yang Dimansukhkan Dengan hadits-hadits Ahad.
Golongan mutakkhirin yang menerima konsep nasakh ayat-ayat al-Qur'an menurut istilah mereka membahagikan ayat-ayat yang mansukh kepada beberapa bentuk berikut:
(i) Mansukh hukumnya sahaja, tidak tilawahnya.
(ii) Mansukh tilawahnya sahaja. tidak hukumnya.
(iii) Mansukh tilawah dan hukutnnya, kedua-dua sekali.
Walaupun ayat-ayat yang mansukh terbahagi kepada tiga bentuk ini, tetapi yang paling banyak antaranya berlaku dan terdapat di dalam al-Qur'an ialah yang pertama sahaja, iaitu ayat-ayat yang mansukh hukumnya sahaja, tidak tilawahnya. Bahagian inilah yang diterima oleh al-Imam Ibnu al-'Arabi dan Jalaluddin as-Suyuthi sebagai ayat-ayat yang menepati istilah nasakh menurut 'ulama' usul muta'akkhirin, meskipun mereka telah mengurangkan jumlahnya daripada lebih dua ratus ayat yang dikatakan mansukh kepada dua puluh sahaja. Daripada dua puluh itu, setelah diselidiki dan ditapis oleh al-Imam Shah Waliyyullah ad-Dehliwi. beliau hanya menerima lima sahaja sebagai mansukh yang menepati istilah mereka.
Yang kedua dan ketiga pada hakikatnya hanya ada pada sebutan sahaja. Kerana contoh yang dapat dikemukakan oleh mereka hanyalah satu atau dua sahaja untuknya.
Contoh yang dapat dikemuk'akan untuk bahagian (ii) iaitu ayat yang mansukh tilawahnya sahaja, tidak hukumnya hanya ada dua sahaja. ltulah yang disebut-sebut sebagai contoh oleh mana-mana pengarang pun yang menerima pembahagian tersebut. Mereka tidak mampu mengemukakan contoh lain selain itu. Sekarang mari kita lihat apakah ayat yang mansukh tilawahnya sahaja, tidak hukumnya itu:
Pertama:
حَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِرِ وَحَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى قَالَا حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ يَقُولُ قَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ وَهُوَ جَالِسٌ عَلَى مِنْبَرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
إِنَّ اللَّهَ بَعَثَ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْحَقِّ وَأَنْزَلَ عَلَيْهِ الْكِتَابَ فَكَانَ مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ آيَةُ الرَّجْمِ فَقَرَأْنَاهَا وَعَقَلْنَاهَا وَوَعَيْنَاهَا رَجَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَجَمْنَا بَعْدَهُ فَأَخْشَى إِنْ طَالَ بِالنَّاسِ زَمَانٌ أَنْ يَقُولَ قَائِلٌ وَاللَّهِ مَا نَجِدُ آيَةَ الرَّجْمِ فِي كِتَابِ اللَّهِ فَيَضِلُّوا بِتَرْكِ فَرِيضَةٍ أَنْزَلَهَا اللَّهُ وَالرَّجْمُ فِي كِتَابِ اللَّهِ حَقٌّ عَلَى مَنْ زَنَى إِذَا أُحْصِنَ مِنْ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ إِذَا قَامَتْ الْبَيِّنَةُ أَوْ كَانَ الْحَبَلُ أَوْ الِاعْتِرَافُ
Bermaksud: Ibnu Abbaas meriwayatkan, "Kata 'Umar ketika beliau berada di atas mimbar Rasulullah s.a.w.: "Sesungguhnya Allah telah mengutuskan Muhammad dengan sebenar. Allah menurunkan kepadanya al-Kitab. Termasuklah dalam apa yang diturunkan kepadanya ayat rejam. Kami pernah membacanya, menghafalnya dan memahaminya. Selepas itu Rasulullah s.a.w. melaksanakan hukuman rejam dan kami juga melaksanakan hukuman itu selepasnya (selepas kewafatannya). Aku takut lama kelamaan orang berkata, "Kita tidak mendapati hukuman rejam di dalam kitab Allah." Lalu sesatlah mereka dengan sebab tidak melaksanakan satu kewajiban yang diturunkan oleh Allah. Sesungguhnya hukuman rejam di dalam kitab Allah itu benar terhadap penzina muhshan, baik dari kalangan lelaki mahupun perempuan apabila terbukti (dengan penyaksian empat orang saksi) atau ada kehamilan atau ada pengakuan.
(Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ahmad, Ibnu Hibbaan, Tirmidzi, Daarimi dan lain-lain).
Demikianlah tersebut perkataan "ayat rejam" di dalam hadits ini tanpa teksnya. Teks ayat rejam hanya tersebut di dalam riwayat al-Isma'ili, an-Nasaa'i, al-Haakim dan lain-lain. Begini adanya:
الشَّيخُ والشَّيخةُ إِذَا زَنَيَا فارجُموهما البتَّةَ
Bermaksud; Orang tua lelaki dan perempuan, kalau berzina, maka rejamlah mereka secara pasti.
la dikemukakan juga oleh Malik di dalam Muwattha nya daripada Sa' id bin Musaiyyab secara mursal. Teksnya adalah seperti berikut:
إيَّاكُم أنْ تَهلِكوا عن آيةِ الرجمِ، [وأن يقولَ قائلٌ:] لا نجِدُ حدَّيْنِ في كتابِ اللهِ، فقد رأيتُ النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ قد رجَمَ، وقد رجَمْنا.والَّذي نَفْسي بيدِه
لولا أن يقول الناس زاد عمر بن الخطاب في كتاب الله تعالى ، لكتبتها : الشيخ والشيخة -الشَّيخُ والشَّيخةُ إِذَا زَنَيَا فارجُموهما البتَّةَ- فَإِنَّا قَدْ قَرَأْنَاهَا
Bermaksud:Kemudian beliau ('Umar) berkata: "Janganlah pula kamu binasa kerana ayat rejam. .Janganlah ada yang berkata "Kami tidak dapati dua had sebat dan rejam secara terperinci di dalam Kitab Allah." Kerana Rasulullah s.a.w. telah melaksanakan hukuman rejam dan kami juga telah melaksanakannya. Demi Tuhan yang nyawaku berada di tanganNya. Jikalau tidak kerana takut orang berkata, "Umar telah menambahkan (sesuatu) di dalam Kitab Allah,
niscaya aku menulisnya:
(Maksudnya: Orang tua lelaki dan perempuan pastilah kamu merejam mereka). Kerana sesungguhnya kami memang telah membacanya."
الشَّيخُ والشَّيخةُ فارجُموهما البتَّةَ
Tetapi tambahan teks ayat rejam di dalam riwayat Ibnu 'Abbaas tidak mahfuz. Kata Hafiz Ibnu Hajar di dalam Fathul Baari j.2 m/s 143: "Mungkin Bukhari sendiri yang telah membuangnya dengan sengaja. An-Nasaa'i telah mengemukakannya daripada Muhammad bin Manshur daripada Sufran, sama seperti riwayat Ja'far al-Firyabi di dalam riwayat al-Isma'ili dengan tambahan teks ayat rejam."
Kemudian Hafiz Ibnu Hajar berkata, "Aku tidak mengetahui ada sesiapa menyebutkan di dalam hadits ini teks ayat rejam: الشَّيخُ والشَّيخةُ itu selain Sufyan. Semestinya beliau telah waham dalam perkara ini. Bagi saya, sekian ramai para imam dan huffaaz hadits mengemukakan hadits ini melalui riwayat Malik, Yunus, Ma'mar, Saleh bin Kaisan, qail dan lain-lain daripada az-Zuhri. Tetapi tidak pula mereka menyebutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan