Rabu, Disember 14, 2022

Tafsir asas quran nota 9(302)252-279s 17viii(07)


Asas(usul)Tafsir  17viii (07)

Cuma satu perkara yang semestinya diterima oleh golongan yang menerima atsar 'Aaishah tersebut sebagai bukti tentang adanya apa yang dinamakan ayat yang mansukh tilawah dan hukumnya iaitu yang mengandungi bahagian yang dimansukhkan dan bahagian yang memansukhkan. Bahagian yang memansukhkan itu pula kemudiannya dimansukhkan oleh ayat lain!  عشر رضعات(sepuluh kali penyusuan) merupakan bahagian pertamanya. la dimansukhkan dengan yang خمس رضعات
yang  merupakan  bahagian keduanya. Bahagian keduanya yang merupakan naasikh bagi bahagian pertama pula kemudiannya dimansukhkan oleh ayat ke-23 Surah an-Nisaa' yang dikemukakan tadi. Bagaimana ayat ke-23 boleh memansukhkan bahagian kedua atsarAaishahs pada hal ia dikatakan ketika wafat Rasulullah s.a.w. masih lagi dibaca orang, Justeru mereka tidak mengetahui bahawa ia juga telah  dimansukhkan.  Bukan hukumnya, tilawahnya sahaja, Demikian kata sesetengah orang. Sebahagian yang lain pula mengatakan hukum dan tilawahnya, kedua-dua sekali dimansukhkan. Ia dimansukhkan oleh ayat ke-23 Surah an-Nisaa'. Siapa pula yang menceritakan ayat ke-23 Surah an-Nisaa' itu diturunkan kemudian lagi daripada bahagian kedua atsar 'Aaishah yang dipercayai sebagai yang dimansukhkan tilawahnya sahaja bukan hukumnya itu? Anda tidak akan temui jawapannya baik daripada al-Quran mahupun al-hadits!!

Zahir atsar itu menunjukkan bahawa lima kali penyusuan yang memansukhkan sepuluh kali penyusuan tidak dimansukhkan bukan sahaja hukumnya malah tilawahnya juga sehingga Rasulullah s.a.w. wafat. Kalau begitu siapa pula yang memansukhkan tilawahnya? Bukankah menurut orang-orang yang menerima konsep nasakh pun, al-Quran itu hanya boleh dimansukhkan selagi Rasulullah s.a.w, masih hidup sahaja? Bagaimana pula ia masih dibaca setelah Baginda meninggal dunia??

Jika diterima tambahan yang terdapat di penghujung hadits dan atsar itu, niscaya orang boleh bertanya, "Kenapa kita tidak dapati ayat itu di dalam Mushafal-Qur'an yang ada sekarang? Kalau ia memang al-Quran sepatutnya ia tertulis di dalam Mushaf. Kalau ia dahulunya memang pernah tertulis dan dipercayai sebagai al-Qur'an, siapa pula yang bertanggungjawab  membuangnya daripada al-Qur'an?

Sejak bila ia mulai terbuang daripada al-Qur'an? Apa buktinya? Adakah pula hadits yang menyatakan Nabi s,a.w. telah memansukhkannya sebelum kewafatan Baginda? Kalau ada, apa statusnya? Hadits itu boleh didapati di dalam kitab hadits mana? Dan sebagainya.

Bermacam-macam persoalan dan kemusykilan akan timbul apabila anda menerima atsar Aaishah jtu, khususnya bahagian akhirnya? Bukankah ia akan menimbulkan keraguan dan kesangsian manusia terhadap kemutawatiran al-Qur'an yang berada di tangan umat Islam hari ini?

Puncanya tidak lain dan tidak bukan melainkan kerana anda cuba membuktikan adanya apa yang anda istilahkan sebagai contoh al-Quran yang telah dimansukhkan tilawah dan hukumnya, kedua-dua sekali, atau hukumnya sahaja yang dimansukhkan tidak tilawahnya.

Walaupun ada 'ulama' cuba menta'wilkannya dengan mengatakan sebenarnya    
فَتُوُفِّىَ رَسُولٌ الله صلى الله عليه- وَهنَّ فِيمَا يُقْرَأْ مِنَ القُرْآنِ
                                 
(Setelah itu Rasulullah s.a.w. wafat, dalam keadaan ia termasuk dalam ayat al-Qur'an yang masih dibaca), itu semata-mata untuk menunjukkan ayat yang menyatakan penyusuan sebanyak lima kali masih terus dibaca sebagai al-Quran setelah kewafatan Nabi s.a.w. dan kemansukhannya berlaku hanya di saat-sa'at akhir kehidupan Rasulullah s.a.w sehingga terdapat sekian ramai sahabat tidak mengetahui mansukhnya.kerana itu mereka terus membacanya sebagai alquran ,walaupun selepas kewafatan Baginda. Setelah kewafatan Baginda baru mereka tahu  itu telah dimansukhkan tilawahnya sahaja tidak hukumnya melalui sahabat-sahabat ynng mengetahui tentangnya! Setelah mereka mengetahui tentang mansukhnya tidak lagi mereka membacanya sebagai al-Qur'an seperti orang-orang lain yang telah mengetahui tentangnya.

Adalah suatu yang cukup menghairankan apabila anda tidak nampak sebarang kekalutan dan kekecohan berlaku di kalangan sahabat walaupun ada ayat yang mereka baca dan hafal sekian lama dan mereka menerimanya secara mutawatir tiba-tiba dikatakan telah mansukh oleh seorang dua sahabat sahaja. Apakah semudah itu para sahabat menerima kemansukhan sesuatu ayat alQuran yang diterima mereka secara mutawatir? Sepatutnya kegemparan demi kegemparan berlaku sebaik mereka mendengar ada ayat tertentu dimansukhkan. Tentu sekali mereka heboh memperkatakannya. Tetapi semua itu tidak ada berlaku. Seolah-olahnya sudah ada pesanan Rasulullah s.a.w. kepada mereka, kalau ada seseorang memberitahu kepadamu tentang mansukhnya sesuatu ayat al-Qur'an, kamu terima sajalah cerita itu. Jangan sekali-kali diheboh-hebohkan!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan