Asas(usul) Tafsir 18 (09)
Beberapa Contoh Penyelewengan Tafsir Di Zaman Moden.
(a) Penyelewengan oleh golongan naturalis, rasionalis dan liberalis:
(1) Sir Syed Ahmad Khan dan orang-orang yang sependapat dengannya sama seperti golongan Mu'tazilah di zaman dahulu, tidak menerima mu'jizat para nabi dan rasul. Semua ayat-ayat yang menyatakan mu'jizat para nabi akan dita'wil mereka. Sir Syed Ahmad Khan misalnya menta'wilkan firman Allah yang memerintahkan Nabi Musa a.s. supaya memukul laut dengan tongkatnya, tidak kerana lain melainkan supaya ia tidak dianggap sebagai muîjizat Musa a.s.
Lihat firman Allah berkenaan di bawah ini:
Ash-Shu'ara' 26:63
فَأَوْحَيْنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنِ ٱضْرِب بِّعَصَاكَ ٱلْبَحْرَۖ فَٱنفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍ كَٱلطَّوْدِ ٱلْعَظِيمِ
Bermaksud: Lalu Kami wahyukan kepada (Nabi) Musa: "Pukullah laut itu dengan tongkatmu." (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu, lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar. (asy-Syu'araa':63).
Tongkat adalah satu daripada sembilan mu'jizat yang dikurniakan oleh Allah kepada Musa a.s. Salah satu tempat di mana terbukti tongkat Musa sebagai mu'jizatnya ialah apabila Allah memerintahkan Baginda supaya memukul laut dengannya. Itulah yang digambarkan oleh Allah di dalam ayat ke-63 Surah Asy-Syu'araa' di atas. Di dalam Surah Thaha juga terdapat firman Allah yang menggambarkan peristiwa yang sama, Lihat firman Allah berkenaan di bawah ini:
Ta Ha 20:77
وَلَقَدْ أَوْحَيْنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنْ أَسْرِ بِعِبَادِى فَٱضْرِبْ لَهُمْ طَرِيقًا فِى ٱلْبَحْرِ يَبَسًا لَّا تَخَٰفُ دَرَكًا وَلَا تَخْشَىٰ
Bermaksud: Dan demi sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada Musa: Pergilah engkau dengan membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam, kemudian sediakanlah untuk mereka jalan yang kering di laut itu; janganlah engkau bimbang daripada ditangkap oleh musuh pula engkau takut (tenggelam). (Thaha:77).
Kedua-dua firman Allah di atas jelas menunjukkan laut telah benar-benar terbelah setelah ia dipukul oleh Nabi Musa a.s. dengan tongkatnya. la betul-betul telah menjadi kering sebagai jalan untuk mereka melarikan diri daripada Firaun dan bala tenteranya yang mengejar mereka dari belakang.
Tetapi Sir Syed Ahmad Khan pula mentafsirkannya dengan mengatakan:
Maksudnya: "Pergilah ke laut itu dengan membawa tongkatmu. la telah pecah atau terbuka. Maksudnya ialah airnya sedang surut." (Tafsir Ahmadi m/s 152).
Menurut Sir Syed Ahmad Khan, tidak ada apa pun perkara ajaib dan luar biasa telah berlaku dalam peristiwa itu. Laut tidak terbelah kerana dipukul Musa dengan tongkatnya. Tidak ada apa-apa mu'jizat telah berlaku, sebaliknya apa yang berlaku ialah pada ketika itu air laut surut. Maka dapatlah Musa dan pengikut-pengikutnya menyeberangi laut. Setelah mereka semua telah naik di seberang sana laut, sampailah Firaun dan bala tenteranya. Tepat pada ketika mereka sedang berada di dalam laut yang surut airnya, tiba-tiba saja air pasang berlaku. Itulah yang menyebabkan Fir'aun dan bala tenteranya tenggelam dan mati lemas.
Paling tinggi pun bolehlah dikatakan Nabi Musa a.s. sebenarnya adalah seorang yang hebat dalam ilmu falak dan hai'at. Baginda telah mengetahui berdasarkan ilmunya bahawa pada waktu-waktu tertentu untuk beberapa ketika air laut menjadi surut. Dan pada ketika-ketika tertentu pula air pasang berlaku. Apa yang dilakukan oleh Baginda a.s. ialah membawa para pengikutnya menyeberangi laut tepat pada ketika air surut. Dan dalam jangka masa tertentu pula ia akan pasang. Seolah-olahnya Nabi Musa a.s. dengan bertindak begitu selain menyelamatkan diri dan pengikut-pengikutnya, Baginda juga sebenarnya memerangkap Firaun dan bala tenteranya dengan air pasang yang secara naturalnya akan berlaku beberapa ketika selepas selesainya fenomena air surut.
Bagi Sir Syed Ahmad Khan, segala-galanya telah berlaku secara natural. la sama sekali bukan sebagai mu'jizat. Kerana itulah Sir Syed Ahmad Khan dan orang-orang yang berpendapat demikian dipanggil sebagai golongan naturalis.
Tafsiran yang dibuat oleh Sir Syed Ahmad Khan itu sesungguhnya telah terpesong jauh daripada kehendak firman Allah yang sebenarnya. Tafsirannya melanggar terus qaedah bahasa Arab yang sepatutnya dipatuhi. Bagaimana boleh beliau mentafsirkan firman Allah: أن اضرب بعصاك البحر dengan "Pergilah ke laut itu dengan membawa tongkatmu"? Padahal siapa pun yang mengerti bahasa 'Arab tidak akan menterjemahkan اضرب di situ dengan erti pergilah.
Soalannya ialah kenapakah seorang cendikiawan seperti Sir Syed Ahmad Khan menterjemahkan begitu pula?
Jawabnya ialah kerana perkataan ضرب di dalam bahasa 'Arab adakalanya dipakai dengan erti pergi atau berjalan. Perkataan ب pada بعصاك pula dipakainya sebagai yang memberi makna تعدية . la tidak dipakai beliau sebagai ب yang memberi erti إستعانة. Itulah ta'wilannya.
Apakah maksudnya di sebalik ta'wilan itu? Jawabnya ialah supaya tidak kelihatan tongkat Musa itu sebagai mu'jizatnya. Sedangkan ia bercanggah dengan tafsiran yang disepakati para 'ulama' dari zaman Salaf hingga ke zaman kita sekarang. Semua orang lain menterjemahkan firman Allah itu dengan: "Pukullah laut itu dengan tongkatmu." Anda mungkin tertanya-tanya, kenapa pula semua orang menterjemahkan begitu? Tak bolehkah mereka menerima terjemahan yang dikemukakan oleh Sir Syed Ahmad Khan itu? Apa salahnya kalau kita bertolak ansur dengannya?!
Jawabnya ialah memang benar perkataan ضرب di dalam bahasa 'Arab adakalanya dipakai dengan erti pergi atau berjalan. Tetapi ia dipakai dengan erti itu apabila ada selepasnya perkataan في. Allah sendiri menggunakan perkataan في tersebut dengan selepasnya pada enam tempat di dalam al-Qur'an. Sebagai contohnya lihat saja tiga firman Allah di bawah ini:
(1) Allah berfirman di dalam Surah an-Nisaa':
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا ضَرَبْتُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَتَبَيَّنُوا۟
Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) di jalan Allah, maka telitilah ..
(an-Nisaa':94).
An-Nisa' 4:94
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا ضَرَبْتُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَتَبَيَّنُوا۟ وَلَا تَقُولُوا۟ لِمَنْ أَلْقَىٰٓ إِلَيْكُمُ ٱلسَّلَٰمَ لَسْتَ مُؤْمِنًا تَبْتَغُونَ عَرَضَ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا فَعِندَ ٱللَّهِ مَغَانِمُ كَثِيرَةٌۚ كَذَٰلِكَ كُنتُم مِّن قَبْلُ فَمَنَّ ٱللَّهُ عَلَيْكُمْ فَتَبَيَّنُوٓا۟ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu pergi (berperang) di jalan Allah, maka telitilah (carilah keterangan) dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang mengucapkan ”salam” kepadamu, ”Kamu bukan seorang yang beriman,” (lalu kamu membunuhnya), dengan maksud mencari harta benda kehidupan dunia, padahal di sisi Allah ada harta yang banyak. Begitu jugalah keadaan kamu dahulu, lalu Allah memberikan nikmat-Nya kepadamu, maka telitilah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan.
(2) Di dalam Surah an-Nisaa' juga Allah berfirman:
An-Nisa' 4:101
وَإِذَا [ضَرَبْتُمْ فِى] ٱلْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَقْصُرُوا۟ مِنَ ٱلصَّلَوٰةِ إِنْ خِفْتُمْ أَن يَفْتِنَكُمُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ۚ إِنَّ ٱلْكَٰفِرِينَ كَانُوا۟ لَكُمْ عَدُوًّا مُّبِينًا
Bermaksud: Dan apabila[ kamu bepergian] di muka bumi, maka tidaklah mengapa kamu menqashar sembahyang(mu), jika kamu takut diserang orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang nyata bagimu. (an-Nisaa':101).
(3) Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah:
لِلْفُقَرَآءِ ٱلَّذِينَ أُحْصِرُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ لَا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِى ٱلْأَرْضِ
Bermaksud: (Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allalr, mereka tidak dapat mengembara di bumi (untuk berniaga dan sebagainya)• (al-Baqarah:273).
Al-Baqarah 2:273
لِلْفُقَرَآءِ ٱلَّذِينَ أُحْصِرُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ لَا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِى ٱلْأَرْضِ يَحْسَبُهُمُ ٱلْجَاهِلُ أَغْنِيَآءَ مِنَ ٱلتَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُم بِسِيمَٰهُمْ لَا يَسْـَٔلُونَ ٱلنَّاسَ إِلْحَافًاۗ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ
(Apa yang kamu infakkan) adalah untuk orang-orang fakir yang terhalang (usahanya karena jihad) di jalan Allah, sehingga dia yang tidak dapat berusaha di bumi; (orang lain) yang tidak tahu, menyangka bahwa mereka adalah orang-orang kaya karena mereka menjaga diri (dari meminta-minta). Engkau (Muhammad) mengenal mereka dari ciri-cirinya, mereka tidak meminta secara paksa kepada orang lain. Apa pun harta yang baik yang kamu infakkan, sungguh, Allah Maha Mengetahui.
Ash-Shu'ara' 26:63
فَأَوْحَيْنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنِ ٱضْرِب بِّعَصَاكَ ٱلْبَحْرَۖ فَٱنفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍ كَٱلطَّوْدِ ٱلْعَظِيمِ
Lalu Kami wahyukan kepada Musa, “Pukullah laut itu dengan tongkatmu.” Maka terbelahlah lautan itu, dan setiap belahan seperti gunung yang besar.
Di dalam ketiga-tiga firman Allah di atas terbukti perkataan ضرب dipakai dengan erti pergi, berjalan dan sebagainya. Ini kerana selepasnya ada perkataan في. Adapun dalam keadaan tidak ada selepasnya, maka tidaklah ia boleh dipakai dengan erti-erti itu. Perkataan sahaja pada asalnya dan pada kebiasaannya memberi erti pukul. Jika dilihat kepada firman Allah di dalam ayat ke-63 Surah asy-Syuaraa' yang dikemukakan tadi, selepas perkataan ضرب tidak ada perkataan في, maka sepatutnya tidak bolehlah ia dipakai dengan erti pergi atau berjalan dan sebagainya. Malah ia semestinya dipakai dengan erti pukul. Itulah sebabnya umat sejak zaman Sahabat hingga sekarang memakai perkataan ضرب di situ dengan erti pukul.
Sir Ahmad Khan dalam mempertahankan pendapatnya mengatakan , walaupun tidak ada perkataan في disitu, ia tetap boleh ditaqdirkan . Kerana perkataan ضرب disitu tetap boleh dipakai dengan erti pergi.
Dalam menolak tafsiran Sir Syed Ahmad Khan itu para ulama' kita juga telah mengemukakan beberapa hujah lain.
Antaranya ialah perkataan ف pada فانفلق itu semestinya ditentukan sebagai ف apa? Bagi jumhur mufassirin, ف itu adalah فاء الفصيحة . Kalau mengikut tafsiran Sir Syed Ahmad khan, itu tidak jelas telah dipakai oleh beliau sebagai ف apa, Mari sekali lagi kita lihat bagaimana beliau menterjemahkannya: "Pergilah ke laut itu dengan membawa tongkatmu. Ia telah terbuka. Maksudnya ialah airnya sedang surut." (Tafsir Ahmadi m/s 152).
Jelas sekali ma'na ف diabaikan terus dalam terjemahan itu. Lihatlah bahagian yang bergaris pada terjemahan yang diberikan di atas. la seolah-olahnya menterjemahkan perkataan semata-mata tanpa ف . Padahal tentu sekali tidak sia-sia Allah meletakkan perkataan itu di permulaan perkataan إنفلق. Cuba lihat pula bagaimana terjemahan yang penulis kemukakan bagi ayat berkenaan:
"Lalu Kami wahyukan kepada (Nabi) Musa: "Pukullah laut itu dengan tongkatmu." (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu, lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar."
Air laut tidak terbelah dengan semata-mata Allah memerintah Musa supaya memukulnya, malah ia terbelah setelah dipukul oleh Musa yang menurut perintah Allah. Setelah dipukul oleh Musa, barulah ia terbelah. Ini menunjukkan keadaan terbelah itu berlaku atau terhasil daripada pukulan Musa yang menurut perintah Allah .
Itulah bererti yang ditunjuki perkataan فاء الفصيحة .Ini kerana فاء الفصية itu pada hakikatnya adalah فاء yang athaf kepada sesuatu yang ditaqdirkan وتسمى الفاء العاطفة. .... ( على مقدر فاء الفصيحة). Dan ia bertindak menjelaskan kesan daripada apa yang ditaqdirkan. Dalam konteks firman Allah dalam ayat ke 63 Surah asy-Syu'araa' berkenaan, setelah Allah berfirman:
Ash-Shu'ara' 26:63
فَأَوْحَيْنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنِ ٱضْرِب بِّعَصَاكَ ٱلْبَحْرَۖ فَٱنفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍ كَٱلطَّوْدِ ٱلْعَظِيمِ
Lalu Kami wahyukan kepada Musa, “Pukullah laut itu dengan tongkatmu.” Maka terbelahlah lautan itu, dan setiap belahan seperti gunung yang besar.
Sebenarnya terdapat satu fi' il yang mahzuf dan ditaqdirkan selepasnya. la ditaqdirkan sebelum perkataan فانفلق . Fi'il yang ditaqdirkan itu ialah فضرب lalu menyusul selepasnya perkataan فانفلق Jika dii'raab, maka dikatakan begini:
فضرب- الفاء عاطفة . ضرب معطوف على أوحينا .فانفلق. الفء فاء الفصيحة وهي عاطفة عللى ضرب المحذوف المقدر
Soalnya kenapakah فضرب dibuang dan ditaqdirkan saja di dalam ayat itu?
Jawabnya ialah kerana menurut satu qaedah yang lain pula, iaitu:
تختص الفاء والواو بجواز حذفهما مع معطوفهما لدليل
(antara khususiah fa' dan wau ialah kedua-duanya harus dibuang bersama ma'thufnya dalam keadaan ada dalil). (Lihat Ibnu Hisyam- Audhahu al-Masalik Ila Alfiyyah lbni Malik j.3 m/s 358).
Tafsiran Sir Syed Ahmad Khan itu menyalahi qaedah kerana terbelahnya laut itu merupakan hasil atau kesan daripada pukulan tongkat yang dikurniakan kepada Musa a.s. sebagai mukjizatnya. la bukan hasil atau kesan daripada semata-mata perginya Musa ke tepi laut!
Menurut tafsiran Sir Syed Ahmad Khan, Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya dapat menyeberangi laut Qulzum (laut merah) kerana kebetulan pada ketika mereka sampai ke tepi laut, tiba-tiba berlaku fenomena air surut. Dan ketika Fir'aun dan bala tenteranya melalui laut itu pula, tiba-tiba berlaku pula fenomena air pasang. Itu tidak lebih daripada tekaan dan andaian sematamata. Sedangkan menurut tafsiran kesemua mufassiriin yang lain pula fenomena pasang surut air itu tidak ada berlaku sama sekali. Kerana ayat yang sama menjelaskan bahawa setelah Musa memukul laut, "maka terbelahlah laut itu, lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar". Apa ertinya "menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar", kalau pada ketika itu berlaku fenomena air surut?! Pada ketika air surut, andaikan saja tiap-tiap bahagian yang terbelah itu membeku sekali pun, namun ia tidak akan meninggi seperti gunung yang besar. Berbeda keadaannya kalau tidak diandaikan air laut surut. Kerana keadaan air laut yang besar, apabila terbelah dan membeku, tentu sekali akan menjadi seperti gunung yang besar. Itu adalah suatu yang masuk akal.
Selain itu firman Allah di dalam ayat ke-77 Surah Thaha juga menolak teori Sir Syed Ahmad Khan itu. Kerana Allah dengan terang menyebutkan jalan yang kering di laut. Pada ketika air surut laut tetap tidak kering, cuma airnya sahaja berkurang dan menjadi cetek. Dan kalau diandaikan betul-betul kering pula, maka apakah ertinya Allah berfirman di akhir ayat itu bahawa "jangan pula engkau takut (tenggelam)". Bagaimana orang akan takut tenggelam kalau kawasan di sekelilingnya semuanya kering? Berbeda kedaaannya kalau anda mengatakan yang kering ialah sebahagian daripada laut yang terbelah setelah dipukul oleh Nabi Musa a.s. dengan tongkatnya. Itulah yang menjadi jalan yang dilalui mereka di dalam laut. Sementara di kiri kanan mereka air laut membeku dan ia terangkat tinggi seperti gunung yang besar.
Firman Allah di dalam ayat ke-50 Surah al-Baqarah juga menyokong terbelahnya laut untuk Bani Israil, terselamatnya mereka dan tenggelamnya Fir'aun bersama bala tenteranya itu merupakan salah satu nikmat Allah untuk mereka melalui mukjizat yang dikurniakanNya kepada Musa. Lihat ayat berkenaan di bawah ini:
Al-Baqarah 2:50
وَإِذْ فَرَقْنَا بِكُمُ ٱلْبَحْرَ فَأَنجَيْنَٰكُمْ وَأَغْرَقْنَآ ءَالَ فِرْعَوْنَ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ
Bermaksud: Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Fir'aun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama bala tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya. (al-Baqarah:50).
Apalah yang istimewa sangat fenomena pasang surut air laut itu kepada Bani Israil, sehingga ia perlu diungkit sebegitu rupa oleh Allah! Kerana bukankah ia hanya satu fenomena biasa sahaja? Tiada siapa pun terkecuali untuk mendapatkannya, termasuk Fir'aun dan bala tenteranya sekalipun. Mereka juga tentu sekali mengetahui tentang fenomena itu. Tidak masuk akal kalau dikatakan tiada seorang pun di kalangan mereka mengetahui tentang waktu pasang dan surut air laut yang berada di bawah kekuasaan mereka!!
Dengan mentafsirkan begitu barulah bersesuaian kesemua firman Allah s.w.t. dan barulah tidak berlaku pecanggahan dengan qaedah bahasa 'Arab seperti telah disebutkan sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan