Isnin, Disember 12, 2022

Tafsir asas quran nota 9(302)279-311s 18(11)



Asas(usul) Tafsir 18 (11)

(3) Bukan sahaja mu'jizat Nabi Sulaiman a.s. yang dinafikan dan dita'wil oleh pengarang tafsir Al-Hidayah Wa al-'lrfaan, mukjizat ayahandanya iaitu Nabi Daud a.s. juga dinafi dan dita'wilnya. Walaupun takwilannya bercanggah dengan hadits-hadits Rasulullah s.a.w. bahasa 'Arab dan akal yang waras, bahkan walaupun bercanggah dengan al-Qur'an al-Karim sendiri'.

Lihat sebagai contohnya mukjizat Nabi Daud yang tersebut di dalam firman Allah di bawah ini:
وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُۥدَ ٱلْجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَٱلطَّيْرَۚ وَكُنَّا فَٰعِلِينَ 
Bermaksud: ..dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. Dan kamilah yang melakukannya. (al-Anbiyaa':79).

Al-Anbiya 21:79
فَفَهَّمْنَٰهَا سُلَيْمَٰنَۚ وَكُلًّا ءَاتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًاۚ وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُۥدَ ٱلْجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَٱلطَّيْرَۚ وَكُنَّا فَٰعِلِينَ 
Dan Kami memberikan pengertian kepada Sulaiman (tentang hukum yang lebih tepat); dan kepada masing-masing Kami berikan hikmah dan ilmu, dan Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Dawud. Dan Kamilah yang melakukannya.

Ayat ini menyatakan salah satu daripada kurniaan Allah berupa mu'jizat kepada Nabi Daud a.s. ialah gunung-ganang dan unggas turut bertasbih bersamanya.

Muhammad Abu Zaid pula menta'wil ma'na tasbih yang tersebut di dalam ayat di atas dengan katanya: "la bererti gunung-gunung mengeluarkan logam-logam yang ada di dalamnya untuk kemudahan Daud membuat senjata dan peralatan perang.” (Al-Hidayah Wa al-' Irfaan mis 257).

Perkataan  الطير di dalam ayat itu yang menurut bahasa 'Arab bererti burung-burung dita'wilnya dengan berkata; "Perkataan digunakan untuk yang bersayap dan setiap yang laju perjalanannya, sama ada berupa kuda. kereta api atau kapal terbang.” (ibid m/s 257).

Soalnya ialah kenapa pengarang tafsir itu begitu beria-ia menta'wil makna tasbih haqiqi (sebenar) kepada ma'na lain yang langsung tidak ada qarinah (bukti) yang memalingkannya daripada ma'na sebenarnya kepada makna-makna lain? Jawapannya mudah saja, kerana pengarangnya tidak menerima konsep mukjizat para nabi dan rasul. Kalau terdapat di dalam mana-mana ayat sesuatu yang menunjukkan keajaiban mereka, cepat-cepatlah dia berusaha menyembunyikannya daripada pandangan orang ramai.

Kalaulah makna tasbih gunung-gunung di dalam ayat itu betul-betul seperti yang dikatakan oleh pengarang tafsir tersebut, maka apakah keistimewaan Nabi Daud sehingga ia disebut oleh Allah sebagai kurniaanNya? Bukankah sekalian nłanusia dari dahulu hingga ke hari ini mengeluarkan pelbagai logam daripada perut bumi termasuk daripada gunung-gunung? Apa yang peliknya kalau Nabi Daud juga seperti orang-orang lain mengeluarkan logam daripada gunung-gunung atau daripada perut bumi?

Kalau dikatäkan pula apa  yang berlaku kepada Nabi Daud berbeza sekali daripada apa yang berlaku kepada orang-orang Iain, kerana gunung-gunung atau perut bumi sendiri yang mengeluarkan logam-logam untuk kemudahannya. Adapun orang-orang Iain, maka mereka perlu berusaha keras untuk mengeluarkannya!

Ya. jika diterima begitu pun, tidakkah itu sudah merupakan suatu keajaiban juga? la sebenarnya tidak kurang daripada mukjizat tasbih sebenar oleh gunung-gunung yang cuba dinafikankan oleh pengarang.

Dan apa tujuan memalingkan الطير yang kepada ma'na- makna yang lain? Apakah yang bersayap dan setiap yang laju  perjalananya seperti kuda, kereta api atau kapal terbang juga turut bertasbih bersama Nabi Daud? Tidak dapat dipastikan maksudnya menyebutkan semua yang tersebut di bawah perkataan (burung-burung)? Apakah di zaman Nabi Daud sudah  ada kereta api dan kapal terbang menurut pengarang tafsir tersebuť?

Sedangkan menurut ahli tatsir Ahlu as-Sunnah Wa al-Jamaah dari dahulu hingga sekarang, perkataan tasbih di dalam itu sememangnya digunakan dalam makna sebenarnya atau makna haqiqinya. Cuma kita manusia saja yang tidak faham dan tidak mengerti cara dan kaifiat tasbih makhluk yang Iain termasuk gunung-gunung dan burung-burung itu.  Adapun pada  hakikatnya maka semuanya bertasbih. Itulah seharusnya diterima oleh orang Islam. Sebabnya  ialah alQuran sendiri di tempat Iain menyebutkan begitu. Lihat firman Allah ini:

Al-Isra' 17:44
تُسَبِّحُ لَهُ ٱلسَّمَٰوَٰتُ ٱلسَّبْعُ وَٱلْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّۚ وَإِن مِّن شَىْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِۦ وَلَٰكِن لَّا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْۗ إِنَّهُۥ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا 
Maksudnya: Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatu apa pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun. (al-Israa:44),

Firman Allah di dalam ayat ke-79 Surah al-Anbiyaa' itu bukanlah suatu yang asing sebagai mukjizat daripada Allah kepada Nabi Daud. Allah juga telah menyatakan perkara yang sama pada dua tempat yang Iain lagi di dalam al-Qur'an. Jika Muhamad Abu Zaid betul-betul ikhlas mahu mentafsirkan al-Qur'an dengan al-Quran maka dia sepatutnya tidak mengabaikan semua ayat-ayat ini. Lihat firman Allah yang dimaksudkan itu di bawah ini:
Saba' 34:10
وَلَقَدْ ءَاتَيْنَا دَاوُۥدَ مِنَّا فَضْلًاۖ يَٰجِبَالُ أَوِّبِى مَعَهُۥ وَٱلطَّيْرَۖ وَأَلَنَّا لَهُ ٱلْحَدِيدَ 
Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): ''Hai gunung- gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud", dan Kami telah melembutkan besi untuknya, (Saba': 10)..

Sad 38:17 ٱصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَٱذْكُرْ عَبْدَنَا دَاوُۥدَ ذَا ٱلْأَيْدِۖ إِنَّهُۥٓ أَوَّابٌ 
Sad 38:18 إِنَّا سَخَّرْنَا ٱلْجِبَالَ مَعَهُۥ يُسَبِّحْنَ بِٱلْعَشِىِّ وَٱلْإِشْرَاقِ 
Sad 38:19 وَٱلطَّيْرَ مَحْشُورَةًۖ كُلٌّ لَّهُۥٓ أَوَّابٌ 
Maksudnya: Bersabarlah (wahai Muhammad) atas segala apa yang mereka katakan; dan ingatlah hamba Kami Daud yang mempunyai kekuatan; sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhan).(17)
Sesungguhnya Kami menundukkan gunung-gunung untuk bertasbih bersamanya di waktu petang dan ketika terbit matahari.(18)
dan (Kami tundukkan pula) burung-burung dalam keadaan terkumpul (untuk bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya).Masing-masingnya amat taat kepada Allah(19).
(Shaad:17-19).

Hafiz İbnu Katsir di dalam tafsirnya berkata, "Sebabnya gunung-gunung dan burung-burung turut bertasbih bersama Nabi Daud ialah kerana kemerduan suaranya ketika membaca Kitab Zabur. Apabila Daud membacanya dengan berlagu, terhentilah burung-burung di udara dan gununggunung juga turut menyahut." (Tafsir İbnu Katsir j.5 m/s 352). Kemerduan şuara Nabi Daud a.s. yang luar biasa itulah sebenamya merupakan mu'jizat kurniaan Allah kepadanya yang mendorong gunung-gunung dan burung-burung turut bertasbih bersamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan