Asas(usul) 18(12)
(4) Muhammad Abu Zaid juga kerana begitu kagum dengan barat yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis telah menghalalkan riba dalam peratusan yang rendah. Riba yang haram baginya ialah riba yang peratusannya terlalu tinggi (الربا الفاحش) sehingga membebankan pengguna. Tidak pula beliau menentukan had peratusan yang dikatakan tinggi atau rendah bagi sesuatu muamalah riba yang berlaku. Bagi beliau, ia dapat ditentukan oleh uruf (realiti hidup) semasa dan setempat. Berdasarkan pendapatnya itu, riba di sesuatu tempat mungkin haram, sedangkan pada masa yang sama ia halal di tempat lain. Untuk itü ketika mentafsirkan firman Allah berikut:
Aali 'Imraan 3:130
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَأْكُلُوا۟ ٱلرِّبَوٰٓا۟ أَضْعَٰفًا مُّضَٰعَفَةًۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya.
(Aali 'Imraan: 130).
Muhammad Abu Zaid berpendapat, "Riba yang diharamkan oleh Allah melalui firmanNya ini ialah riba yang berlipat ganda atau yang terlalu tinggi peratusannya. Masing-masing bangsa dapat menentukan kadar ketinggian yang melampau itu menurut 'urufnya."
Jika diandaikan sesuatu bangsa atau kaum menganggap kadar riba yang melebihi 20% terlalu tinggi, sedangkan bangsa atau kaum yang Iain pula menganggap kadar riba yang melebihi 15% sahaja pun sudah terlalu tinggi, maka ertinya kadar riba daripada 16% hingga 20% haram di sisi sesetengah umat Islam, sementara di sisi yang Iain pula masih halal!!
Sebenarnya ayat ke-130 Surah Aali 'Imraan itu tidaklah bermaksud melarang hanya riba yang berlipat ganda atau yang terlalu tinggi peratusannya sahaja. Allah s.w.t. tidak menyebut أضعافا مضاعفة (berlipat ganda) di dalam ayat itu sebagai qaid (syarat dan penentu) bagi larangannya, dengan erti kalau sedikit tidak mengapa, kalau berlipat ganda sahaja barulah dilarang dan diharamkan. Apa yang dimaksudkan di situ hanya menggambarkan kebiasaan amalan riba dalam masyarakat 'Arab dan Iain-lain pada ketika itu sahaja. Betapa teruk dan jeliknya riba dalam amalaň mereka. Áýat itu sesungguhnya datang untuk menyatakan riba bagaimana pun keadaannya, sedikit atau pun banyak adalah suatu yang jelik. Lebih-lebih lagilah jeliknya apabila bunga yang dikenakan dari awal lagi sudah berlipat ganda. Kalau tidak begitu pun, memanglah tabi'at riba itu berlipat ganda dan semakin meningkat apabila hutang semakin lama tidak dibayar.
Begitulah ma'na dan tafsiran ayat berkenaan disebutkan oleh pengarang-pengarang tafsir yang muktabar di sepanjang zaman. Untuk rujukan sila lihat misalnya Tafsir as-Syaukani, Fathul Qadir j.1 m/s 380-381, Tafsir al-Qasimi j.2 m/s 227, Tafsir Sayyid Qutb, Fi Zilal al-Qur'an j. 1 m/s 473, Tafsir Syeikh Mahmud Syaltut, Tafsir al-Quran al-Karim m/s 150-151. Dan Iain-lain.
Pada hakikatnya, di dalam tafsir Muhammad Abu Zaid dan orang-orang sepertinya, hadits-hadits Rasulullah s.a.w. langsung tiada tempatnya. Beliau langsung tidak mempedulikan hadits Rasulullah s.a.w. yang mengharamkan riba, sama ada banyak atau sedikit. Itulah yang dapat anda lihat di dalam tafsirnya. Tidak pernah dia mengambil kira hadits-hadits Rasulullah s.a.w, ketika mentafsirkan mana-mana ayat, al-Qur'an. Anda juga dapat merasakan betapa penyelewengan boleh berlaku apabila hadits-hadits Rasulullah s.a.w. diketepikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan