Asas(usul) tafsir 19 (02)
Kesan Buruk Riwayat-Riwayat Israiliyyat Dalam Tafsir.
Dr Muhammad Husain az-Zahabi menulis, "Riwayat-riwayat Israiliyyat yang diambil oleh ahli-ahli tafsir daripada Ahlil Kitab untuk mentafsirkan al-Qur'an itu telah meninggalkan kesan buruk dalam tafsir. Mereka tidak berpada dengan apa yang dinyatakan oleh para sahabat sahaja, malah menambahkan ke dalamnya riwayat-riwayat Israiliyyat tanpa mengambil kira sama ada ia benar atau dusta. Di dalam kitab-kita tafsir jenis ini bukan sahaja terdapat riwayat-riwayat Israiliyyat, malah terdapat juga banyak kisah-kisah khayalan dan rekaan. la membuatkan pembacanya (yang kritis) tidak mahu lagi menerima segala apa yang tersebut di dalamnya, kerana pada anggapannya, semuanya sama saja mengarutnya. Sesungguhnya pengarang-pengarang tafsir yang banyak mengemukakan riwayat-riwayat Israiliyyat di dalam tafsirnya itu telah menabur duri-duri di jalan orang-orang yang betul-betul hendak mempelajari tafsir."
(Lihat at-Tafsir Wa al-Mufassirun j.1m/s 178-179).
Hukum Menerima Dan Memakai Riwayat Israiliyyat.
Setelah mengemukakan latar belakang sejarah bagi kewujudan riwayat-riwayat Israiliyyat dalam masyarakat Islam, sekarang mari pula kita melihat apa hukumnya menurut para 'ulama' kita dan apakah asas yang digunakan oleh mereka untuk penentuan hukum mengenainya.
Jika diperhatikan kepada sabda-sabda Rasulullah s.a.w.. anda akan dapati tiga macam hadits berkenaan dengan riwayat-riwayat Israiliyyat. Di bawah ini dikemukakan tiga contoh daripada hadits-hadits Rasulullah s.a.w. mengenainya:
(1)عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا حَرَجَ وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
Maksudnya: Abdullah bin 'Amar bin al-Aash meriwayatkan bahawa Nabi sa.w. bersabda: "Sampaikanlah daripadaku walaupun hanya satu ayat. Dan berceritalah daripada Bani Israil, tidak mengapa. Sesiapa berdusta atas namaku. bererti dia telah menyiapkan tempatnya di neraka.”
(hadits riwayat Bukhari, Tirmidzi, Ahmad, Daarimi, Ibnu Abi Syaibah dan lain-lain).
(2) عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ كَانَ أَهْلُ الْكِتَابِ يَقْرَءُونَ التَّوْرَاةَ بِالْعِبْرَانِيَّةِ وَيُفَسِّرُونَهَا بِالْعَرَبِيَّةِ لِأَهْلِ الْإِسْلَامِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُصَدِّقُوا أَهْلَ الْكِتَابِ وَلَا تُكَذِّبُوهُمْ وَقُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ الْآيَةَ
Maksudnya: Abu Hurairah meriwayatkan, katanya, "Dahulu Ahlul Kitab membaca Kitab Taurat dengan bahasa 'Ibrani dan mereka mentafsirkannya dengan bahasa Arab untuk orang-orang Islam, Maka Rasulullah s,a.w. bersabda: "Jangan kamu benarkan Ahlul Kitab dan pula kamu dustakan mereka. Katakan saja, (mengikut apa yang terdapat di dałam al-Qur'an): "Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami dan apa yang diturunkan kepada kamu..,hingga ke akhir ayat.”
(Hadits riwayat al-Bukhari, an-Nasaa'i, al-Baihaqi dan alBaznar).
(3)عن جابرِ بنِ عبدِ الله ، أنَّ عمرَ بنَ الخطابِ أتى النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ بكتابٍ أصابه من بعضِ أهلِ الكتابِ فقرأه على النبيِّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ قال فغضب وقال أتَتَهوَّكون فيها يا ابنَ الخطابِ والذي نفسي بيدِه لقد جئتُكم بها بيضاءَ نقيَّةً لا تسألوهم عن شيءٍ فيخبرونكم بحقٍّ فتكذبونَه أو بباطلٍ فتُصدِّقونه والذي نفسي بيدِه لو أنَّ موسى كان حيًّا ما وسِعَه إلا أن يَتبَعني
Maksudnya: Jabir bin 'Abdillah meriwayatkan bahawa pernah 'Umar bin al-Khatthaab membawa kepada Nabi s.a.w. sebuah kitab yang diperolehinya daripada salah seorang Ahlil Kitab. Lalu beliau membacanya di hadapan Baginda. Maka marahlah Nabi s.a.w. sambil Baginda bersabda kepadanya, "Apakah kamu akan terjebak ke dalamnya wahai anak al khatthaab? Demi Tuhan yang nyawaku berada di tanganNya, sesungguhnyn aku telah membawa kepadamu agama ini dalam keadaan putih bersih. Jangan kamu tanya mereka tentang apa-apa, jangan sampai mereka ceritakan sesuatu kebenaran, tetapi kamu mendustakannya. Atau mereka ceritakan sesuatu yang batil (karut), tetapi kamu pula membenarkannya! Demi Tuhan yang nyawanya berada di tanganNya, andaikata (Nabi) Musa masih hidup sekarang. tak dapat tidak, dia mesti juga mengikut aku"
(Hadits riwayat Ahmad, Ibnu Abi Synibah, al-Bazzaar. al-Baihaqi dan Ibnu Abi Aashim di dalam as-Sunnah).
'Tetapi menurut para 'ulama' hadits, hadits ini dhaif kerana di dalam isnadnya ada Mujalid, seorang perawi dhaîif'. Ahmad, Yahya bin Masin dan ad-Daaraquthni adalah antara tokoh hadits yang mendhaifkannya. Menurut sesetengah ulamak paling tinggi pun ia bertaraf hasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan