Asas(usul) tafsir 20 (1)
(20) Bercermat Dalam Tafsir AI-Qur'an Menggunakan Sains Moden.
Usul ke-20 ialah Bercermat Dalam Mentafsir Al-Qur'an Menggunakan Sains Moden.
(الاحتياط في تفسر القرآن عل ضوء الجديد)
Terdapat ramai sekali pentafsir al-Qur'an di zaman moden ini berkata. "Firman Allah ini tepat sekali dengan penemuan sains moden hari ini". Ramai juga yang berkata, "Penemuan sains yang telah terbukti benar juga menyokong apa yang disebut Allah dalam ayat ini”. Maksud mereka İalah menunjukkan bahawa tidak adanya percanggahan di antara al-Quran yang memang benar dan sains yang telah terbukti dan diakui kebenarannya.
Al-Qur'an adalah kalam Allah. la mengandungi hakikat yang abadi. Sementara sains pula tidak lebih daripada satu usaha kerdil manusia untuk mengetahui dan memahami hakikat alam di sekelilingnya, lalü mengambil sebanyak mungkin faedah daripadanya. Sains boleh berubah. malah sentiasa berubah. Al-Qur'an pula tidak pernah berubah dan tidak akan berubah. Tidak ada satu pun ayat al-Qur'an yang lapuk sehingga ia layak ditinggalkan.
Perlu sekali disedari bahawa Al-Qur'an itü bukan sebuah kitab ilmu sains. Al-Qur'an adalah kitab yang memberikan petunjuk kebenaran kepada umat manusia, baik dalam bentuk teori mahupun praktis dalam mengharungi kehidupan di dunia. Meskipun demikian harus diakui juga bahawa di dalam al-Qur'an terdapat berbagai isyarat dan kenyataan tentang dasar-dasar sains yang meliputi berbagai disiplin ilmu pengetahuan. Oleh kerana al-Quran merupakan kitab petunjuk bagi kebahagian dunia dan akhirat, maka tidak hairan kalau di dalamnya terdapat berbagai petunjuk tersirat dan tersurat yang berkaitan dengan sains, untuk mendukung fungsinya sebagai kitab petunjuk.
Hakikat ilmu al-Quran adalah qath'i dan muthlaq,sedangkan ilmu manusia tidak begitu sifatnya, kerana ia terbatas dengan uji kaji, keadaan, zaman dan tempat di mana ia digunakan. Sifat teori dan penemuan ilmiah sememangnya terdedah kepada keruntuhan. Apabila muncul teori baharu selepasnya. Apabila ia dikaitkan dengan kitab suci al-Qur'an, maka akibatnya ialah kebenaran alQur'an seolah-olahnya dapat dipatahkan oleh teori saintifik yang belum tentü sahihnya. Ini adalah suatu yang mustahil diterima, kerana al-Qur'an itü merupakan kitab yang tidak ada sebarang keraguan dan kesilapan padanya. Bagaimana pula ia boleh dibatalkan oleh teori manusia!
Kerana itulah terdapat pro dan kontra di antara para ulama' tentang keharusan mentafsir alQur'an menggunakan sains moden.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan