Jumaat, Disember 09, 2022

Tafsir asas quran nota 9(302)326-357s 20(3)

Asas(usul) tafsir 20(3)

Antara Yang Menolak Tafsir Saintifik Adalah:
(1) Imam Abu Ishaq As-Syathibi (m.790 H)
Asy-Sathibi (Ibrahim bin Musa bin Muhammad al-Lakhmi al-Ghamathi) telah menolak tafsir saintifik dalam kitabnya al-Muwaqat dengan alasan syariat Islam diturunkan pada asalnya kepada masyarakat ummi yang tidak terdedah kepada sains, beliau berpandangan al quran diturunkan bukan untuk menerangkan teori-teori sains, sebaliknya unluk memberi hidayah dan petunjuk kepada manusia.

Dalam memahami al-Quran sesaorang mufassir hendaklah membatasi dirinya dengan menggunakan ilmu bantu yang diketahui oleh masyarakat Arab pada masa turunııya al-Quran dan yang berusaha memahaminya dengan menggunakan ilmu bantu selainnya, maka ia akan sesat atau keliru dalam  hal-hal  yang tidak pernah dimaksudkan oleh Allah.

Asy-Syathibi mencela orang yang berpendapat di dalam al-Quran terdapat ilmu pengetahuan bagi orang-orang terdahulu dan terkemudian.
Menurutnya orang-orang tersebut telah melampaui batas dalam meletakan alQuran. Padahal  para salafus salih 
dari  kalangan sahabat, tabi'in dan para ulama setelah mereka adalah  orang yang Iebih mengerti  tentang al-quran , ilmunya dan hal yang berkaitan dengannya. namun tidak pernah  dijumpai  seorang pun daripada mereka pernah mengemukakan tafsiran saintilik. Andaikata mereka memang mempunyai tafsiran sainifik, tentulah akan sampai kepada kita tafsiran mereka itu namun jelas sekali ia tidak ada.

(2)Bekas Syerikhul Azhar , Syeikh  Mahmud Syaltut 
(m.1383H /1963M)
Dalam muqadimah tafsirnya,  Syeikh Syaltut telah mengencam sekelompok cendekiawan yang menguasai ilmu pengetahuan kontemporari dan teori-teori ilmiah, falsafah, dan sebagainya, kemudian dengan bekal pengetahuan itu mereka menafsirkan ayat-ayat al-Quran dengan kerangka pengetahuan yang ia kuasai itu.

Menurut  Syaltut terdapat dua kelemahan dalam penafsiran ini. Pertama, kerana al-Quran bukanlah kitab suci yang diturunkan untuk memberitahu manusia tentang berbagai disiplin ilmu lengkap berserta teori-teori ilmiahnya, Kedua, penafsiran saintitik seperti ini merupakan penafsiran yang mengabaikan sisi kemukjizatan al-Quran sebagai salah satu nilai paling tinggi. la akan mendorong manusia mentafsirkan alQur'an sesuka hati.

(3) Amin al-KhuIy (m.1385 H/ 1966M)
Penolakan terhadap mereka yang hendak mengeluarkan al-Quran dari garisnya dalam dialek Arab yang mereka fahami dan dari dimensi yang mereka ketahui dari ilmu pengetahuan. la menolak mereka yang mengira bahawa dalam al-Quran memuat semua pengetahuan orang-orang terdahulu dan terkemudian, keagamaan dan keduniaan, syariyah dan 'aqliyah.

(4)Dr. Muhammad   adz-Dzahabi (m.1977M)
Adz-Dzahabi menolak tafsiran dengan pendekatan sains, kerana penafsiran semacam itu keluar dari maksud dan menyimpang dari tujuan alQur'an. Al-Quran tidak diturunkan sebagai sumber berbagai ilmu, kedoktoran, astronotni, matematik, kimia, memanggil arwah dan lain-lain, namun sebagai buku petunjuk bagi manusia yang mengeluarkannya dari kegelapan menuju alam terang benderang.

Selain yang tersebut di atas, terdapat beberapa lagi nama-nama lain yang termasuk dalam golongan yang menentang dan tidak bersetuju dengan tafsiran saintifik terhadap al-Quran. Mereka ialah 'Abdul 'Azhim az-Zomaani. 'Anishah binti Abdir Rahinan yang dikenali juga dengan Bintu as-Syathi, Shubhi as-Shaleh,Muhamad Syakir dan lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan