Ahad, Januari 29, 2023

Asas ilmu hadis 015-016



Pendirian Terhadap Ibn Ishaq.

Muhammad bin Ishaq bin Yasar bin Khiyar al-Madani merupakan seorang tokoh sirah yang mempunyai kontroversi hebat di dalam ilmu sirah dan hadis. Bagi para penuntut ilmu sirah, mereka hendaklah memahami pendirian yang adil terhadap lbn Ishaq kerana kita akan seringkali menemui riwayat sirah daripada tokoh ini.

Dilahirkan di Madinah pada tahun 85H dan meninggal pada 151H. Beliau banyak mengambil ilmu daripada kelompok tokoh Tabiin (Orang yang tidak pernah bertemu Nabi SAW tapi pernah bertemu sahabat Nabi), antaranya ialah; Aban bin 'Uthman (m. 101H-105H), Al- Qasim bin Muhammad bin Abu Bakr al-Siddiq (m. 107H), Muhammad bin Ali bin al-Husayn bin 'Ali bin Abi Talib (m. 110H), Asim bin 'Umar bin Qatadah bin al-Nu'man al-Ansari (m. 129H) dan ramai lagi.

Para ulama berbeza pendapat tentang status Muhammad bin Ishaq di dalam hadis. Pendapat yang paling baik ialah Muhammad dikenali dengan sikap Tadlis (menyembunyikan perawi), justeru itu beliau tidak boleh bersendirian di dalam meriwayatkan hadis. Sebagai
penuntut ilmu kita hendaklah mencari riwayat daripada jalur ulama hadis yang lain yang lebih sahih daripada beliau. Jika Muhammad bin Ishaq bersendirian dalam meriwayatkannya, maka riwayat itu tidak diterima. Sila rujuk bab Hadis Mudallas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan