Isnin, Januari 23, 2023

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 116 22/01/23s

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 116 22/01/23s

Jami ' tirmizi kitab bersuci 22/01/23(01)

٦٣- باب مَا جَاءَ فِي تَرْكِ الْوُضُوءِ مِنَ الْقُبْلَةِ:
٨٦ - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ وَهَنَّادٌ وَأَبُو كُرَيْبٍ وَأَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ وَمَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ وَأَبُو عَمَّارٍ الْحُسَيْنُ بْنُ حُرَيْثٍ قَالُوا حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ حَبِيبِ بْنِ أَبِي ثَابِتٍ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبَّلَ بَعْضَ نِسَائِهِ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ قَالَ قُلْتُ مَنْ هِيَ إِلَّا أَنْتِ قَالَ فَضَحِكَتْ

قَالَ أَبُو عِيسَى وَقَدْ رُوِيَ نَحْوُ هَذَا عَنْ غَيْرِ وَاحِدٍ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالتَّابِعِينَ
وَهُوَ قَوْلُ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ وَأَهْلِ الْكُوفَةِ قَالُوا لَيْسَ فِي الْقُبْلَةِ وُضُوءٌ و قَالَ مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ وَالْأَوْزَاعِيُّ وَالشَّافِعِيُّ وَأَحْمَدُ وَإِسْحَقُ فِي الْقُبْلَةِ وُضُوءٌ وَهُوَ قَوْلُ غَيْرِ وَاحِدٍ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالتَّابِعِينَ

وَإِنَّمَا تَرَكَ أَصْحَابُنَا حَدِيثَ عَائِشَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي هَذَا لِأَنَّهُ لَا يَصِحُّ عِنْدَهُمْ لِحَالِ الْإِسْنَادِ قَالَ و سَمِعْت أَبَا بَكْرٍ الْعَطَّارَ الْبَصْرِيَّ يَذْكُرُ عَنْ عَلِيِّ بْنِ الْمَدِينِيِّ قَالَ ضَعَّفَ يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الْقَطَّانُ هَذَا الْحَدِيثَ جِدًّا وَقَالَ هُوَ شِبْهُ لَا شَيْءَ

قَالَ و سَمِعْت مُحَمَّدَ بْنَ إِسْمَعِيلَ يُضَعِّفُ هَذَا الْحَدِيثَ و قَالَ حَبِيبُ بْنُ أَبِي ثَابِتٍ لَمْ يَسْمَعْ مِنْ عُرْوَةَ وَقَدْ رُوِيَ عَنْ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبَّلَهَا وَلَمْ يَتَوَضَّأْ وَهَذَا لَا يَصِحُّ أَيْضًا وَلَا نَعْرِفُ لِإِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ سَمَاعًا مِنْ عَائِشَةَ وَلَيْسَ يَصِحُّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي هَذَا الْبَابِ شَيْءٌ

Jami ' tirmizi kitab bersuci 22/01/23(02)
63 - Bab Tidak (Perlu) Berwudhu’ Kerana Kucupan.⁷⁵⁴
86 – Qutaibah, Hannad, Abu Kuraib, Ahmad bin Manī`, Mahmud bin Ghailan dan Abu `Ammaar al-Husain bin Huraits meriwayatkan kepada kami, kata mereka: Wakī` meriwayatkan kepada kami daripada al-A`masy daripada Habib bin Abi Tsabit daripada `Urwah⁷⁵⁵ daripada `Aaishah, kata beliau: “Bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah mencium (mengucup) salah seorang isterinya,⁷⁵⁶ setelah itu Baginda keluar bershalat (di masjid) dengan tidak berwudhu’ lagi.”⁷⁵⁷ Kata `Urwah, aku pun berkata kepadanya: “Siapa lagi isteri Nabi s.a.w. itu kalau bukan engkau (mak cik)!.” `Urwah berkata, “Maka beliau
(`Aaishah) tertawa.”⁷⁵⁸
Abu `Isa berkata: “Hadits yang sama ma`nanya dengan hadits ini telah diriwayatkan daripada ramai ahli ilmu dari kalangan sahabat Nabi s.a.w. dan tabi`in. Itulah pendapat Sufyan ats-Tsauri dan ulama Kufah. Kata mereka,
“Tidak perlu berwudhu’ kerana mencium.”⁷⁵⁹ Malik bin Anas, Al-Auza`i, Syafi`e, Ahmad, dan Ishaq pula berpendapat perlu berwudhu’ kerana mencium. Ini juga merupakan pendapat ramai ahli ilmu dari kalangan sahabat Nabi s.a.w. dan tabi`in.⁷⁶⁰
Sahabat-sahabat kami⁷⁶¹ meninggalkan hadits `Aaishah daripada Nabi s.a.w. berhubung dengan perkara ini, kerana menurut mereka⁷⁶² ia tidak sahih dari sudut sanad. Abu `Isa berkata: “Aku mendengar Abu Bakr al-`Aththār al-Bashri⁷⁶³ meriwayatkan daripada `Ali bin al-Madini, katanya: “Yahya bin Sa`id al-Qaththan menganggap hadits ini terlalu dha`if, dan beliau berkata, “Ia macam tiada langsung.”
Beliau (Tirmidzi) juga berkata: “Aku mendengar Muhammad bin Isma'il (al-Bukhari) melemahkan hadits ini, katanya, Habib bin Abi Tsabit tidak pernah mendengar daripada Urwah.”⁷⁶⁴ Ada diriwayatkan daripada Ibrahim at-Taimi⁷⁶⁵
daripada `Aaishah, sesungguhnya Nabi s.a.w. telah menciumnya dan baginda tidak berwudhu’ (lagi).⁷⁶⁶ Namun hadits ini juga tidak sahih. Kami tidak mengetahui
Ibrahim at-Taimi pernah mendengar daripada `Aaishah. Tidak ada satu pun hadits yang shahih daripada Nabi s.a.w. dalam bab ini.⁷⁶⁷

Jami ' tirmizi kitab bersuci 22/01/23(3)

⁷⁵⁴ Menyentuh wanita (sama ada isteri atau bukan isteri), adakah membatalkan wudhu’ atau tidak merupakan salah satu masalah khilafiah semenjak zaman sahabat dan para
imam mujtahidin di permulaan sejarah Islam lagi. Ada yang berpendapat ia membatalkan secara mutlaq dan ada yang berpendapat ia tidak membatalkan secara mutlaq. Terdapat juga para `ulama’ yang berpendapat ia membatalkan dengan syarat-syarat tertentu.

Tajuk bab ke-63 ini sebenarnya diadakan oleh Imam Tirmidzi untuk berbicara tentang masalah ini. Tetapi lafaz tajuk babnya bukanباب مَا جَاءَ فِي تَرْكِ الْوُضُوءِ مِنَ مَسِّ الْقُبْلَة
(63-Bab Tidak Perlu Berwudhu’ Kerana Menyentuh Wanita atau isteri), sebaliknya ia bertajuk باب مَا جَاءَ فِي تَرْكِ الْوُضُوءِ مِنَ الْقُبْلَةِ:(63 - Bab Tidak (Perlu) Berwudhu’ Kerana Mengucup wanita atau isteri).
Menurut para pensyarah kitab Sunan at-Tirmidzi, ada tiga sebab mengapa imam Tirmidzi tidak membuat tajuk bab dengan terang berkenaan dengan hukum menyentuh
wanita secara umum, sama ada dengan menciumnya atau dengan menyentuh mana-mana bahagian anggotanya:

(1) Untuk meraikan lafaz hadits yang dikemukakan di bawah tajuk bab ini, iaitu hadits ke-86 .Dalamnya tersebut
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبَّلَ بَعْضَ نِسَائِهِ
(Bahawa Nabi s.a.w. pernah mencium atau mengucup salah seorang isterinya). Tidak tersebut di dalamnya
bahawa Nabi s.a.w. pernah menyentuh salah seorang isterinya. Dengan menggunakan lafaz القبلة bukan المس dalam tajuk bab ini bererti imam Tirmidzi telah mengguna pakai qaedah: (ذكر الخاص والمراد به العام    ) menyebut lafaz khas tetapi yang dimaksudkan sebenarnya ialah erti umumnya). Walaupun lafaz yang disebutkan ialah mengucup atau mencium, tetapi yang dimaksudkan ialah menyentuh secara umum.

(2) Walaupun imam Tirmidzi sebenarnya hendak berkata, seseorang yang telah berwudhu’ perlu berwudhu’ kembali apabila ia menyentuh isterinya, kerana wudhu’ sebelumnya telah pun terbatal kerananya, tetapi beliau tidak dapat membuat tajuk bab seperti itu lantaran tidak ada satu pun hadits yang dengan jelas menyebut begitu, sama ada hadits sahih atau dha`if. Apa yang ada dalam hadits ialah sebaliknya, iaitu tidak perlu berwudhu’ meskipun telah mengucup isteri.
Apa yang dilakukan oleh Tirmidzi ialah setelah mengemukakan hadits bab ini beliau mendhaifkannya, selain menyatakan sebab-sebab kedha`ifannya dan pandangan tokoh-tokoh besar hadits mengenainya. Oleh kerana hadits itu dha`if, maka tidak boleh lagi ia dijadikan hujah. Tidak boleh lagi berdalil dengannya tentang tidak terbatalnya wudhu’ seseorang yang bersentuhan dengan isterinya. Apalagi dengan wanita-wanita lain yang bukan mahram.
Apabila hadits itu tidak layak dijadikan dalil, maka dilihat pula dalil-dalil yang menyalahinya. Ternyata memang ada beberapa dalil yang menunjukkan wudhu’ terbatal kerana menyentuh wanita.

Poin kedua ini bagaimanapun meragukan, kerana kalau memang ada dalilnya, kenapa ia tidak dikemukakan oleh Tirmidzi?

Kenapa imam Tirmidzi tidak mengadakan saja dua bab seperti pada tempat-tempat yang lain? Satunya bab yang mengandungi hadits yang dijadikan pegangan oleh pihak
yang berpendapat bersentuhan antara lelaki dan wanita membatalkan wudhu’, dan satu lagi bab yang mengandungi hadits yang dijadikan pegangan oleh pihak yang
berpendapat bersentuhan antara lelaki dan wanita tidak membatalkan wudhu’, seperti hadits ke-86 di atas.

(3) Imam Tirmidzi sememangnya bersetuju dengan pandangan para `ulama’ yang mengatakan semata-mata bersentuhan tidaklah membatalkan wudhu’, tetapi yang
membatalkan wudhu’ hanyalah bersentuhan dengan adanya nafsu atau keinginan syahwat.

Hadits ke-86 di bawah bab ini pula menunjukkan bersentuhan secara mutlaq tidak membatalkan wudhu’. Kalau dengan mengucup isteri pun tidak terbatal wudhu’,
padahal perbuatan itu lebih dekat dan lebih munasabah menimbulkan nafsu syahwat, lebih-lebih lagilah tidak membatalkan wudhu’ bersentuhan tanpa ada apa-apa perasaan  seperti itu.
Cuma haditsnya tidak sahih, maka tidak boleh lagi ia dijadikan dalil bagi tidak membatalkan wudhu’ secara mutlaq.

Jami ' tirmizi kitab bersuci 22/01/23(04)
⁷⁵⁵ Demikianlah `Urwah disebutkan di sini tanpa dibinkan kepada sesiapa. Pengarang Tuĥfatul Aĥwadzi (Syaraĥ Sunan at-Tirmidzi) menulis, “Kata hafiz az-Zaila`i,
“Tirmidzi langsung tidak mengaitkan `Urwah di dalam sanad hadits ini dengan sesiapa pun. Ibnu Majah pula mengaitkannya (membinkannya) dengan az-Zubair. Beliau
meriwayatkannya begini:
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ثَنَا  وَكِيعٌ  ثَنَا  الْأَعْمَشِ عَنْ  عَنْ حَبِيبِ بن أبي  ثَابِتٍ عن عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَائِشَةَ فذكره
Demkian juga ia diriwayatkan oleh ad-Daaraquthni. Perawi sanad ini semuanya tsiqāt (kuat dan boleh dipercayai).”

Begitu juga kata Hafizh Ibnu Hajar, bahawa soalan yang terdapat di dalam riwayat Abu Daud jelas menunjukkan `Urwah itu ialah `Urwah bin az-Zubair. Kerana `Urwah al-
Muzani tidak akan berani berkata begitu kepada `Aaishah.
Soalan (kata-kata) `Urwah yang dikatakan oleh Hafizh Ibnu Hajar bahawa ia terdapat di dalam riwayat Sunan Abi Daud itu ialah: من هي إلا أنت
(Siapa lagi isteri Nabi s.a.w. itu kalau bukan mak cik!). Kata-kata `Urwah ini bukan sahaja terdapat di dalam riwayat Abi Daud, malah ia juga terdapat di dalam riwayat `Aaishah yang dikemukakan oleh Tirmidzi di atas.
Sebenarnya bukan Ibnu Majah dan ad-Daaraquthni sahaja membinkan `Urwah kepada az-Zubair di dalam sanad hadits ini, imam Ahmad di dalam Musnadnya juga
membinkan `Urwah kepada az-Zubair.

Jami ' tirmizi kitab bersuci 22/01/23(05)
⁷⁵⁶ Iaitu beliau sendiri berdasarkan riwayat ad-Daaraquthni yang menyebutnya dengan jelas:
لقد كان نبي الله عليه وسلم إذ خرج إلى الصلاة وما يتوضأ
Bermaksud: Sesungguhnya Nabi s.a.w. selalu mengucupku ketika keluar untuk pergi bershalat (di masjid), dan beliau s.a.w. tidak berwudhu’ lagi.

⁷⁵⁷ Maksudnya ialah Baginda s.a.w. bershalat dengan wudhu’ yang telah sedia ada, bukan dengan berwudhu’ semula kerana telah mengucupnya. Ertinya ialah wudhu’
yang sedia ada itu tidak terbatal dengan sebab menyentuh wanita. Apa yang tersebut di dalam hadits ke-86 ini bukan sekadar menyentuh biasa, malah mengucup.
Kesimpulannya ialah wudhu’ tidak terbatal dengan menyentuh wanita dengan apa cara sekalipun.

⁷⁵⁸ Tertawanya `Aaishah apabila dikatakan oleh `Urwah begitu lebih menunjukkan lagi bahawa `Urwah itu adalah `Urwah bin az-Zubair, anak saudara `Aaishah sendiri, bukan `Urwah lain yang bukan maĥram beliau.

⁷⁵⁹ `Ali, Ibnu `Abbaas, `Athā’, Thāwūs, Abu Hanifah dan anak-anak buahnya seperti Abu Yusuf, Muhammad bin al-Ĥasan asy-Syaibāni dan lain-lain juga adalah antara
tokoh yang berpendapat demikian.

⁷⁶⁰ Antara mereka yang berpendapat begini juga ialah Saiyyidina `Umar, Ibnu Mas`ud, Ibnu `Umar, az-Zuhri dan lain-lain lagi.

Pada perenggan ini Imam Tirmidzi mula berbicara tentang khilaf para `ulama’ dalam masalah bersentuhan antara lelaki dan wanita, adakah ia membatalkan wudhu’ atau
tidak. Khilaf ini telah bermula semenjak zaman sahabat dan tabi`in lagi. Para imam mujtahidin juga berbeda pandangan tentangnya.
Sebenarnya terdapat perincian mazhab berhubung dengan perkara ini. Berikut dikemukakan beberapa perincian mazhab mengenainya:
(1) Bersentuhan antara lelaki dan wanita langsung tidak membatalkan wudhu’, sama ada yang menyentuh atau yang disentuh, dengan sengaja atau tidak, mahram atau bukan
mahram, kanak-kanak atau orang dewasa dan dengan ada syahwat atau tiada. Antara yang berpendapat demikian ialah `Ali, Ibnu `Abbaas, `Athā’, Thāwūs, Masruq, Sufyan
ats-Tsauri dan Abu Hanifah.
(2) Membatalkan jika bersentuhan tanpa berlapik. Inilah pendapat Saiyyidina `Umar, Ibnu Mas`ud, Ibnu `Umar, Zaid bin Aslam, Makĥūl, Sya`bi, Nakha`i, `Athā’ bin as-Sā’ib, az-Zuhri, Yahya bin Sa`id al-Anshāri, Rabī`ah, Sa`id bin `Abdil `Aziz dan asy-Syafi`e. Ini juga salah satu pendapat yang dinukilkan daripada al-Auzā`i.
(3) Bersentuhan jika dengan ada syahwat membatalkan, jika tidak, maka tidak membatalkan. Inilah pendapat yang diriwayatkan daripada al-Ĥakam, Ĥammād, Malik
dan al-Laits. Ia juga diriwayatkan daripada Ishaq, Sya`bi, Nakha`i, Rabī`ah dan ats-Tsauri.
Menurut pengarang Itĥāf at-Thālibi al-Aĥwadzi Bi Syarĥ Jāmi` at-Tirmidzi (Asy-Syeikh Muhammad), inilah pendapat pilihan Imam Tirmidzi. Alasan beliau ialah Imam
Tirmidzi membuat tajuk bab ke-63 ini dengan menulis:
باب مَا جَاءَ فِي تَرْكِ الْوُضُوءِ مِنَ الْقُبْلَةِ
Imam Tirmidzi langsung tidak membuat satu pun tajuk bab yang menyatakan keperluan berwudhu’ kerana bersentuhan antara lelaki dan wanita. Ia jelas menunjukkan
kecenderungannya kepada mazhab yang ketiga ini.

Terdapat tiga riwayat daripada Imam Ahmad dalam masalah ini. Setiap satu daripadanya menyokong tiga mazhab yang tersebut di atas.

(4) Menyentuh dengan sengaja membatalkan wudhu’. Dengan tidak sengaja pula tidak membatalkan. Inilah mazhab Daud az-Zhāhiri.

(5) Menyentuh dengan mana-mana anggota wudhu’ sahaja membatalkan. Tidak dengan anggota wudhu’ pula tidak membatalkan. Inilah pendapat yang dinukilkan oleh
pengarang al-Ĥāwi daripada al-Auzā`i. Dinukilkan juga daripada al-Auzā`i bahawa menyentuh dengan tangan sahaja membatalkan wudhu’.

(6) Menyentuh dengan ada syahwat membatalkan wudhu’, walaupun dengan berlapik dengan kain yang nipis. Ini merupakan salah satu pendapat yang dinukilkan daripada
Rabī`ah dan Malik.

(7) Menyentuh bukan maĥram tidak membatalkan. Menyentuh maĥram pula membatalkan. Inilah pendapat yang dinukilkan oleh Ibnu al-Mundzir dan pengarang al-
Ĥāwi daripada `Athā’. Pendapat `Athā’ ini berbeza daripada apa yang dinukilkan oleh jumhur `ulama’ daripadanya. Imam an-Nawawi berpendapat, tidak sahih nukilan ini
daripada beliau.

Jami ' tirmizi kitab bersuci 22/01/23(06)
Hujah-hujah golongan pertama(tidak batal):
Golongan pertama yang mengatakan bersentuhan antara lelaki dan wanita tidak membatalkan wudhu’ sama sekali dengan apa cara sekalipun berhujah dengan beberapa
dalil seperti di bawah ini:
(1) Hadits ke-86 yang dikemukakan oleh Tirmidzi di bawah tajuk bab ke-63 di atas. Ia diriwayatkan daripada `Aaishah.
(2) Hadits Abi Rauq daripada Ibrahim at-Taimi daripada `Aaishah. Lafaznya ialah:
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقبل بعد الوضوء ، ثم لا يعيد الوضوء أو قالت يصلي
Bermaksud: Sesungguhnya Nabi s.a.w. selalu mengucup (mencium) setelah berwudhu’, kemudian beliau tidak berwudhu’ lagi atau kata `Aaishah (kemudian) beliau s.a.w. bersembahyang.
(Hadits riwayat `Abdur Razzaaq di dalam al-Mushannaf
dan ad-Daaraquthni di dalam Sunannya).

(3) Hadits `Aaishah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Lafaznya ialah:
عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهَا قَالَتْ كُنْتُ أَنَامُ بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرِجْلَايَ فِي قِبْلَتِهِ فَإِذَا سَجَدَ غَمَزَنِي فَقَبَضْتُ رِجْلَيَّ فَإِذَا قَامَ بَسَطْتُهُمَا قَالَتْ وَالْبُيُوتُ يَوْمَئِذٍ لَيْسَ فِيهَا مَصَابِيحُ
وفي لفظ فأذ أراد أن يسجد غمز رجلي فضممتها ألي ثم سجد
Bermaksud: Daripada `Aaisyah isteri Nabi s.a.w. Sesungguhnya beliau menceritakan, katanya: “Aku tidur di hadapan Rasulullah s.a.w. dalam keadaan kakiku berada di
sebelah Qiblatnya (melintang di tempat sujudnya). Baginda s.a.w. akan menyentuhku apabila hendak sujud. Maka aku melipatkan kedua belah kakiku. Apabila Baginda
s.a.w. bangun, aku menghulurkan semula kakiku.” `Aaisyah berkata: “Rumah-rumah pada masa itu tidak ada lampu.”
Menurut lafaz satu riwayat yang lain tersebut, “Apabila hendak sujud, Baginda akan menyentuh kakiku. Setelah aku melipat kakiku barulah Baginda bersujud.”

(4) Hadits `Aaishah yang diriwayatkan oleh an-Nasā’i lafaznya ialah
قَالَتْ إِنْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيُصَلِّي وَإِنِّي لَمُعْتَرِضَةٌ بَيْنَ يَدَيْهِ اعْتِرَاضَ الْجَنَازَةِ حَتَّى إِذَا أَرَادَ أَنْ يُوتِرَ مَسَّنِي بِرِجْلِهِ
Bermaksud: Kata `Aaishah, “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. selalu bersembahyang didalam keadaan aku melintang di hadapannya seperti jenazah, sehingga apabila beliau hendak berwitir, beliau akan menyentuhku dengan kakinya.”

(5) Hadits `Aaishah juga yang diriwayatkan oleh Muslim, Tirmidzi dan lain-lain, bahawa beliau berkata:
فَقَدْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً مِنْ الْفِرَاشِ فَالْتَمَسْتُهُ فَوَقَعَتْ يَدِي عَلَى بَطْنِ قَدَمَيْهِ وَهُوَ فِي الْمَسْجِدِ وَهُمَا مَنْصُوبَتَانِ وَهُوَ منصوبتان الحديث
Bermaksud: Pernah pada suatu malam aku kehilangan Rasulullah s.a.w. dari tilamnya. Aku mencari-cari Baginda (dengan meraba-raba), tiba-tiba tanganku terletak di atas
perut kedua kakinya yang sedang terpacak kerana sedang bersujud.

Bantahan terhadap hujah-hujah di atas.
Golongan yang berpendapat bersentuhan antara lelaki dan wanita membatalkan wudhu’ pula mempunyai hujah tersendiri, dan mereka membantah hujah-hujah yang dipegang oleh golongan pertama yang dikemukakan di atas atau menta’wilkannya dengan bermacam-macam ta’wilan.

Bantahan mereka terhadap hujah (1) .
Kata mereka hadits ke-86 yang dikemukakan oleh Tirmidzi di bawah tajuk bab ke-63 itu tidak sahih. Imam Tirmidzi sendiri mengatakan ia tidak sahih. Beliau bahkan
mengemukakan pandangan Yahya bin Sa`id al-Qatthān dan Imam Bukhari tentangnya.
Kedua-dua mereka mendha`ifkannya. Alasannya ialah tidak tsabit Ĥabīb bin Abi Tsābit mendengar (hadits) daripada `Urwah bin az-Zubair. Maka sanadnya dianggap munqathi` (terputus).

Abu Daud bahkan menukilkan daripada ats-Tsauri bahawa beliau berkata, “Ĥabīb tidak meriwayatkan kepada kami melainkan daripada `Urwah al-Muzani. Maksudnya ialah
Ĥabīb tidak meriwayatkan apa-apa kepada mereka daripada `Urwah bin az-Zubair.”

Az-Zaila`i sendiri menulis di dalam Nashbu ar-Rāyah bahawa `Urwah dalam sanad riwayat ini tidak mendengar apa-apa daripada `Aaishah. Kerana ini juga sanadnya
terputus.

Jawapan kepada bantahan mereka terhadap hujah (1).
Punca kekeliruan dan perselisihan pendapat terletak pada perawi hadits ke-86 di atas yang bernama `Urwah. Terutamanya apabila tersebut di dalam salah satu riwayat Abu Daud (180) dan lain-lain bahawa `Urwah itu ialah `Urwah al-Muzani. Memanglah hadits itu tidak sahih kalau `Urwah al-Muzani yang meriwayatkannya. Kerana terbukti
beliau tidak mendengar apa-apa daripada `Aaishah. Tetapi kalau `Urwah itu ialah `Urwah bin az-Zubair, maka tiada siapa pun meragui tentang mendengar haditsnya
daripada `Aaishah.

Hadits Abu Daud (180) yang menyebut dengan jelas `Urwah dalam riwayat itu sebagai `Urwah al-Muzani dha`if, tidak boleh dijadikan hujah. Di dalam sanadnya ada `Abdur
Rahman bin Maghrā’ yang meriwayatkan hadits itu daripada al-A`masy. Dia seorangperawi dha`if.
Di dalam riwayat Abu Daud yang dikemukakan sebelum itu (179), sama seperti riwayat Tirmidzi, `Urwah disebutkan secara mutlaq.
Tetapi di dalam sanad riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan ad-Daaraquthni pula tersebut dengan jelas `Urwah itu ialah `Urwah bin az-Zubair. Lihat sebagai contohnya riwayat
Ahmad di bawah ini:
٢٥٧٦٦-حدثنا وكيع ،حدثنا الأمش، عن حبيب بن أبي ثابت، عن عروة بن الزبير ، عن عائشة أن رسوالله صلىالله عليه وسلم " قبل بعض نسائه ، ثم خرج إلى الصلاة ، ولم يتوضأ" قال عروة: قلت لها: من هي إلا أنت؟ قال فضحكت
Jadi tidak ada apa-apa masalah pun di sini, kerana `Urwah bin az-Zubair memang mendengar daripada Mak ciknya Saiyyidatina `Aaishah. Kenapa pula dikatakan sanad
hadits ini terputus di situ?
Soal tidak tsabit Ĥabīb bin Abi Tsābit mendengar (hadits) daripada `Urwah bin az-Zubair pula ditolak oleh Abu Daud sendiri. Abu Daud berkata, “Ĥamzah az-Zayyāt telah meriwayatkan daripada Ĥabīb daripada `Urwah bin az-Zubair daripada `Aaishah satu hadits yang sahih.”
Ini bererti riwayat Ĥabīb daripada `Urwah bin az-Zubair memang ada dan tsabit.
Nukilan Abu Daud daripada ats-Tsauri bahawa beliau berkata, “Ĥabīb tidakmeriwayatkan kepada kami melainkan daripada `Urwah al-Muzani. Maksudnya ialah
Ĥabīb tidak meriwayatkan apa-apa kepada mereka daripada `Urwah bin az-Zubair”pula tidak lebih daripada satu nukilan yang tidak boleh dipertanggung-jawabkan, kerana ia dinukil beliau dengan shighah tamrīdh semata-mata, dan ia menunjukkan kepada kedha`ifannya.

Jami ' tirmizi kitab bersuci 22/01/23(07)
Da`waan bahawa sanad hadits itu terputus disebabkan Ĥabīb tidak mendengar apa-apa daripada `Urwah bin az-Zubair ditolak oleh sekian ramai `ulama’. Abu `Umar Ibnu `Abdil Barr menulis di dalam al-Istidzkār (j.3 m/s 52) bahawa hadits ini dihukum sahih oleh para `ulama’ Kufah. Mereka mengatakan ia kuat kerana para imam hadits yang tsiqāt meriwayatkannya. Ĥabīb pula tidak boleh dinafikan
pertemuannya dengan `Urwah, disebabkan dia bahkan telah meriwayatkan hadits daripada orang-orang lain yang lebih tua daripada `Urwah dan lebih dahulu meninggal
dunia daripadanya. Dia pula seorang imam yang tsiqah, terbilang sebagai salah seorang`ulama’ besar.

Ibnu Saiyyidinnās mengomentari kata-kata Ibnu `Abdil Barr itu dengan berkata, “Kata-kata Abu `Umar ini bererti kemungkinan bertemu Ĥabīb dengan `Urwah memang ada, dan ini sudah pun mencukupi untuk menghilangkan syubhah inqithā` (terputus sanad) dalam sanad hadits menurut kebanyakan `ulama’ hadits. Apalagi jika dilihat kepada apa yang disebutkan oleh Abu Daud selepas mengemukakan riwayat ke-180 bahawa,
“Ĥamzah az-Zayyāt telah meriwayatkan daripada Ĥabīb daripada `Urwah bin az-Zubair daripada `Aaishah satu hadits yang sahih.” Kenyataan ini menunjukkan habīb
memang ada bertemu dengan `Urwah, dan tiada lagi syubhah terputus sanad hadits di situ.”

Ĥabīb bin Abi Tsabit adalah seorang perawi tsiqah lagi hujjah. Beliau meninggal dunia pada tahun 119 Hijrah ketika berumur 73 tahun atau lebih lagi dari itu. Beliau sempat bertemu dengan ramai sahabat Rasulullah s.a.w. bahkan sempat mendengar sesuatu daripada mereka, seperti Ibnu `Umar, Ibnu `Abbaas, Anas dan lain-lain. Ibnu `Umar meninggal pada tahun 74 Hijrah. Ibnu `Abbaas pada tahun 68 Hijrah. Mereka berdua ini telah meninggal dunia lebih dahulu lagi daripada `Urwah bin az-Zubair.

`Urwah meninggal dunia selepas tahun 90 Hijrah. Ĥabīb pula meninggal dunia pada tahun 119 Hijrah ketika berumur 73 tahun atau lebih lagi dari itu. Sebenarnya bukan Ĥabīb seorang sahaja meriwayatkan hadits itu daripada `Urwah. Hisyam, anak `Urwah sendiri merupakan mutābi` bagi Ĥabīb dalam meriwayatkannya daripada `Urwah. Lihat hadits Ĥisyam itu berdasarkan riwayat ad-Daaraquthni di bawah ini
حدثنا أبو بكر النيسابري نا حاجب بن سليمان نا وكيع عن هشام بن عروة عن أبيه عن عائشة قالت قبل رسول الله عليه وسلم بعض نسائه ثم صلى ولم يتوضا ثم ضحكت
Bermaksud: Kata `Aaishah, “Rasulullah s.a.w. pernah mencium (mengucup) salah seorang isterinya, kemudian bershalat tanpa berwudhu’ (lagi).” Setelah menceritakannya beliau (`Aaishah) ketawa.

Sanad riwayat ad-Daaraquthni ini kuat. Abu Bakar an-Naisaburi (nama sebenarnya ialah `Abdullah bin Muhammad bin Ziad) seorang perawi hafiz, teguh dan dipercayai riwayatnya. Gurunya Ĥājib bin Sulaiman pula dikatakan tsiqah oleh an-Nasā’i. ditempat lain an-Nasā’i berkata, “Tidak mengapa dengannya.” Ibnu Hibbaan juga menyenaraikan Ĥājib sebagai salah seorang perawi tsiqāt.
Perawi-perawi sanad ad-Daaraquthni yang di atas daripada Ĥājib memang tsiqāt, mereka adalah perawi-perawi Bukhari dan Muslim.
Wakī` juga mempunyai mutābi` yang turut meriwayatkan hadits yang lebih kurang sama mafhumnya daripada Hisyam. Abu Uwais, dia turut meriwayatkan hadits
berkenaan daripada Hisyam. Lihat hadits ad-Daaraquthni di bawah ini sebagai buktinya:
حدثنا الحسين بن إسماعيل نا على بن عبظ العزيز الورلق نا عاصم بن على نا أبو أوس حدثني هيشام بن عزوة عن أبيه عن عائشة أنها بلغها قول ابن عمر: في القبلة الوضوء فقالت: كان رسول الله صلى الله
<<يُقَبِّلُ وَهُوَ صَائِمٌ ثُمَّ لَا يَتَوَضَّا>>
Bermaksud: Kata-kata Ibnu `Umar bahawa perlu berwudhu’ kerana mencium (mengucup isteri), sampai kepengetahun `Aaishah. Maka beliau (`Aaishah) berkata, “Rasulullah s.a.w. selalu mencium ketika Baginda sedang berpuasa, kemudian Baginda tidak berwudhu’ (pula).”
Hadits ini sudah cukup baik sebagai riwayat mutāba`āt.

Jami ' tirmizi kitab bersuci 22/01/23(08)
Bantahan mereka terhadap hujah (2).
Hujah ke-2 golongan yang mengatakan bersentuhan antara lelaki dan wanita tidak membatalkan wudhu’ sama sekali dengan apa cara sekalipun dibantah oleh pihak-pihak
yang tidak bersetuju dengan mereka dengan dua alasan:

(i) Dengan sebab kedha`ifan Abu Rauq yang terdapat di dalam sanadnya. Kata mereka, dia seorang perawi dha`if menurut Yahya bin Ma`īn dan lain-lain.
(ii) Ibrahim at-Taimi tidak mendengar apa-apa hadits daripada `Aaishah. Riwayatnya daripada `Aaishah semuanya secara mursal. Demikian kata para ĥuffāzh, termasuk Bukhari, Tirmidzi, Abu Daud, Yahya bin Sa`id al-Qatthān dan lain-lain.
Kata al-Baihaqi, “Kami telah mengemukakan semua riwayat berhubung dengan perkara ini di dalam “al-Khilafiyyāt” dan telah menyatakan tentang kedha`ifannya.
Hadits yang sahih daripada `Aaishah ialah tentang kucupan (ciuman) orang yang sedang berpuasa. Perawi-perawi dha`if pula meriwayatkannya untuk tidak perlu
berwudhu’ kerana kucupan (ciuman).”

Dua alasan yang dikemukakan di atas sebagai bantahan terhadap hujah ke-2 itu telah dibentangkan juga oleh Imam an-Nawawi di dalam Kitabnya al-Majmū` Syarĥ al-Muhaddzab j.1 m/s 33.

Jami ' tirmizi kitab bersuci 22/01/23(09)
Jawapan kepada bantahan mereka terhadap hujah (2).
(i) Mendha`ifkan hujah ke-2 kerana di dalam sanadnya ada Abu Rauq (`Athiyyah bin al-Ĥārits) tidak tepat. Kerana sebenarnya tiada siapa pun mendha`ifkannya. Imam
Ahmad berkata tentangnya, “Tidak mengapa dengannya.” Ibnu Ma`īn berkata, “Dia Shaleĥ.” Abu Ĥātim berkata, “Shadūq.” Ibnu `Abdil Barr berkata, “Para `ulama’ Kufah
berkata dia tsiqah. Tiada siapa pun mentajrīĥkannya.” Ibnu Hibbaan pula menyenaraikannya sebagai salah seorang perawi tsiqāt.
(ii) Alasan hadits itu mursal kerana ia diriwayatkan oleh Ibrahim at-Taimi secara mursal daripada `Aaishah, sedangkan hadits mursal tidak boleh dijadikan hujah juga tidak benar. Ini kerana hadits mursal perawi tsiqah juga hujah menurut ketiga-tiga imam mazhab fiqh terbesar umat Islam (Abu Hanifah, Malik dan Ahmad). Imam Syafi`e juga
berhujah dengan hadits mursal jika ia disokong dengan hadits musnad, hadits mursal yang lain, kata-kata sahabat atau pendapat kebanyakan ahli ilmu.

(iii) Memang benar tidak tsabit Ibrahim at-Taimi mendengar secara langsung daripada`Aaishah, tetapi berdasarkan satu riwayat ad-Daaraquthni, Ibrahim menerima hadits itu
daripada ayahnya, dan ayahnyalah yang menerimanya secara langsung daripada`Aaishah. Perlu diingat, sanad Ibrahim at-Taimi daripada ayahnya adalah salah satu
sanad utama Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Kalau begitu sanad hadits ini tidak lagi terputus, malah ia juga hadits maushūl atau muttashil. Lihat sanadnya yang
dikemukakan oleh ad-Daaraquthni dan apa kata beliau tentang sanad itu di dalam Sunannya:
وقد روى هذا الحديث معاوية بن هشام عن الثوري روق عن إبرهيم التيمي عن أبيه عن عائشة فوصل إسناده

Jami ' tirmizi kitab bersuci 22/01/23(10)
Bantahan mereka terhadap hujah (3), (4) dan (5).
Kata mereka, walaupun hujah (3), (4) dan (5) itu sahih, namun ia masih belum jelas dan masih ada lagi kemungkinan untuk dita’wilkan. Antara ta’wilan mereka terhadapnya ialah:
(i) Persentuhan berlaku dengan berlapik
(ii) Itu termasuk dalam khususiah Nabi s.a.w.
Jawapan kepada bantahan mereka terhadap hujah (3), (4) dan (5).
(i) Tidak ada satu pun dalil yang terang menunjukkan persentuhan berlaku dengan berlapik. Sebagai contohnya tidak tersebut di dalam mana-mana hadits ketika tangan
`Aaishah menyentuh perut (tapak) kaki Nabi s.a.w. yang sedang sujud dalam shalatnya itu, bahawa Baginda ketika itu memakai stoking. Atau Nabi s.a.w. terlebih dahulu
meletakkan kain di atas seluruh tubuh `Aaishah, kemudian baru Baginda menyentuhnya.
(ii) Jika menyentuh wanita atau bersentuhan kulit dengannya benar-benar membatalkan wudhu’, dan kemungkinan tersentuh mana-mana bahagian anggota `Aaishah yang terdedah tanpa ditutupi kain pula besar, kerana beliau sedang tidur dalam bilik yang gelap gelita tidak berlampu, maka tentu sekali Nabi s.a.w. akan berhati-hati dengannya.
Sepatutnya Baginda tidak bersembahyang dekat `Aaishah yang sedang tidur, atau `Aaishah disuruhnya tidur di tempat lain, dan lain-lain langkah yang boleh  menyelamatkan wudhu’nya daripada terbatal dengan sebab bersentuhan itu.
(iii) Menganggap termasuk dalam khususiah Nabi s.a.w. juga tidak terbatal wudhu’nya walaupun bersentuhan kulit dengan isterinya, langsung tidak bernilai, memandangkan
khususiah tidak tsabit tanpa dalil yang terang.
Hujah-hujah golongan kedua:
Golongan kedua yang mengatakan bersentuhan antara lelaki dan wanita membatalkan wudhu’ juga mempunyai hujah tersendiri. Di bawah ini dikemukakan beberapa hujah terpenting mereka:
(1) Al-Qur’an. Allah berfirman:
Al-Ma'idah 5:6
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغْسِلُوا۟ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى ٱلْمَرَافِقِ وَٱمْسَحُوا۟ بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى ٱلْكَعْبَيْنِۚ وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَٱطَّهَّرُوا۟ۚ وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰٓ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَآءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ ٱلْغَآئِطِ أَوْ
لَٰمَسْتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمْ تَجِدُوا۟ مَآءً فَتَيَمَّمُوا۟ صَعِيدًا طَيِّبًا فَٱمْسَحُوا۟ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُۚ مَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ وَلَٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُۥ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka
kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub
(berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam perjalanan, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah mukamu dan kedua belah tanganmu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu
menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak
membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepadamu, supaya kamu bersyukur. (al-Mā’idah:6).

Perkataan لامستم menurut mereka sama saja dengan لمستم bererti menyentuh.
Terutamanya apabila diambil kira qira’at Ĥamzah dan Kisā’i yang memang membacanya dengan لمستم . Ia seharusnya dijadikan sebagai penjelas kepada qira’at  لامستم. Kalau begitu firman Allah ini menunjukkan menyentuh wanita juga termasuk dalam perkara yang membatalkan wudhu’.

(2) Di dalam Sunan Tirmidzi dan lain-lain tersebut satu riwayat yang menyatakan ada seorang lelaki telah mencium seorang wanita, lalu dia menyesali perbuatannya dan
pergi menghadap Rasulullah untuk menebus kesalahannya itu.فأمره أن ويصلي يتوضأ 
(maka Nabi s.a.w. menyuruhnya berwudhu’ dan bershalat).
Kata mereka hadits ini menunjukkan mencium wanita membatalkan wudhu’.

(3) Beberapa hadits mauqūf daripada sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Sebahagiannya  dikemukakan oleh Imam Malik di dalam Muwattha’nya, dan sebahagian yang lain pula terdapat di dalam di dalam kitab-kitab seperti Mushannaf Ibnu Abi Syaibah, Mushannaf `Abdur Razzaaq dan lain-lain.

Bantahan terhadap hujah (1) mereka:
(i) Lebih ramai qari membaca dengan لامستم bukan لمستم . Ma`na kedua-duanya tidak sama. لمستم bererti menyentuh (dari satu pihak sahaja). لامستم pula bererti bersentuh-
sentuhan. Kerana ia adalah bina’ musyarakah. Bersentuh-sentuhan memberi ma`na yang berbeza. Ia menunjukkan perbuatan menyentuh berlaku dari kedua belah pihak. Penggunaan perkataan ini merupakan kinayah (bahasa kiasan) kepada persetubuhan.

(ii) Asy-Syaukāni di dalam Nailul Authār j.1 m/s 215 dan Amir Yamani di dalam Subul as-Salam menulis bahawa menurut Ibnu `Abbaas - yang didoakan oleh Rasulullah
secara khusus agar Allah mengurniakan kepadanya kefahaman yang mendalam tentang agama dan tafsir al-Qur’an-, perkataan لامستم di dalam ayat tersebut bererti جامعتم(bersetubuh).

(iii) Jika dipakai qira’at لمستم sekalipun, tetap juga ma`na kinayahnya (bersetubuh) boleh dipakai. Kerana itulah Ibnu `Abbaas juga berdalil dengan firman Allah yang lain yang
juga menunjukkan erti bersetubuh bukan bersentuhan kulit semata-mata. Lihat firman Allah berkenaan di bawah ini: Al-Ahzab 33:49
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا نَكَحْتُمُ ٱلْمُؤْمِنَٰتِ ثُمَّ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ فَمَا لَكُمْ عَلَيْهِنَّ مِنْ عِدَّةٍ تَعْتَدُّونَهَاۖ فَمَتِّعُوهُنَّ وَسَرِّحُوهُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang idah yang kamu boleh hitungkan masanya. Oleh itu, berilah “mut'ah” (pemberian sagu hati) kepada mereka, dan lepaskanlah mereka dengan cara yang sebaik-baiknya. (al-Aĥzāb:49).

Tiada khilaf di kalangan `ulama’ tentang perkataan menyentuhnya yang tersebut di dalam ayat ini bererti bersetubuh. Ini bererti perkataan itu terpakai dengan ma`na kinayahnya (bahasa kiasannya).
Perkataan مس dan لمس sama saja ma`na asalnya, iaitu menyentuh. Di dalam al-Qur’an dan hadits ia selalu juga dipakai dengan ma`na persetubuhan.

(iv) Jikaلامستم النساء  dipakai dengan erti menyentuh wanita (isteri-isteri) dengan tangan, maka hukum tayammum untuk orang berjunub atau berhadats besar tidak akan tsabit lagi berdasarkan al-Qur’an. Kerana menyentuh dengan tangan juga merupakan hadats kecil. Berbeza keadaannya kalau anda menerima لامستم النساء itu bererti kamu bersetubuh. Kerana ia memang merupakan hadats besar. Kalau begitu tsabitlah hukum tayammum untuk kedua-dua hadats kecil dan hadats besar di dalam al-Qur’an. Tafsiran ini lebih meluaskan lagi cakupan ma`na al-Qur’an, dan itulah yang selayaknya dengan
al-Qur’an.
Allah Firmanجَآءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ ٱلْغَآئِطِmengisyaratkan kepada hadats kecil.
Firman Allah: لَٰمَسْتُمُ ٱلنِّسَآءَpula mengisyaratkan kepada hadats besar.

*An-Nisa' 4:43
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَقْرَبُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنتُمْ سُكَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا۟ مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِى سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا۟ۚ وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰٓ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَآءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ ٱلْغَآئِطِ أَوْ لَٰمَسْتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمْ تَجِدُوا۟ مَآءً فَتَيَمَّمُوا۟ صَعِيدًا طَيِّبًا فَٱمْسَحُوا۟ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا
Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mendekati shalat ketika kamu dalam keadaan mabuk, sampai kamu sadar apa yang kamu ucapkan, dan jangan pula (kamu hampiri masjid ketika kamu) dalam keadaan junub kecuali sekedar melewati jalan saja, sebelum kamu mandi (mandi junub). Adapun jika kamu sakit atau sedang dalam perjalanan atau sehabis buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, sedangkan kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan debu yang baik (suci); usaplah wajahmu dan tanganmu dengan (debu) itu. Sungguh, Allah Maha Pemaaf, Maha Pengampun.

At-Thabari di dalam Tafsirnya setelah menceritakan pendapat kedua-dua golongan yang tersebut di atas berkata, “Antara dua pendapat itu, yang betul ialah pendapat orang-orang yang berkata, maksud Allah dengan firmanNya أَوْ لَٰمَسْتُمُ ٱلنِّسَآءَ  ialah itu bersetubuh bukan menyentuh dan lain-lain, kerana sahihnya hadits yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. bahawa Baginda mencium salah seorang isterinya, kemudian bersembahyang tanpa berwudhu’ (pula).”

Bantahan terhadap hujah (2) mereka:

⁷⁶¹ Maksud Tirmidzi dengan katanya “sahabat-sahabat kami” ialah para muĥadditsīn.
Di dalam muqaddimah sebelum ini, penulis telah pun menjelaskan bahawa Imam Tirmidzi dan semua pengarang enam kitab utama hadits tidak bertaqlid kepada mana-
mana imam empat mazhab yang popular di kalangan umat Islam, bahkan tidak bertaqlid juga kepada mana-mana imam mujtahid yang lain selain mereka. Mazhab mereka ialah mazhab Ahlul ĥadīts, iaitu orang-orang yang mengikut mana-mana yang sahih daripada hadits Nabi s.a.w., sama ada bersesuaian dengan pendapat imam-imam mazhab yangpopular atau pun tidak.

⁷⁶² Maksudnya ialah sebahagian daripada mereka, bukan semua mereka. Kerana ramai juga di kalangan tokoh-tokoh hadits mempercayai hadits `Aaishah itu sebagai hadits
sahih.

⁷⁶³ Iaitu Ahmad bin Muhammad bin Ibrahim al-Ubulli. Beliau adalah seorang perawi shadūq. Riwayat haditsnya tidak ada satu pun diambil oleh Tirmidzi untuk Kitab Sunannya ini. Meninggal dunia pada 278 Hijrah.

⁷⁶⁴ Kesimpulan daripada apa yang disebut oleh Imam Tirmidzi ini ialah beliau berpendapat hadits `Aaishah yang dikemukakannya di bawah bab ini dha`if. Beliau
lebih bersetuju dengan pandangan Yahya bin Sa`id al-Qatthān dan Imam Bukhari dalam bab ini. Alasan mereka ialah tidak tsabit Ĥabib bin Abi tsabit mendengar apa-apa
daripada `Urwah. Perbincangan secara terperinci telah pun penulis kemukakan sebelum ini. ruju`lah sekali lagi perbincangan itu.

⁷⁶⁵ Beliau ialah Ibrahim bin Yazid bin Syarik at-Taimi, Abu Asmā’ al-Kufi. Salah seorang perawi tsiqah dari thabaqah ke-3 yang kuat beribadat, tetapi beliau selalu meriwayatkan secara mursal dan sering juga melakukan tadlīs. Haditsnya daripada`Aaishah, Ĥafshah dan ramai lagi sahabat yang lain adalah mursal. Ibrahim at-Taimi adalah perawi hampir semua kitab hadits. Hadits di dalam Sunan Tirmidzi ini hanya enam sahaja. Beliau meninggal dunia pada tahun 92 Hijrah.

⁷⁶⁶ Hadits Ibrahim at-Taimi yang dikemukakan secara ta`liq oleh Tirmidzi di sini dibentangkan oleh Abu Daud di dalam Sunannya secara maushūl. Lihat hadits berkenaan di bawah ini:
١٧٨-حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ قَالَا حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ أَبِي رَوْقٍ عَنْ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبَّلَهَا وَلَمْ يَتَوَضَّأْ
Bermaksud: Daripada `Aaishah, “Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah menciumnya dan Baginda tidak berwudhu’ (lagi).

⁷⁶⁷ Demikianlah pandangan Imam Tirmidzi berhubung dengan perkara ini. Walaupun begitu beliau mengemukakan juga hadits ke-86 sebagai mera`ikan pendapat `ulama’-
`ulama’ hadits dan fiqh lain yang menganggapnya sahih atau hasan. Imam Tirmidzi juga mahu menyatakan satu lagi qaedah penting yang diterima pakai oleh para `ulama’,
iaitu hadits dha`if yang meningkat naik kedudukannya kepada taraf sahih atau hasan li ghairih kerana syawaāhid dan riwayat-riwayat mutāba`ātnya yang banyak boleh juga
dijadikan hujah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan