Ahad, Februari 05, 2023

Sahih Bukhari Kitab Maghazi 05/02/23(04)

Sahih Bukhari Kitab Maghazi 05/02/23(04)
31. Kalaulah benar tuduhan terhadap `Aaishah itu telah berlaku, dan semua pihak begitu sedih menghadapinya, lebih-lebih lagi Nabi s.a.w. sendiri, kerana maruah Baginda juga telah tercemar. Baginda pula seorang yang sangat sensitif terhadap perkara-perkara seperti ini, lalu bagaimana mungkin dalam keadaan itu Baginda s.a.w. mengahwini Juwairiah?

32. Riwayat `Aaishah dalam hadits Ifk banyak persamaannya dengan hadits tayammum. Tetapi banyak juga perbezaannya. Kedua-duanya diceritakan sendiri oleh `Aaishah. Terlebih dahulu lihat hadits tayammum yang dimaksudkan itu, kemudian lihat pula di bawahnya  menunjukkan persamaan dan perbezaan keduanya untuk perbandingan:

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ الْقَاسِمِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَعْضِ أَسْفَارِهِ حَتَّى إِذَا كُنَّا بِالْبَيْدَاءِ أَوْ بِذَاتِ الْجَيْشِ انْقَطَعَ عِقْدٌ لِي فَأَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الْتِمَاسِهِ وَأَقَامَ النَّاسُ مَعَهُ وَلَيْسُوا عَلَى مَاءٍ فَأَتَى النَّاسُ إِلَى أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ فَقَالُوا أَلَا تَرَى مَا صَنَعَتْ عَائِشَةُ أَقَامَتْ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالنَّاسِ وَلَيْسُوا عَلَى مَاءٍ وَلَيْسَ مَعَهُمْ مَاءٌ فَجَاءَ أَبُو بَكْرٍ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاضِعٌ رَأْسَهُ عَلَى فَخِذِي قَدْ نَامَ فَقَالَ حَبَسْتِ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالنَّاسَ وَلَيْسُوا عَلَى مَاءٍ وَلَيْسَ مَعَهُمْ مَاءٌ فَقَالَتْ عَائِشَةُ فَعَاتَبَنِي أَبُو بَكْرٍ وَقَالَ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَقُولَ وَجَعَلَ يَطْعُنُنِي بِيَدِهِ فِي خَاصِرَتِي فَلَا يَمْنَعُنِي مِنْ التَّحَرُّكِ إِلَّا مَكَانُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى فَخِذِي فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ أَصْبَحَ عَلَى غَيْرِ مَاءٍ فَأَنْزَلَ اللَّهُ آيَةَ التَّيَمُّمِ فَتَيَمَّمُوا فَقَالَ أُسَيْدُ بْنُ الْحُضَيْرِ مَا هِيَ بِأَوَّلِ بَرَكَتِكُمْ يَا آلَ أَبِي بَكْرٍ قَالَتْ فَبَعَثْنَا الْبَعِيرَ الَّذِي كُنْتُ عَلَيْهِ فَأَصَبْنَا الْعِقْدَ تَحْتَهُ

322 - `Abdullah bin Yusuf meriwayatkan kepada kami, katanya: Malik meriwayatkan kepada kami daripada Abdir Rahman bin al-Qasim daripada bapanya daripada `Aaisyah 
isteri Nabi s.a.w. Beliau meriwayatkan, katanya: “Kami keluar bersama Rasulullah s.a.w. dalam salah satu perjalanan Baginda. Apabila kami telah berada di al- Baida’ atau pun Dzatul Jaisy, kalungku terputus dan hilang. Maka Rasulullah s.a.w. berhenti untuk mencarinya. Orang-orang lain juga berhenti bersama beliau s.a.w. Mereka berhenti di tempat yang tiada air. Sahabat-sahabat pun pergi bertemu dengan Abu Bakar. Kata mereka: “Nah! lihat apa yang telah dilakukan oleh `Aaisyah? Dia telah membuatkan 
Rasulullah s.a.w. dan orang-orang lain berhenti di tempat yang tiada air dan mereka pula tidak mempunyai (bekalan) air.” 
Abu Bakar terus datang (kepadaku). Ketika itu Rasulullah s.a.w. sedang tidur dengan meletakkan kepalanya di atas pahaku. Kata Abu Bakar: “Engkau telah membuatkan 
Rasulullah tertahan di sini (dari meneruskan perjalanan) dengan orang-orang lain. Mereka berhenti di tempat yang tidak ada air. Mereka juga tidak mempunyai (bekalan) 
air.” Kata `Aaisyah: “Abu Bakar mengataiku, macam-macamlah rungutannya terhadapku. Dia juga telah menyucuk pinggangku dengan tangannya. Yang 
menghalangku daripada bergerak tidak lain hanyalah kedudukan (kepala) Rasulullah s.a.w. di atas pahaku. Pada pagi keesokan harinya Rasulullah s.a.w. bangun (dari tidur) dalam keadaan ketiadaan air. Maka Allah s.w.t. menurunkan ayat tayammum. Mereka pun bertayammumlah. Pada ketika itu Usaid bin Hudhair berkata: “Ini bukannya keberkatan kamu yang pertama wahai keluarga Abu Bakar.” `Aaisyah berkata: “Akhirnya kami membangkitkan unta kenaikanku. Rupa-rupanya kalung yang hilang itu kami dapati berada di bawahnya.”
-`Aaishah digambarkan sebagai budak yang masih kecil dan belum matang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan