Ahad, Februari 05, 2023

Sahih Bukhari Kitab Maghazi 05/02/23(05)

Sahih Bukhari Kitab Maghazi 05/02/23(05)

Hadits Ifk 
-Perang Bani al-Mushthaliq berlaku pada 5H.
-Kalung `Aaishah yang hilang dicari sendiri oleh beliau di malam hari.
-`Aaishah menemui kalungnya yang hilang, setelah itu kembali semula ke tempat beliau ditinggalkan.
-`Aaishah memangku Nabi s.a.w. sehingga Baginda tertidur di atas pahanya sehingga ke Subuh.
-Paginya baru beliau ditemui oleh seorang tentera (Shafwān bin Mu`atthal) yang melalui tempat itu kemudian.
-Kerana peristiwa ini `Aaishah terfitnah.
-Setelah itu `Aaishah jatuh sakit dan mengalami banyak peristiwa berat.
-`Aaishah langsung tidak menyebut peristiwa ini berlaku dalam ghazwah mana.
-Di dalam hadits Ifk digambarkan sebagai seorang bapa yang lemah.
-Tidak tersebut langsung di dalam hadits Ifk rombongan berhenti untuk bershalat.

Hadits Tayamum
-Peristiwa berlaku di Baidā’ / Dzatul Jaisy pada tahun 4H.
-Kalungnya yang hilang itu dicarikan oleh para tentera yang terdiri daripada para sahabat.
-Mereka tidak menjumpainya sepanjang malam.
-Sepanjang malam `Aaishah tertidur sendiri tanpa ada sesiapa sehingga pagi di tempat beliau tertinggal.
-Lalu kerananya turunlah ayat tayammum pada pagi itu.
- Kerananya Usaid bin Ĥudhair berkata: ْ
 ما هيْ بأولْ بركتكمْ ياْ آلْ أبيْ بكرْ
(Ini bukannya keberkatan kamu yang pertama wahai keluarga Abu Bakar)

-Kemudian kalungnya ditemui di bawah unta setelah unta itu dibangunkan.
-Beliau tergambar sebagai seorang perempuan yang sudah sangat matang.
-Sekurang-kurangnya beliau menyebut peristiwa terjatuh kalung itu telah berlaku di Baidā’ / Dzatul Jaisy.
-Abu Bakar digambarkan sebagai seorang bapa yang tegas terhadap anaknya.
-Kerana hendak bershalat Subuh dan ketiadaan airlah maka turun ayat tayammum.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan